Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah – Baru ni Sal berkesempatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan , Kuala Gandah, di Temerloh, Pahang. Unplanned sebenarnya , dan tujuan ke Temerloh untuk melawat baby . Kebetulan dah ada di sana , terus bawak anak anak singgah tengok pusat konservasi gajah .

Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
peluang cuti sekolah kita ke Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Punya la excited anak anak bila Mr Hubby kata nak bawak tengok gajah . Dan Sal sendiri pun tak pernah sampai lagi di Pusat Konservasi Gajah ni . Peluang  yang ada kita gunakan sebaik mungkin .

Sampai je di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan , Sal kena isi form pendaftaran dan tandatangan surat pelepasan tanggungjawab . Setiap butiran pengunjung yang masuk perlu direkodkan termasuk anak anak . Tiada bayaran yang dikenakan cuma pengunjung yang masuk boleh membuat sumbangan seikhlas hati . Apa salahnya kita hulurkan sumbangan agar generasi akan datang dapat mengenali haiwan yang sesungguhnya amat mememerlukan perlindungan dan tidak pupus begitu sahaja . Lepas daftar korang akan diberi pelekat khas sebagai tanda korang adalah pelawat

Seronok betul anak anak Sal bila sampai .. heboh dok tanya  mana gajah . Dari pintu masuk , kita kena berjalan sikit tapi tidak la jauh . Tapi dah boleh dengar suara gajah . Lucu betul sebab anak anak Sal terpinga pinga dok dengar suara gajah sambil mulut becok tanya sebab tak nampak rupa … hehehe.

Teruja Dengan Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah 

Antara yang paling excited adalah Khaleef . Syok tengok gelagat dia bagi gajah makan .  Di sana ada dijual makanan yang kita boleh hulur pada gajah – tebu , kacang dan pisang . Khalaf macam biasa .. antara berani dan takut tapi dia cuba untuk dekatkan diri pada gajah . Paling cute adalah anak gajah !

Adalah dalam sejam kami lepak dalam tu . Nak tunggu gajah mandi macam lambat lagi kebetulan time tu terdatang awal dalam tengah hari . Lepas anak anak Sal puas tengok dan bagi gajah makan , terus decide nak balik . Masing masing pun dan berpeluh sakan !

BACA JUGA: Percutian Singkat di Cameron Highlands

Walau pun singkat tapi anak anak happy betul dapat tengok gajah .  Banyak aktiviti yang disediakan untuk kita dekati dan kenali habitat gajah seperti tayangan video sekitar 30 minit . Melalui video ringkas ni pengunjung akan dapat mengetahui maklumat dan melihat sendiri bagaimana gajah liar terdedah dengan ancaman atau bahaya .

Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Kalau korang nak tahu lanjut tentang Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah , Sal kongsikan sedikit butiran untuk makluman selanjutnya :

Alamat :
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Jabatan Perhilitan, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Nombor Telefon :
013-908 8207

Waktu Operasi :
8.00AM– 4.45PM