Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari

In Parenting

­­Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari – Bila cuti sekolah bermula , Sal akan mula pening kepala . Bukan sebab kerenah anak anak tapi nak start fikir tentang kelengkapan dari segi pakaian dan peralatan sesi persekolahan tahun 2020 . Kejap betul masa berlalu dan untuk next year dah 3 orang anak Sal masuk sekolah rendah . Syukur !!

Semestinya Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari

Sal memang suka ready awal untuk keperluan sekolah anak anak . Bukan apa , bila dah beli dan ada depan mata .. hati pun senang dan boleh la bawak anak anak berjalan lepas tu .Selagi tak membeli , takut duit terpakai dan tak cukup pulak nanti . Haru wehh .

Untuk tahun ni Sal pilih shopping baju sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari Hari . Pada mulanya Sal hanya dengar dari mulut ke mulut yang Pusat Pakaian Hari Hari menyediakan pelbagai kelengkapan macam uniform , kasut , beg sekolah , stokin , tudung sekolah dan banyak lagi . Kawan kawan di office pun share jugak yang dyorang pun beli di Pusat Pakaian Hari Hari .. sebab mudah dan antara faktor terpenting adalah semua benda yang kita nak beli especially barang kelengkapan sekolah ada . Tak perlu nak pening kepala masuk kedai keluar kedai yang lain.

https://www.instagram.com/p/B5j8oWcAz3U/?utm_source=ig_web_copy_link

So ,  weekend baru ni terus ajak husband pi Pusat Pakaian Hari Hari area Taman Permata . Kami antara family yang terawal datang sebab nak parking terus depan kedai .. hehehe . Sesampai je terus adik adik promoter tu dengan ramahnya ucap Selamat Datang ! Sejuk weh hati bila disapa gitu … macam dihargai la kedatangan kita ni .

Kualiti Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari

Sal angkut sekali anak anak sebab mudah nak pilih size . Service memang terbaik selain banyak pilihan . Dah banyak pilihan , kita pulak rambang mata . Jadi nak mudah Sal hanya cakap pada adik promoter tolong bantu cari size baju dan seluar untuk uniform anak anak untuk sekolah pagi dan sekolah agama . Zaasss .. terus adik adik promoter tolong carikan size . Laju giler dan tak sampai setengah jam settle cari size untuk Khalish , Khilfi dan Khalaf .

Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari
Settle semua dapat size .. Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari

Kepantasan adik adik promoter yang berpakaian sekolah memang terbaik ! Comel je masing masing pakai baju sekolah pelbagai color dan tiap tahun memang Pusat Pakaian Hari Hari buat gini as a simbolik dan disebalik itu , maksudnya baju atau color yang dicari memang ada dijual di situ . Korang bagitau je nak cari uniform color apa .

BACA JUGA: Sabun Pencuci Baju Sekolah Putih Atrees

Dari segi kualiti memang Sal puas hati sebab tahun lepas ada jugak beli masa pertengahan tahun selai dua baju sahaja untuk uniform sekolah pagi . Tahan sampai sekarang .Korang boleh pilih jenis kain ikut bajet dan pada Sal better ambil yang mahal sikit tapi masih dalam bajet supaya tahan lama untuk anak anak pakai baju tu . Alaaa…alah membeli, menang memakaikan !

Sama je tandingan uniform yang dijual di Pusat Pakaian Hari Hari kalau nak dibandingkan dengan kedai lain , baik dari segi ketebalan atau jahitan . Paling best dengan hanya RM65 boleh dapat full set uniform untuk size paling kecik . Macam Sal ni memang jimat dah sebab 3 orang tu nak sediakan . Dan untuk tiap sorang , takkan nak beli sepasang .. kena gak la borong dalam 2 – 3 pasang . Tapi , syukur sebab masih dalam bajet Sal .

Diskaun Pemegang Kad Debit atau Credit CIMB

Sal share semua ni atas pengalaman sendiri tau . Dan Sal tengok sendiri masa beli tu memang ramai parents yang datang beli set kelengkapan sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari Hari . So memang berbaloi la beli kat sini . Bukan tu je tau .. bila dah beli banyak dapat pulak freegift macam kalendar , stokin putih atau kasut putih untuk pembelian dari RM30 sehingga RM150 . Korang jangan lupa tanya pada adik cashier ya masa buat pembayaran . Haritu Sal kalut so melepas sudah … hehehe

Info terbaik untuk pemegang Kad Debit atau Credit CIMB , korang boleh dapat discount 15% sepanjang bulan Disember ni bila buat pembayaran di seluruh Cawangan Pusat Pakaian Hari Hari . Banyak gak tu !! So cecepat la ke 86 cawangan Pusat Pakaian Hari Hari di seluruh Negeri selagi stok masih banyak ni . Berita baik untuk orang Sarawak , Pusat Pakaian Hari Hari akan buka 2 cawangan baru di sana next year .

Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari
ramai yang datang shopping sini…Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari

Pada mommy yang malas nak keluar , korang boleh buat pembelian atas talian di www.ehari.com . Ada diskaun 15% dan Free Shipping (Minima RM50) disediakan . Banyak gak ni dan yang penting korang kena tau size anak anak .  Sekarang kan trend beli online , mempermudahkan , selesa dan menjimatkan masa  korang nak cari set kelengkapan untuk anak anak

Macam mana korang tengok di Pusat Pakaian Hari Hari , sama jugakla uniform atau kelengkapan sekolah yang ada dalam pembelian atas talian . Uniform pelbagai size , sekolah rendah , sekolah menengah , sekolah agama , pengawas sekoah , pengawas pusat sumber , beg sekolah , kasut dan banyak lagi. Dengar Sal berceloteh , panjang lak … nak lebih info korang kena jengah media sosial Hari Hari sebab banyak peraduan tengah on dan sejumlah RM10,000 voucher tunai  untuk dimenangi .

Untuk info lanjut , korang boleh layari :

Facebook : Harihari

Instagram : Harihariofficial

Website : www.hari.com.my

You may also read!

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..

Read More...
Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak

Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak

Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 , kebanyakkan dari kita yang tergolong dalam komuniti parents ni kena hadap situasi baru

Read More...
OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum

OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum

Ade ke yang tak suka pakai perfume ? Rasanya dah jadi kemestian kan bagi seseorang pakai perfume terutamanya lepas

Read More...

18 commentsOn Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari

  • Pusat Hari hari ini memang banyak jual baju mampu beli tetapi tetap berkualiti. Anak anak kan kian membesar memang sesuai beli kat sini sebab harga pun murah.

  • alahai cutenya .suka betul tgk budak2 skolah ni, nak2 anak sy pun akan masuk darjah satu dah tahun depan .. thanks utk info

  • Memang baik kan boleh dapat diskaun di samping kualiti yang amat baik. So patut shop kat sini lar untuk beli baju anak-anak untuk pergi sekolah

  • Alangkah bagusnya kalau kat Sibu, Sarawak pun ada stor Hari-Hari nie, senang nak bawa anak-anak saudara Rawlins membeli persiapan sekolah kat situ.

  • Rindunya nak beli baju sekolah hehehehe tu lah zaman kecil-kecik tak nak belajar betul-betul wakakak teringat zaman nakal-nakal tapi sekarang baju sekolah dah murah senang dapat kat Hari-Hari pun best dan berkualiti bagus lah…. Kita beli baju besar kat situ jer senang…

  • Sama la dengan AM.. AM kalau nak beli barangan keperluan sekolah anak2 mesti ke sini juga.. Sebab puas hati dgn kualiti n harga pun berpatutan..

  • wahhh, awal betul akak bawa anak-anak shopping barang sekolah. Teringat masa kecik-kecik dulu pergi shopping last minute dengan mak sampai tak menang tangan dibuatnya.

  • Pusat Pakaian Hari-Hari ni memang best kak. Masa saya sekolah rendah dulu mak bawa ke sini kami adik beradik. Cawangan chow kit tu kak. Memang penuh manusia. Tapi kami dapat berjimat dengan beli pakaian sekolah. Mak saya stail baju sekolah kena pakai sehari sehelai. So setiap anak tu 5 pasang jugalah mak beli. Supaya kami jaga kebersihan dan kemas je ke sekolah. 5 pasang untuk kami 3 beradik. Kami semua perempuan. Bila tengok akak beli pakaian ni. Rindu pula kat pengorbanan mak. Hahaha. Saya punya giliran beli pakaian sekolah lg satu tahun kak. Adam tahun depan 6 tahun. Nanti 7 tahun. Kejap je masa.

  • Mantap tu bawah RM65 dah boleh dapat 1 set lengkap head to toe. Haritu baru tanya kabar mak & adik bongsu. Kata mak belum pergi belanja barang sekolah adik lagi. Boleh laa rekemen mak beli dekat Pusat Pakaian Hari2 ni.

  • Wahh menariklahh… nanti nak pergilah beli baju sekolah anak anak dekat hari hari.. dah nak masuk new year dah ni.. kalau lambat lambat ni tak sempat .. harap ada sale kaw kaw laaa

  • Pakaian hari2 mmg pilihan ibu bapa masa kini sebab harga nya yg sangat mampu milik. Sy pon dulu masa sekolah mesti beli dekat sini. Banyak promosi nak2 nak mulakan sekolah nanti

  • Banyak betul pilihan baju sekolah kat sini. And suka dengan kualti kain yg ditawarkan. Harga pula sangat berpatutan.

  • Kak nina suka beli kelengkapan sekolah kat Hari-Hari sebab one stop center. Semua ada setempat. Lagipun kualiti superb dan harga mampu beli. Nak nak macam kak nina ni punya 4 orang anam yang bersekolah. Hari-Hari terbaik laaaa

  • untung anak anak sekarang. and untung jugak lah mak ayah sekarang as dapat berjimat. ingat zaman kita dulu tak ada tempat yang murah. semua kelengkapan agak pricey.

  • memang murah dan ada diskaun… free gift kasut tu berbaloi sangat.. seronok hero2 shopping .. masuk HariHari jer setiap tahun

  • Hari Hari memang kedai favourite, harganya murah dan pakaian sekolah berkualiti.

  • Suka sgt dengan pusat pakaian hari2 ni. Shopping kat sini mudah sbb staff2 mereka sgt membantu. Lagi satu semua murah2 dan berkualiti..

  • Sekarang ni anak masih kecil lagi, belum bersekolah. Nanti dah besar nak masuk sekolah, semestinya tempat mcm Hari Hari ni lah yang akan dicari.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu