McDonald’s & RMHC – Pek “Kembali ke Sekolah” – Seramai lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah menerima pek “Kembali ke Sekolah”, satu inisiatif di bawah program tahunan “Kembali Ke Sekolah” yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

McDonald’s & RMHC – Pek “Kembali ke Sekolah”

Memasuki tahun kedua penganjurannya , program “Kembali Ke Sekolah” merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat McDonald’s di bawah Bulan Komuniti – Komuniti McD & RMHC, yang dilancarkan pada bulan Oktober tahun lepas . Usaha yang memberi tumpuan khusus kepada aktiviti berorientasikan kanak-kanak ini berlangsung selama sebulan sempena Hari Kanak – kanak Malaysia yang disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Oktober setiap tahun .

McDonald's & RMHC - Pek "Kembali ke Sekolah"
Dr Maszlee Malik – McDonald’s & RMHC – Pek “Kembali ke Sekolah”

McDonald’s Malaysia, RMHC dan rakan-rakan perniagaan taja pek “Kembali Ke Sekolah” bernilai lebih RM1.7 juta untuk kanak-kanak sekolah rendah daripada golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar

Program “Kembali Ke Sekolah” sangat penting dan bermakna kerana ia memberi bantuan kepada murid-murid sekolah rendah dalam kalangan keluarga miskin bandar , sekali gus mengurangkan beban kewangan keluarga yang terlibat – Azmir Jaafar , Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia .

Kanak-kanak dan ibu bapa daripada golongan miskin bandar tidak perlu risau mengenai sumber kewangan untuk membeli pakaian seragam dan kasut untuk ke sekolah . McDonald’s dan RMHC ingin melaksanakan tanggungjawab dengan menghilangkan kerisauan yang dihadapi oleh ibu bapa dan seterusnya membolehkan anak-anak dapat memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan .

McDonald’s & RMHC – Pek “Kembali ke Sekolah” Laksana Tanggungjawab Sosial

Melalui program “Kembali Ke Sekolah”, McDonald’s Malaysia , RMHC , francaisi dan rakan -rakan perniagaan yang mengambil bahagian menghulurkan bantuan berupa set pakaian sekolah baharu  bernilai RM100 setiap satu kepada lebih 17,000 kanak-kanak daripada golongan miskin bandar di seluruh negara untuk sesi persekolahan tahun 2019 . Setiap kanak – kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah , sepasang kasut sekolah dan sebuah beg sekolah.

McDonald's & RMHC - Pek "Kembali ke Sekolah"
McDonald’s & RMHC – Pek “Kembali ke Sekolah”

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan , Dr Maszlee Malik – merupakan tetamu kehormat semasa majlis penyampaian rasmi pek “Kembali ke Sekolah” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya . Majlis turut dihadiri oleh guru-guru dan para pelajar dari 18 sekolah lain .

Sektor swasta memainkan peranan penting dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan negara . Tahniah kepada McDonald’s Malaysia , RMHC , francaisi dan rakan-rakan perniagaan yang sama-sama membantu menyediakan keperluan sekolah kepada kanak-kanak dari golongan miskin bandar .

Semua pihak perlu berganding bahu untuk membangunkan sistem pendidikan yang menyeluruh , mantap dan maju . Perkongsian dengan sektor swasta dalam menjalankan program-program pembangunan bakat , latihan vokasional dan sokongan dana amat penting. McDonald’s Malaysia dan RMHC telah melaksanakan tanggungjawab dalam membantu generasi muda  yang merupakan asas perubahan untuk masa depan yang lebih cerah. Marilah kita berganding bahu dalam membudayakan rasa gembira , cinta dan saling hormat -menghormati kearah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif .

Program pada tahun ini turut mendapat kerjasama dari rakan-rakan perniagaan McDonald’s termasuklah Kerry Ingredients , Guppy Plastic Industry , Eppor-Pack , Aladdin Pacific , McCain International , Aryzta Malaysia , dan francaisi-francaisi McDonald’s . – McDonald’s & RMHC – Pek “Kembali ke Sekolah”

Selain program “Kembali Ke Sekolah”, Bulan Komuniti yang dianjurkan pada bulan Oktober ini juga melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara yang memberi sumbangan kepada komuniti tempatan melalui lebih 170 program . Warga kerja restoran menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ini termasuklah membawa kanak-kanak dari rumah anak-anak yatim untuk melawat pelbagai tempat menarik seperti zoo dan taman rama-rama ; lawatan ke wad kanak-kanak di hospital ; membersihkan rumah anak yatim sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi dan meraikan kanak-kanak di restoran McDonald’s sempena sambutan Hari Kanak – kanak .

BACA JUGA: McDonald’s Terima Tiga Anugerah Berprestij Sumber Manusia

Kakitangan McDonald’s di ibu pejabat juga tidak ketinggalan melakukan aktiviti melibatkan komuniti , dengan aktiviti gotong-royong di dua buah sekolah pendidikan khas integrasi , menderma darah , dan mengunjungi wad kanak-kanak pada pertengahan Oktober yang lalu .

McDonald’s Malaysia komited untuk memberikan impak positif kepada komuniti setempat . Kru restoran digalakkan untuk turut sama menjalankan aktiviti yang membabitkan komuniti sepanjang tahun bagi menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat tempatan yang amat memerlukan  .