McDonald’s Malaysia Hulur Sumbangan ke Pantai Timur – McDonald’s Malaysia dalam satu majlis komuniti mengumumkan sumbangan berjumlah RM484,100 melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di Kelantan .

Sumbangan Zakat McDonald’s Malaysia ke Pantai Timur

Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan termasuk sumbangan zakat , pelantikan belia asnaf ke program perantisan McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada 841 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga miskin bandar di Kelantan untuk persiapan sesi persekolahan tahun 2019 .

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) , Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi dan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan , Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad turut hadir sebagai tetamu kehormat bagi acara komuniti ini .

Kami berterima kasih kepada McDonald’s Malaysia kerana memenuhi kewajipan zakat kepada negeri Kelantan . Inisiatif lain yang diumumkan menunjukkan komitmen McDonald’s dalam melibatkan diri membantu golongan yang kurang bernasib baik – Dr Haji Nik Mohd Azlan 

McDonald’s Malaysia di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100% dimiliki oleh umat Islam . Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus ke semua cawangan McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara eksklusif sejak 20 tahun lalu .

McDonald’s akan terus melaksanakan kewajipan zakat apabila tiba masanya kerana zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai umat Islam .

Program Perantisan McDonald’s Malaysia

Program perantisan McDonald’s adalah sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah KementerianSumber Manusia . Pensijilan SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) yang merupakan salah satu usaha restoran khidmat segera ini untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat serta memupuk bakat baharu.

Para belia dari golongan asnaf di negeri Kelantan digalakkan untuk menyertai program perantisan McDonald’s . Tempoh latihan selama 18 bulan di mana para perantis akan menerima latihan praktikal dan pembelajaran teori dalam kelas . Sebaik sahaja mereka menamatkan program ini , mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald’s secara sepenuh masa . Program ini juga membolehkan mereka untuk mempelajari kemahiran sepanjang hayat .

Selain mendapat manfaat dari penajaan penuh program latihan , setiap perantis juga diberi elaun bulanan sebanyak RM1,200 , faedah perubatan dan insurans , serta makanan percuma .

Program”Kembali ke Sekolah” – McDonald’s Malaysia Hulur Sumbangan ke Pantai Timur

Majlis yang berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Pengkalan Chepa turut menyaksikan penyerahan pek“Kembali ke Sekolah” yang merupakan program tahunan McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama KementerianPendidikan Malaysia .

Program “Kembali ke Sekolah”mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan McDonald’s  di mana ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendahdari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah baharu .

Setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah  ,sepasang kasut sekolah dan sebuah beg sekolah untuk persediaan memulakan sesi persekolahan tahun 2019 . Keseluruhan sumbangan di bawah program “Kembalike Sokolah” tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta .  

Program “Kembali ke Sekolah” amat penting untuk McDonald’s dan RMHC kerana ia memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah rendah dari golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar .

Kanak-kanak adalah pemimpin masa hadapan negara dan pengalaman pembelajaran yang mereka lalui adalah sesuatu yang amat penting . Melalui program “Kembali ke Sekolah” McDonald’s dan RMHC berharap usaha ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat dan memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan .

BACA JUGA: McDonald’s & RMHC – Pek “Kembali ke Sekolah” 

Rumah Ronald McDonald ke – 2 di HUSM

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) turut meluaskan inisiatif kemasyarakatan di Kelantan dengan penubuhan Rumah Ronald McDonald (RMH) kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan . Rumah ini merupakan rumah persinggahan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada keluarga pesakit kanak kanak yang menjalani rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu.

RMH yang dijangka siap pada awal tahun hadapan merupakan kediaman berkelengkapan penuh dengan 18 buah bilik tidur , ruang makan , dapur , bilik dobi , bilik TV, bilik permainan  dan kemudahan lain untuk penghuni .

Penubuhan rumah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat disamping menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka .