Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu – Tertarik pulak Sal dengan tajuk yang diketengahkan oleh Dr Taufiq Razif . Dr Taufiq rajin share tentang parenting dan kekeluargaan . Ilmu dalam kekeluargaan ni memang tak jemu untuk kita ‘cari-gali’ . Sal memang sentiasa jadikan rujukan dalam mendidik anak anak sebab dari pembacaan kita akan praktikkan .

Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu

Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu
Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu

Bila cerita tentang insan yang bergelar ibu ni memang amat terkesan di hati Sal . Sebab Sal sendiri ada mak yang melahirkan dan mak yang menjaga . Untung bila ada ramai ibu ni kan . Nanti ada masa Sal story ya !

Meh kita baca di mana terletaknya keistimewaan seorang ibu yang anak anak perlu ambil tahu :

♥  Walaupun suara ibu sumbang dan siap lari ‘pitching-nya’ tapi bagi anak ianya tetap melodi indah yang menenangkan hati dan boleh membuatkan anak tidur dengan lebih lena .

♥  Walaupun bau ketiak ibu tu tengik selepas seharian bekerja , ianya tetap aroma ter’wangi yang mendamaikan jiwa .

♥  Walaupun rasa masakan ibu teruk a.k.a tak sedap , tapi bagi seorang anak air tangan ibunya boleh mengalahkan masakan chef terbaik dunia .

♥  Walaupun setiap hari kita mungkin berbohong dan memungkiri janji kita pada anak anak kita , tetapi anak anak tetap mencari ibu kerana anak akan percaya pada ibu sampai bila bila

♥  Walaupun seteruk mana pun layanan kita pada anak. Dijerkah , ditengking dan dicubit emosi dan jasadnya ..  anak akan tetap mencari ibunya kerana kecederaan emosi itu semua tak setanding dengan kecederaan emosi bagi anak yang kehilangan ibunya !!

Betapa hebatnya seorang ibu di mata dan hati anak anak . Jadi korang jangan rasa bersalah pada diri andai anak tak hebat dalam pelajaran . Yang penting akhlak dan dekatkan diri anak dengan Allah SWT . Ingatlah , anda mungkin ibu yang terbaik di dunia tetapi anda merupakan ibu yang terbaik untuk anak anak anda ..

BACA JUGA: Tips Kawal Emosi Penting Bagi Ibu Bapa