Cermin Mata Murah Kanta Berkualiti Sungei Wang Plaza – Lama dah terniat nak buat cermin mata atau bahasa mudah spek mata sebab yang lama bingkai dah patah . Penangan hero comel kat rumah , sape suh letak bersepah kan . Sal ni bukan setakat rabun je ..  silau pun boleh tahan tinggi  . Sebelum ni nak drive malam takut gak sebab fikirkan keselamatan tapi bila Mr Hubby outstation , nak tak nak kena jugak la kan .

Cermin Mata Murah Kanta Berkualiti Sungei Wang Plaza
Cermin Mata Murah Kanta Berkualiti Sungei Wang Plaza

Kedai Cermin Mata Murah , Kanta Berkualiti  Dan Viral di Sungei Wang Plaza

Baru ni geng bagitau Sal ada tempat murah dan berkualiti untuk buat spek mata . Mulanya Sal macam berat hati jugak nak pegi tapi selagi kita tak try , mana boleh nak judge kan. Sekurang kurangnya kita kena tengok dulu atau cari dalam kalangan kawan kita yang pernah cuba . Bukan apa , atleast untuk kepuasan dan kepercayaan diri sendiri .

Sal ajak Mr Hubby pegi jugak … gigih sebab Sal amat memerlukan spek . Nak pakai lens selalu , agak merisaukan  .

Sampai je area kedai di Sungei Wang Plaza korang kena naik kat Ground Floor . Kat situ banyak kedai spek yang murah tapi korang jangan rambang lak , sila masuk kedai Eye Smart Vision  – INGAT tu !!

Masa Sal pegi tu taklah ramai sangat , tapi bila dah agak lama dok situ .. makin lama makin ramai la yang datang . Sal lama gak lepak sana sebab rambang mata pilih bingkai spek . Punya la banyak pilihan sebab terlalu banyak design dan cari yang sesuai dengan muka tu satu hal jugak la .. hehehe .

Cermin Mata Murah Kanta Berkualiti Sungei Wang Plaza
Cermin Mata Murah Kanta Berkualiti Sungei Wang Plaza

Lepas pilih mana yang berkenan , korang akan dilayan untuk check mata . Check secara detail ok .. bukan biasa biasa . Kalau tak puas hati korang boleh tanya , jangan senyap je . Setiap pertanyaan korang akan dilayan sebaik mungkin . Ni antara pengalaman yang Sal dapat bersama Mr William . Memang superb bab layanan !

Alpha Lens Blue 420 , Kanta Khas 100% Block Blue Ray Berkualiti 

Part paling best kat Eye Smart Vision ni , setinggi mana pun power spek kanta mata korang tu kan .. harga tetap berbaloi . Sal punya spek guna Alpha Lens Blue 420 , kanta yang khas 100% block blue ray , untuk silau malam , silau siang , recommended yang keje dok mengadap PC dan student . Total harga spek hanya RM125 .

Giller murah sebab sebelum ni Sal buat spek tak sah kalau harga tu tak cecah RM400 ke RM600 . Lepas ni ‘tipah tak kan tertipu lagi’  .. huhuhu . Sal buat gak spek transition dan harganya korang jangan tekejut pulak . Hanya RM99 je .. phewww nak pengsan rasa . Tak pernah jumpa harga mampu milik sebegini murah . Dan korang tak perlu tunggu lama untuk siap . Dalam tempoh sejam atau kurang dari tu siap terus spek mata korang .

BACA JUGA: Gaya Sakan Kaca Mata Hitam Tingkat Keyakinan Diri

Syukur sangat Sal rasa bila dapat tahu kewujudan kedai spek yang murah dan berkualiti ni . Walhal Eye Smart Vision ni dah lama wujud Cuma Sal tak aware . Dan lepas ni memang jadi pelanggan setia tegar di Eye Smart Vision . Sal siap recommend kat kengkawan opis dan sedara mara . Benda baik apa salahnya kan ?

Singgah jangan tidak ya !!

Cermin Mata Murah Kanta Berkualiti Sungei Wang Plaza
Waktu Operasi adalah dari jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam