Singapore Tour Packages Bersama Traveloka Lebih Murah dan Jimat – Cuti sekolah tak lama lagi .. korang dah plan ke nak bawak anak anak bercuti ? Sal pun tengah fikir gak ni , sure nak kena bawak berjalan sebab Sal dah janji as a reward lepas exam . Lately ni rajin jugakla Sal jengah Traveloka yang menawarkan pelbagai kemudahan berbentuk penerbangan dan penginapan . Dan dengarnya Traveloka kini ada ciri terbaharu yang diperkenalkan iaitu Pakej Penerbangan dan Hotel .

Baru ni anak anak Sal request nak melancong ke luar negara . Teringin katanya , ok la jugak atleast dapat Sal release dari kerja . Kerja ni memang tak kan habis sampai bila bila so bila dapat peluang bercuti sekeluarga kita gunakan sebaiknya .  Selain tu dapat la kita eratkan lagi ikatan ukhuwah kekeluargaan .

Betul Ke Singapore Tour Packages Bersama Traveloka Lebih Murah dan Jimat ??

Korang tau tak yang Traveloka dan lain sekarang ? Bukan macam dulu lagi , mulai sekarang pihak Traveloka telah memperkenalkan ciri-ciri terbaru yang lebih dikenali sebagai Traveloka, Pakej Penerbangan dan Hotel  yang amat berbaloi dan berpatutan .

Mudah sangat bila Traveloka sediakan tempahan sekaligus untuk pakej penerbangan dan hotel . Lebih menjimatkan dan tak memeningkan kepala berbanding kena tempah secara berasingan . Bila kaedah ni diperkenalkan oleh Traveloka , Sal rasa lebih memudahkan terutamanya macam Sal yang ramai anak ni ha … pakej terus lebih senang. Terbaik la Traveloka !!

Hanya klik depan laptop atau desktop , settle terus . Melalui ciri-ciri terbaru ni kan , Sal memang respect dengan Traveloka sebab secara tak langsung dapat menggalakkan kita pergi bercuti a.k.a merehatkan minda untuk seisi keluarga .

Disebabkan anak anak berhajat sangat nak bercuti ke luar negara , tertarik pulak Sal nak bawak anak anak ke Singapura , bukan jauh pun sebelah nun tu je ha . Kira aci la jugak kan … over the sea , hehehhe ..

Singapore Tour Packages Bersama Traveloka Lebih Murah dan Jimat
Singapore Tour Packages Bersama Traveloka Lebih Murah dan Jimat

Korang layari website Traveloka dan klik je dekat ikon carian untuk pakej penerbangan dan hotel idaman . Tak sampai 2 minit terus keluar carian korang dan pilihla ikut kemampuan atau bajet . Dari segi harga jangan risau sebab promosi yang ditawarkan sangat berbaloi – tertakluk pada terma dan syarat . Pilih je destinasi mana yang korang nak pegi .

Yang terkini , korang boleh je download apps Traveloka di Play Store – aplikasi android. dan untuk IOS coming soon . Sal lebih suka guna apps sebab time nak tido je baru sempat pegang fone . Kalau sebelum tu memang tak la sebab busy dengan kerja dan anak anak . Pilihan destinasi di tangan anda … hehehe .

Kenapa korang Kena Pilih Traveloka Untuk Tempahan Pakej Penerbangan Dan Hotel

Antara sebab utama adalah :

Lebih Berbaloi Bersama

Bercuti dengan penuh keselesaan dan kemewahan dengan kadar yang lebih rendah bila korang tempah sekaligus pakej penerbangan dan hotel . Harga lebih berbaloi , murah dan jimat  . Tak ke dinamakan percutian bajet ??

Tempahan Fleksibel

Banyak tempat percutian yang korang boleh pilih pada bila bila masa . Korang bebas untuk merancang perjalanan idaman dan tak perlu pening nak booking penerbangan  serta hotel . Jangan risau seandainya hotel atau penerbangan yang korang nak tu tak available sebab Traveloka akan bagi pilihan yang lain . Jangan sedih lak sebab tempahan bersama Traveloka amat fleksible dan memudahkan .

Pilihan Bayaran Untuk Semua

Traveloka menyediakan pelbagai kaedah pembayaran sama ada secara tunai atau kad . Korang pilih je dan kalau nak belanja melalui kredit pun boleh . Jadikan percutian impian korang sebagai satu kenyataan bersama pelan ansuran 0% di Traveloka . Jom la join Sal ke Singapura sebagai destinasi pilihan . Seandainya takde idea nak ke mana … cuba tengok pakej penerbangan dan hotel yang disediakan . Sure ada destinasi yang memikat hati !

Yang bestnya kan … pihak Traveloka sediakan panduan sebagai rujukan korang untuk ke destinasi pilihan . So sebelum pegi tu korang dah boleh buat survey sikit . Macam Sal dah boleh plan nanti di Singapura nak berkunjung di mana , makanan yang menarik untuk dicuba … siap ada idea rancangan tau dari pihak Traveloka . Nah contoh :

Idea Rancangan Hari 2

  1. Anda boleh menikmati sarapan pagi di hotel atau pun berjalan di sekitar bandar Singapura untuk mencari makanan sarapan. Anda boleh mencari makanan seperti Nasi Lemak atau pun roti canai untuk sarapan.
  2. Bersiap sedia untuk ke Pulau Sentosa. Di sini terdapat Universal Studios Singapore. Terdapat banyak tarikan yang bakal menarik minat anda ketika di sini. Anda boleh menaiki kereta api untuk berkunjung ke sini. Anda boleh menghabiskan masa seharian di sini kerana terdapat banyak tarikan di Universal Studios Singapore itu.
  3. Anda boleh mencari makanan di kawasan Pulau Sentosa untuk makan tengahari.
  4. Selepas itu, anda juga boleh berkunjung ke mana-mana gerai sate yang terdapat berhampiran hotel anda untuk merasai keenakan sate yang terkenal itu pada waktu malam.
  5. Kembali ke hotel dan berehat.

BACA JUGA: Percutian Santai di PARKROYAL Kuala Lumpur

Panduan lanjut , korang boleh layari Singapore Tour Packages atau destinasi pilihan lain seperti Kuching , Kota Kinabalu , Johor dan banyak lagi

Singapore Tour Packages Bersama Traveloka Lebih Murah dan Jimat

Cara Penempahan Pakej Penerbangan dan Hotel Bersama Traveloka

Cara nak buat tempahan penerbangan dan hotel sangat mudah bersama Traveloka . Sangat mudah dan yang penting korang follow panduan yang dah dinyatakan .

Singapore Tour Packages Bersama Traveloka Lebih Murah dan Jimat
Singapore Tour Packages Bersama Traveloka Lebih Murah dan Jimat
  • Cari Penerbangan dan Hotel

Mulakan carian anda dengan mengisi destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan.

  • Pilih Kombinasi

Di halaman hasil carian, pilih kombinasi penerbangan dan hotel yang diingini.

  • Ubah kombinasi

Jika anda ingin mengubah kombinasi, tekan UBAH pada penerbangan Anda semasa menggunakan Traveloka App. Untuk laman web Traveloka, klik Ubah Bilik atau Ubah Penerbangan

  • Tempah Penerbangan dan Hotel

Semak ringkasan perjalanan dan klik Pilih untuk meneruskan. Isi butiran penempah dan pelancong, dan pastikan semua butiran adalah tepat.

  • Teruskan dengan pembayaran

Pilih kaedah pembayaran yang inginkan. Setelah bayaran diterima, e-tiket dan baucar akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit.

Amacam ?? dah ada pilihan destinasi ke  .. korang dah boleh discuss dengan Mr Hubby , isteri atau anak anak nak ke mana cuti akhir tahun ni . Penat dah keja tu , bawak la berehat . Ada masa terluang singgah la Traveloka ya . Jangan lambat sangat , nanti full booking  putih mata wehhh .. hehehe