Kena Tahu Cara Jaga Hati Isteri – Terasa ada sendu di hati Sal bila terbaca artikel bertajuk ‘Akulah Ibu Akulah Bapa’ . Ketabahan  bapa dalam menjaga anak anak yang masih kecil tanpa isteri di sisi sangat Sal kagumi . Tak semua lelaki mampu buat .

Nak Kena Tahu Cara Jaga Hati Isteri ??

Dalam artikel tu jugak ada dikongsikan tips bagaimana cara nak jaga hati golongan hawa yang bergelar isteri . Tertarik Sal nak share sebab bagi Sal sebagai siteri kita boleh lakukan sebaliknya untuk suami .

Harap perkongsian ni sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan secara bersama ya …

1. Perempuan suka mendengar lelaki mengucapkan kata cinta atau sayang walaupun mereka tahu hakikatnya suami memang menyayangi isteri . Tetapi dengan mendengar daripada mulut suami ia akan membuatkan isteri rasa bahagia .

2. Perempuan suka jika dibantu walaupun perkara kecil seperti mengangkat beg plastik yang sedang dijinjing atau tolong memegang beg ketika dia sedang mencuba kasut .

3. Perempuan berasakan diri mereka sangat dihargai walaupun suami membantu melakukan tugas yang ringan seperti mengemas katil .

4. Perempuan suka menerima hadiah, walau sekecil-kecil hadiah sebagai tanda ingatan daripada suami . Sekeping kad , sekuntum bunga atau sekeping coklat sudah memadai .

5. Perempuan suka lelaki yang boleh mendengar kerana mereka suka meluahkan masalah .

6. Perempuan suka diberikan kejutan . Misalnya sejambak bunga atau tiket penerbangan ke destinasi idaman .

7. Dalam apa juga situasi perempuan lebih suka mendengar jawapan ya berbanding tidak .

9. Perempuan suka lelaki yang bertanggungjawab misalnya membantu melakukan kerja rumah , menjaga anak dan menukar lampin si kecil .

10. Perempuan tidak suka lelaki ego . Jika bersalah mudah memohon maaf dan mengaku kesalahan sendiri .

BACA JUGA: Erti Sebuah Ikatan Suami Isteri

Suami dan isteri saling memerlukan , Sal tak nafikan ‘sedangkan lidah lagikan tergigit’ . Setiap perselisihan tu pasti ada jalan dan boleh diselesaikan secara baik . Bukan apa , kadang tu Sal kesian kat anak anak bila parents dah tak sehaluan . 

Yang Sal ni bila buat something je ,  perkara utama yang bermain di minda anak . Jagalah ikatan kekeluargaan tu ya .. jatuh bangun tu biarlah kita bersama .