Pupuk Minat Anak Rajin Belajar Di Rumah – Zaman sekarang ni sistem pembelajaran anak anak boleh tahan jugak ya . Sal pun berusaha nak fahami supaya tak ketinggalan sangat . Mulanya tu macam nak biarkan dulu sebab anak anak Sal dalam lingkungan Tahap 1 . Tapi rasa macam tak sedap hati sebab rata rata parents sekarang ni semua berlumba nak buat yang terbaik untuk anak anak .

Pupuk Minat Anak Rajin Belajar Di Rumah

Sal kalau boleh tak nak menekan sangat anak anak cuma yang Sal titiberatkan adalah proses belajar terhadap anak anak yang memerlukan rangsangan daripada parents . Tanpa rangsangan , anak anak tak minat nak belajar . Ni yang paling merisaukan Sal .

Tambahan zaman sekarang ni anak anak dikelilingi dengan gajet . Aduhaiiiii , sebenarnya ada baik dan buruknya bila anak anak terdedah dengan gajet dan yang Sal maksudkan adalah permainan internet tak kira samada di fone atau komputer . Boleh , tapi memerlukan pemantauan rapi dari kita sebagai ibubapa .

Proses belajar ni memerlukan tumpuan atau fokus yang berterusan . Sesekali Sal hadam jugak perangai anak anak yang agak kurang fokus . Tambah bila ada abang adik ni .. lagi la . Bila dah bergabung tenaga tu fahamla .. sakit la jugak anak tekak ni bersuara , hehehe . Tapi kadang keletah anak anak tu terapi jiwa dan minda Sal .

Pupuk Minat Anak Rajin Buat Latihan Di Rumah
Pupuk Minat Anak Rajin Buat Latihan Di Rumah

Ibu Bapa Perlu Bijak Ambil Peluang .. Pupuk Minat Anak Rajin Buat Latihan Di Rumah

Adakalanya Sal share kata kata semangat ala motivasi sebagai salah satu usaha untuk mewujudkan ransangan atau galakan minat anak anak untuk belajar  secara berterusan . Sal kaji dan tengok pada minat anak anak . Buku latihan apa yang dyorang minat nak buat atau sebaliknya . Kaedah paksaan memang tak akan berjaya !

Sal selalu tanam kat jiwa anak anak , pelajaran bukan untuk orang lain . Untuk diri sendiri dan siapa yang rajin akan dapat merasai sinar kejayaan kelak . Biar pun anak tak berapa nak faham sangat , Sal tetap akan dok ulang selalu .. hehehe . Kefahaman tu akan datang dengan sendiri . Insya Allah .

Sesungguhnya pelajaran tu amat penting sebagai bekalan ilmu dan kemahiran untuk masa depan . Zaman sekarang ni banyak kaedah yang boleh kita gunakan di rumah sebagai strategi atau pendekatan pembelajaran di rumah . Apa yang anak belajar di sekolah bukanlah 100% . Ibu bapa kena bantu dan buat secara konsisten .

Pupuk Minat Anak Rajin Buat Latihan Di Rumah
Pupuk Minat Anak Rajin Buat Latihan Di Rumah

Macam Sal , ada ketetapan waktu yang Sal peruntukkan untuk anak anak buat latihan atau baca buku . Tidak terlalu lama dan sesetengah anak tu bukan boleh lama tengok buku . Bosan katanya .. yelah , perangai anak ni kan berbeza beza .

Antara pendekatan yang Sal suka guna , ajak anak anak ke kedai buku dan dyorang bebas nak pilih buku apa pun terutamanya buku latihan subjek teras . Mujur anak anak Sal suka ke kedai buku … senadainya tak jenuh jugak la kan ?? hehe .

Sekarang ni ramai anak anak yang dihantar ke kelas tuisyen bagi tujuan untuk mendapatkan teknik menjawab soalan dengan betul . Pada yang mempunyai kelebihan perbelanjaan , boleh la hantar anak untuk meningkatkan tahap pemahaman dan ilmu . Pada yang tak mampu , jangan berputus asa dan teruskan beri galakan melalui latihan di rumah . Lama kelamaan anak akan follow rutin dan bertambah rajin belajar di rumah tanpa disuruh .

BACA JUGA: Sekolah Cuti Buku Tak Cuti

Yang penting kita sebagai parents kena lebih peka terhadap pelajaran anak anak . Inisiatif kena lebih dan bijak ambil peluang terhadap minat anak anak . Pupuk minat anak rajin belajar di rumah secara berterusan di mana parents sebagai tenaga pengajar dan anak sebagai murid . Konsep macam sekolah tapi gunakan kreativiti untuk tarik minat anak ya !!