Salam Hari Kelahiran Khalaf Ke-5thn – Alhamdulillah , syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah , rahmat dan rezeki yang diberikan .. putera ketiga Sal dapat menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke – 5 harini . Seronok betul tengok Khalaf happy dapat potong kek dengan kengkawan . Minggu terakhir sekolah bersama kawan kawan !!

Salam Hari Kelahiran Khalaf Ke-5thn , Moga Sentiasa Dibawah Lembayung Keredaan Ilahi

Alkisah malam tadi sampai tak nak masuk tido sebab nak tunggu kek birthday dia sampai . Kalini memang Sal tunaikan hajat dia nak kek gambar Spiderman hitam dan merah . Lama dah dia mintak sebab minat nau dengan karakter kartun Spiderman .

Salam Hari Kelahiran Khalaf Ke-5thn
Salam Hari Kelahiran Khalaf Ke-5thn

Salam Hari Kelahiran Khalaf Ke-5thn

Bila teringat masa bersalinkan dia dulu , dipermudahkan sangat … syukur Alhamdulillah . Kebetulan masa tu Mr Hubby sedang berkursus di Kluang . Sal memang sejenis di mana suami berada , disitula bersalin . Sebab tu tak bersalin satu tempat . Anak askar kan .. hehehe .

Anak Kelahiran Johor yang mempunyai sikap yang sangat unik . Suka ‘melawa’ dan part paling best Khalaf ni suka sangat deodorant dan perfume Mr Hubby . Lucu betul sebab sebelum ke sekolah dia akan masuk bilik dan sembur sikit . Nak wangi katanya . Aduyaiii … sabar je ibu . Dan untuk harini , paling mudah nak suruh dia gie mandi sebab nak potong kek dengan kawan kawan .

Dari segi pelajaran , Alhamdulillah dah banyak perubahan dan improvement Khalaf sejak dari awal tahun hingga akhir tahun yang Sal perhatikan . Tidak terlalu memaksa tapi ada masa Sal explain pada dia kenapa pelajaran tu penting . Pendedahan awal bak kata orang .. terima kasih tak terhingga pada cikgu yang mengajar Khalaf hingga kenal abjad rumi dan jawi , nombor 1 .2.3 . Tak terbalas rasanya budi dan jasa yang diberikan dalam mendidik anak bangsa .

Untuk anak ibu Khalaf  , ibu doakan semoga awak diberi kesihatan baik yang berpanjangan .. membesar sebagai anak yang soleh  dan dipermudahkan dalam apa jua urusan dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat . Ibu sayang awak !

Antara anak yang pandai sangat berceloteh …. hehehe

BACA JUGA: Salam Hari Kelahiran Khalaf 2013