Hidup Dengan Penuh Kesyukuran Hargai Nikmat Yang Diberikan – Alhamdulillah , syukur dipanjatkan kepada Allah SWT dengan limpahan kesihatan dan rahmat kegembiraan yang telah diberikan kepada Sal seisi keluarga . Ditambah dengan persekitaran kerja dan rakan sekerja yang amat memahami . Aamiin .

Mengapa Perlu Hidup Dengan Penuh Kesyukuran Hargai Nikmat Yang Diberikan

Dalam kehidupan ni pastinya kita mahupun yang terbaik . Namun kita kena ingat yang ujian dan cabaran tetap mendatang walau dengan apa jua sekalipun . Janji Allah itu pasti dan setiap yang hidup mesti ada kitaran yang wajib dilalui . Susah .. senang , itulah rencah dunia .

Melangkah ke satu angka baru dalam kehidupan , memberi jutaan makna pada Sal kerana masih diberi peluang untuk menunaikan kewajian pada-NYA . Dapat bersua muka dan berdampingan bersama suami dan anak anak . Syukur Ya Allah . Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat bersama keluarga yang tersayang !

Hidup penuh dengan putaran waktu . Tua dan muda , susah dan senang , sihat dan sakit saling melengkapi . Jangan lupa untuk melafazkan kesyukuran kerana dari DIA kita wujud dan suatu hari nanti kita akan kembali jua – disitulah pengakhirannya . Selamat tinggal semua yang hanya pinjaman sementara .

Sejauh Mana Kita Ingat PadaNYA ?? Hidup Dengan Penuh Kesyukuran Hargai Nikmat Yang Diberikan

Hidup Dengan Penuh Kesyukuran Hargai Nikmat Yang Diberikan
Hidup Dengan Penuh Kesyukuran Hargai Nikmat Yang Diberikan

Sal sentiasa mengingatkan diri Sal sejauh mana tahap kesyukuran dan pengabdian kepad DIA . Sejauh mana juga kita mengingatiNYA ? Jangan hanya ingat bila kita susah .. ditimpa ujian . Dan sebenarnya , di kala kita sedang bergembira .. di saat itu jualah seharusnya kesyukuran perlu dipanjatkan !

Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu – Surah Adh-Dhariyat: Ayat 56 .

Tanpa kita sedar , terlalu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap makhluk yang bernafas dibumiNYA .Tapi .. masih ada jua yang sering dalam kealpaan .

Hasad dengki , iri hati beraja dihati . Allah bagi kita ujian sebab Allah nak kita ingat pada dia .. tanda DIA masih mengingati kita . Jangan terlalu taksub dengan apa yang ada . Adakalanya tanpa di sedari dan tak sekelumit hati bermaksud untuk bangga diri .. tapi kita dah tergolong dalam kumpulan yang sebegitu . Cuba ingat dan teliti kembali , berhati hati dengan perkongsian anda di laman media sosial .

BACA JUGA: Erti Sebuah Ikatan 

Semoga kita semua sentiasa dibawah lembayung keredaan Allah SWT . Bersyukur dalam apa jua nikmat pemberianNYA . Sesungguhnya kehidupan di dunia ini tidak kekal dan kehidupan abadi hanya wujud setelah kita dibangkitkan kembali di Padang Mahsyar . Apabila hitungan amal dan pembalasan bermula , maka bermula kehidupan yang sebenar .

Salam Hari Kelahiran Buat Diriku ∼ 15 Oktober ∼