Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Untuk Bukan Asnaf Fakir Miskin Sekolah Rendah dan Menengah – Betapa beruntungnya parents sekarang ni bila anak anak melangkah ke alam persekolahan . Teringat pulak zaman Sal sekolah dulu . Seronok sebab tak fikir ape pun just belajar je .

Now , bila anak sendiri dah sekolah macam macam persediaan yang perlu dilakukan agar urusan persekolahan anak anak berjalan dengan lancar . Dan bila sebut tentang persediaan ni kan , Lembaga Zakat Selangor (LSZ) ada menyediakan bantuan khas berbentuk Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Untuk Bukan Asnaf Fakir Miskin Sekolah Rendah dan Menengah untuk golongan yang berpendapatan pertengah dan bukan tergolong dalam asnaf fakir miskin . Untuk pengajian tinggi pun ada tau .

Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh LZS bagi meringkan beban golongan yang berpendapatan pertengahan . Maksudnya bukan golongan fakir miskin atau asnaf ya ! Yang penting korang kena faham dulu objektif inisiatif ni .

Terima kasih pada Lembaga Zakat Selangor sebab wujudkan inisiatif seumpama ini . At least dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka yang amat memerlukan . Tapi , sebelum nak dapat tu korang kena la mohon . Usaha tu kena ada mengikut prosedur yang telah ditetapkan . Insya Allah , bila korang ikut prosedur yang betul proses permohonan akan dipermudahkan .

Fahami Objektif Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Untuk Bukan Asnaf Fakir Miskin Sekolah Rendah dan Menengah

Macam Sal , sebelum nak mohon sesuatu Sal akan baca dan fahami dulu tujuan atau syarat yang telah ditetapkan . Mana la tau kan .. tak sesuai ke , tak menepati kelayakan ke kan . Better kita baca dan buat research sikit . Ade je sesetengah pihak tu tau menyalahkan institusi atau sistem je tanpa faham terlebih dahulu syarat permohonan . 

Jangan gitu , pada Sal silap diri sendiri dan tak perlu menuding ke arah yang lain . huhuhu , banyak pulak Sal membebel . Mehla kita baca dulu objektif sumbangan SPZAS ni :

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan dari segi pendidikan di mana golongan ini adalah golongan yang hampir kepada kemiskinan.
  • Memberikan sumbangan untuk megurangkan kos pendidikan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah di Negeri Selangor.
  • Galakan kepada golongan pertengahan untuk membayar zakat selaras dengan bantuan agihan zakat juga turut diagihkan kepada mereka.

Patuhi Syarat Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Untuk Bukan Asnaf Fakir Miskin Sekolah Rendah dan Menengah

Pihak LZS turut menyarankan agar semua pemohon yang berminat nak mohon supaya mematuhi setiap arahan yang diberikan semasa proses memuat naik permohonan di atas talian . Baca betul betul ya , sebab pemohon perlu terlebih dahulu memuat turun dan mengisi borang pengesahan yang diperlukan sebelum meneruskan proses permohonan. Pemohonan dikehendaki menggunakan nombor kad pengenalan ketua keluarga.

Keutamaan diberikan kepada golongan berpendapatan pertengahan (B-40) yang lebih bersifat adil . Info ni jelas tertera dalam portal rasmi LZS . Jangan ada pulak golongan yang luar dari berpendapatan pertengahan (B-40) cuba nak mohon . Dalam konteks ni kejujuran kena ada .

Pihak LZS sedaya upaya nak bantu golongan yang memerlukan dan jika ada pemohon selain dari golongan yang selayaknya , ini akan melambatkan proses permohonan . Bila lambat faham la ,lagi banyak mesej aduan yang akan di terima oleh pihak LZS . Kebiasaannya , institusi akan dipersalahkan tanpa individu tertentu berfikir kembali punca sebaliknya yang berlaku .

BACA JUGA: Jom Bayar Zakat LZS Buka Kaunter Sepanjang Disember

Antara syarat-syarat permohonan SPZAS:

  • Permohonan hanya melalui atas talian dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    • Beragama Islam
    • Warganegara Malaysia
    • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
    • Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2019 sahaja)
    • Pendapatan seisi rumah melebihi daripada Haddul Kifayah dengan julat lebihan tidak melebihi jumlah maksimum RM3,000.00
  • Permohonan hanya dibuka untuk tanggungan di peringkat persekolahan seperti berikut:
    • Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja)
    • Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7-12 tahun sahaja)
    • Sekolah Menengah (umur 13-17 tahun sahaja)
  • Pengiraan Haddul Kifayah diguna pakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor.
  • Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS tidak boleh memohon bantuan ini.

Antara proses pendaftaran yang diperlukan bagi permohonan SPZAS untuk bukan asnaf fakir miskin Sekolah Rendah dan Menengah adalah :

  • Maklumat Diri
  • Maklumat Tanggungan (Anak-Anak)
  • Maklumat Pendapatan
  • Muat Naik Kad Pengenalan (Depan & Belakang) serta Borang Pengesahan
  • Perakuan Pemohon

Pemohon diingatkan supaya berhati-hati isi borang sebab hanya sekali sahaja boleh diisi supaya setiap permohonan dapat diproses dengan sempurna serta mengelakkan permohonan ditolak . SPZAS hanya untuk golongan berpendapatan pertengahan di bawah asnaf fisabilillah yang tidak tergolong di dalam asnaf fakir atau miskin.

Bagi mereka yang tergolong dalam asnaf fakir dan fakir dan amat memerlukan bantuan , jangan segan atau malu untuk mengunjungi 27 cawangan LZS yang dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember ini atau berhubung dengan Penolong Amil Kariah yang terdapat di masjid-masjid berhampiran .

Jika ada kemahuan, di situ akan akan ada jalan penyelesaian !! Permohonan masih dibuka sehinga 10 Februari 2019 bagi SPZAS . Jangan lupa baca soalan lazim yang dikemukakan dalam portal rasmi LZS ya supaya dapat pencerahan bagi Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Untuk Bukan Asnaf Fakir Miskin Sekolah Rendah dan Menengah .

Untuk keterangan lanjut, sila layari :

Website: Lembaga Zakat Selangor

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343