Teknik Solekan/MakeUp Asas Simple Dan Mudah – Tahniah pada yang baru masuk alam pekerjaan . Mesti ada yang teruja part solekan atau makeup kan . Nak kelihatan lebih profesional di tempat kerja katanya . Yang kaki makeup jangan terover la pulak sebab bukan cantik sangat pun makeup tebal ni . Pada Sal nipis pun memadai , lebih natural kan !

Teknik Solekan/MakeUp Asas Simple Dan Mudah

Sebelum tu kita perlu tahu jenis makeup yang bersesuaian dengan muka kita . Jangan main taram je dik non . Paling penting kena tengok persekitaran tempat kerja kita tu , ada atau tidak peraturan makeup yang ditetapkan . Sesetengah tempat tu ada ketetapan , tak semua tempat kerja boleh makeup sebarangan . Bukan kata tak boleh langsung makeup .. cuma ada beberapa kriteria yang ditetapkan .

Ada tempat kerja yang boleh gunakan makeup simple , contoh lipstik kena warna soft  nude sahaja . Tak boleh langsung warga garang . Kena follow la ketetapan tu sebab sebagai orang yang baharu memasuk alam pekerjaan tak kan kita dah berani nak tunjuk ‘belang’ kan . Better kita makeup simple dan sesuai untuk pergi kerja.

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan . Jadi kita dah boleh fikir makeup apa yang harus dimiliki atau beli . Ikut bajet sendiri dan tak perlu ikut orang . Pada Sal antara keperluan asas yang korang kena ada untuk hasilkan makeup yang simple – foudation , compact powder, lipstick , blusher , eyeshadow , eyeline (option) . Kalau korang pandai aplikasikan semua produk ni di muka .. confirm lawa .

BACA JUGA: Tips Solekan Wanita 30-an

Janji korang makeup dengan betul dan tolong jangan terlalu tebal . Pada yang mempunyai tekstur kulit berminyak (oily) , penggunaan asas makeup kena tepat . Pilih yang matte sikit supaya tak keluar ‘kilat’ sangat . Make up yang berasaskan matte boleh bertahan sehingga 4 – 5 jam . So tak la risau sangat masa tengah keja tu kan .

Teknik Solekan/MakeUp Asas Simple Dan Mudah
Teknik Solekan/MakeUp Asas Simple Dan Mudah

Untuk makeup yang ringkas , Sal lebih suka pilih warna lembut tak kira untuk bahagian mata , pipi atau lipstick . Maskara dan eyeliner Sal kurang sebab kadang terlupa dan suka tenyeh part mata . Zombie lak nanti . Sebenarnya boleh je pakai nipis , so tak ketara sangat .

Solekan ringkas mampu bagi kesegaran pada wajah dan korang akan rasa teruja nak masuk office setiap hari !!