Menarik di Lost World Water Park – Minggu lepas long weekend korang ke mana ? Mulanya Sal takde plan pun nak bawak anak anak jalan . Tapi bak kata pepatah .. ‘rezeki tak salah alamat” . Kawan Sal ajak ke Lost World of Tambun . Sekali sebut je depan anak anak  malam sebelum nak pegi tu , semua pakat masuk tido awal sebab Sal plan nak gerak selepas Subuh dan balik hari .

Menarik di Lost World Water Park
Menarik di Lost World Water Park

Apa Yang Menarik di Lost World Water Park Tambun Perak

Sebelum ni Sal pernah ke Lost World Water Park tapi time tu anak anak semua kecik lagi . Kurang nak menikmati permainan air yang sedia tapi kalini penangan lain sangat . Anak anak dah boleh bawak diri tapi masih lagi dalam pantauan mata Sal .. hehehe . Port yang Sal duduk pun agak strategik supaya pergerakan anak anak Sal boleh tengok .

Seawal pagi Sal dah bersiap nak ke Tambun dan anak anak pun penuh semangat nak pegi . Senang betul dikejutkan pagi tu tanpa banyak soal . Lucu gak bila ingat balik . Kami sekeluarga tiba ngamsoi waktu pintu water park dibuka . Alhamdulillah , urusan perjalanan dipermudahkan dan masa Sal pegi tu tak berapa ramai sangat yang masuk .

Seriously , bila datang Lost World Water Park tak pernah nak boring sebab banyak sangat tempat nak terokai . Cuma sempat atau tidak je la . Antara tempat yang confirm korang kena singgah bila bawak anak adalah Kids Explorabay , Sandy Bay , Tube Raider ,  Jungle Wave Pool , Adventure River , Cliff Racer . Sal lebih lepak di area Kids Explorabay dan Sandy Bay  ikut kesesuaian anak anak . Korang jangan risau sebab semua tempat ada petugas yang memerhati sebagai lifeguard . Jaminan keselamatan tu lebih sikit …

Menarik di Lost World Water Park
Khalaf dah tak takut air
Menarik di Lost World Water Park
kesukaan sangat ni ..

Kebetulan Sal pegi kali ni dengan bff anak anak , so dyorang bergerak dalam kumpulan . Tu yang buat Sal tak berapa nak risau sangat . Kaariz pun mood ok je so boleh la Sal makan dengan tenang .. huhuhu . Part makan memang Sal paling suka dan untuk pengetahuan korang makanan luar tak boleh dibawa masuk dalam water park tapi makanan yang dijual dalam water park berbaloi dan sedap .

Menarik di Lost World Water Park
ada yang menjaga Kaariz sepanjang main air … tq DekNa

Sal dan family tak lepak sampai petang sebab takut hujan lebat .. sepanjang berada kat sana pun gerimis je . Syukur sangat sebab anak anak tak demam balik tu . Sakan main air … nak suruh naik tukar baju pun sampai kena paksa . Yang bestnyer di Lost World Water Park ni kan .. siap ada Petting Zoo . Khalaf dan Khaleef kesukaan round naik train yang disediakan , percuma je takde bayaran yang dikenakan .

BACA JUGA: Bercuti Di Lost World of Tambun Perak

Menarik di Lost World Water Park
naik train pusing petting zoo .. tengok haiwan katanya
Menarik di Lost World Water Park
Menarik di Lost World Water Park

Seandainya ada peluang , Sal nak ke sini lagi . Bila tanya anak anak pun semua setuju nak datang lagi . Best kata dyorang dan kalau boleh nak ajak tido hotel pulak . Insya Allah , ada rezeki kita datang lagi .

Kalau nak tahu lanjut , sila layari :

Lost World of Tambun Perak