Malaysia Halal Expo 2019 Persediaan Olimpik 2020 di Jepun – Melalui pembacaan Sal , agak sukar jugak ya nak cari makanan Halal di negara matahari terbit . Pasang anganan jugak nak jejak kaki ke Jepun cuma tak berpeluang lagi . Sebelum nak ke sesuatu tempat , kebiasaannya kaki travel akan survey dulu tempat penginapan , mana nak berjalan dan most important thing mencari makanan berasaskan produk halal .

Bila dah ada di negara orang , Sal pun sangat berhati hati nak beli makanan . Bukan boleh beli sebarangan gitu je sebab pemahaman ‘Halal’ ni lain bagi kebanyakan negara dan tak sama macam Malaysia .

Malaysia Halal Expo 2019 Persediaan Olimpik 2020 di Jepun – KL Convention Centre

Baru ni kan Sal ada ternampak iklan tentang Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019) yang bakal berlangsung pada 24 – 26 Januari 2019 bertempat di KL Convention Centre dan bertemakan ‘Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020’ . Expo ni diadakan susulan dari Memorandum Kerjasama yang dimeterai pada 26 November 2018 antara Malaysia dan Jepun. Rasa macam nak pegi sebab penganjuran Olimpik 2020 akan diadakan di Tokyo Jepun dan Sukan Paralimpik pun disana gak . Sure permintaan produk Halal meningkat kan dan korang rasa kenapa ia meningkat ???

Terselit pulak rasa bangga .. dan dalam hati Sal memang berdoa sangat sangat agar Malaysia diberi peluang untuk pasarkan produk makanan tempatan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan usahasama agensi SME Corporation Malaysia ke Jepun kelak .

Terkini , Majlis Pra Pelancaran bagi tujuan promosi dan hebahan kepada masyarakat berkenaan Malaysia Halal Expo 2019 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof , Menteri Pembangunan Usahawan pada 8 Jan lepas . Antara rakan strategik lain yang terlibat sama dalam penganjuran expo secara langsung adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia , Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia .

Syarikat produk halal Malaysia perlu rebut peluang dan manfaatkan Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sepenuhnya sebagai platform untuk menembusi pasaran halal di Jepun . Tuah bukan selalu datang bergolek tetapi kena ada usaha dan kesungguhan .

Apa yang pasti , permintaan terhadap produk halal dijangka meningkat semasa kejohanan sukan tersebut sebab ramai atlet dan pengunjung yang beragama Islam akan hadir menjelang 2020 . So ,  negara Jepun memerlukan kepakaran , produk dan perkhidmatan berkaitan halal bagi menampung permintaan yang bakal melonjak sepanjang kejohanan . Sejumlah besar makanan halal amat diperlukan kelak untuk atlet dan pihak yang terlibat dengan kejohanan sukan .

Dan Sal amat mengharapkan yang kerjasama ini akan berpanjangan dan bukan setakat semasa kejohanan Sukan Olimpik 2020 berlangsung . Industri makanan Halal Malaysia perlu diperluaskan sehingga menembusi pasaran Halal dunia .. aamiin

Kagum dan Bangga Malaysia Sertai Halfest Tokyo – Persediaan Malaysia Halal Expo 2019 Persediaan Olimpik 2020 di Jepun

Sal ada terbaca jugak info sebelum ni di mana ada beberapa pengeluar produk Halal yang merupakan peserta dari Malaysia join Halfest Tokyo . Semoga dapat manfaat daripada acara berkenaan dan sedikit sebanyak membantu untuk lebih memahami tentang pasaran Jepun termasuk perkara berkaitan peraturan kawal selia di sana.

Untuk makluman korang , Malaysia telah pun menandatangani memorandum kerjasama  dengan Jepun bagi merintis jalan ke arah mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dalam industri halal antara kedua-dua negara .

Secara tak langsung dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai inisiatif kepada pelaburan  dan perdagangan antara kedua dua negara .

Moga Impian Jadi Kenyataan – Malaysia Halal Expo 2019 Persediaan Olimpik 2020 di Jepun

Tak sabar rasa nak tunggu Sukan Olimpik 2020 di mana produk tempatan Malaysia memasuki pasaran Jepun dan bendera Malaysia akan berkibar megah di sana . Senang sangat kaki travel nak cari makanan Halal bila produk makanan Halal Malaysia dah ada di Jepun sepanjang tempoh bercuti bersama keluarga tercinta . Tak perlu nak berlapar dah macam sebelum ni ada yang sanggup makan roti je sepanjang berada di Jepun .

Part jejakkan kaki ke Jepun Sal pendam dulu asalkan dapat tengok pameran di KL Convention Centre pun dah rasa syok sebab atleast dapat jugakla Sal share info dengan kengkawan gak nanti .

Bila Malaysia Halal Expo 2019 diadakan , korang berpeluang nak tengok produk atau makanan yang korang sendiri tak pernah rasa atau jumpa . Seriously , part ni korang kena tengok sendiri ok . So jangan lepaskan peluang unuk pergi dan rasai sendiri Malaysia Halal Expo 2019 Persediaan Olimpik 2020 di Jepun ni tau .

BACA JUGA: Mc Donalds Sah Halal

Expo terbuka untuk orang ramai dan korang boleh tengok dengan jelas produk Halal yang bakal masuk pasaran di Jepun . Bukan setakat produk makanan je .. banyak lagi produk lain dan pameran ni terbahagi kepada 4 komponen iaitu pameran , perkongsian ilmu , majlis penganugerahan dan sesi business matching .

Untuk sesi perkongsian ilmu tu kan .. ada pocket talk , forum dan paling tak sabar Sal nak tengok adalah sesi singgah santai bersama selebriti . Siapa yea agaknya selebriti terpilih tu … dengarnya Fara Fauzana , Faizal Ismail , Mok Cun a.k.a Erma Fatima ! Gandingan yang hebat gak . Agensi luar yang terlibat antaranya SME Bank Berhad , EXIM Bank , Matrade , Federation of Malaysia Freight Forwarders dan banyak lagi .

Macam yang Sal katakan tadi , tujuan expo adalah untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan yang export – ready . Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah yang untuk laksanakan sesuatu penganjuran tetapi Malaysia tetap buktikan yang ia boleh dilaksanakan melalui kerjasama dari pebagai pihak yang menyokong .

Sasaran potensi jualan adalah sejumlah RM50 juta . Sal doakan moga tercapai dan sebanyak 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari Malaysia dan Jepun akan sertai . Cabaran yang amat besar untuk pempamer tempatan Malaysia sebenarnya ni .

Penyertaan sepanjang Malaysia Halal Expo 2019 terdiri daripada 320 pempamer  yang melibatkan 6 bidang berbeza iaitu makanan dan minuman (F&B) , bahan ramuan , bioteknologi , kosmetik , penjagaan kesihatan dan farmaseutikal serta logistik .

Diharapkan juga melalui penganjuran Malaysia Halal Expo 2019 dapat  menarik sejumlah 10k pengunjung yang hadir dan terdiri daripada komuniti perniagaan dan masyarakat awam . Tanpa sokongan dari kita sendiri macam mana Malaysia nak majukan kan ?? So rakyat kena mainkan peranan .

Sebagai umat Islam … mencari yang Halal itu satu kewajipan !!

Untuk maklumat lanjut sila lawati :

Website : http://halal-expo.my/

Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 24-26 Januari 2019

Info Line 1-300-30-6000