Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

In My Story

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun macam tu jugak , cuma yang baik kita manfaatkan dan yang sebaliknya kita jadikan sebagai panduan untuk kita perbaiki diri kita . Apa reward korang untuk diri sendiri sebagai kenangan di tahun yang beralu ? Biasa orang akan tanya azam , tapi Sal nak tanya reward la pulak . Asyik azama je kan , boring . Meh Sal nak share sikit tentang Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Kedai Emas Hajjah Halijah
Pelbagai reka bentuk yang menarik di Kedai Emas Hajjah Halijah

Mengapa Emas Menjadi Pilihan di Kedai Emas Hajjah Halijah

Tetiba je kan Sal tukar topik pasal emas . Ada sebab tau . Korang perasan tak tahun lepas bila lalu je kedai emas , sure ramai orang . Siap berbaris tau kerusi . Mulanya Sal tak amik port sangat tapi bila lalu je kedai emas sure ramai .

Kedai Emas Hajjah Halijah
Kedai Emas Hajjah Halijah

Haaa mula la hati ni tertanya . Harga emas tengah turun ke ? Dari tak amik tahu … terus bertanya dengan geng yang suka ‘memakai’ . Terjebak sudah … huhuhu . Mungkin penyebab utama sejak pandemik melanda Negara , masyarakat mula beralih arah menyimpan sesuatu yang lebih berharga .

Sampaila satu ketika bila borak dengan geng blogger Ummi Nani , dia suggest kedai emas yang menawarkan harga yang berpatutan . Kiranya mampu milik ! Serious menarik perhatian Sal sebab memang tengah survey as a reward untuk diri sendiri .

Kadang bila kita asyik keja , sampai terlupa nak bahagiakan diri sendirikan ? So ini kali lah .

Kedai Emas Hajjah Halijah
FB Live Kedai Emas Hajjah Halijah

Walaupun Kedai Emas Hajjah Halijah ni nun jauh di utara , tapi pada Sal macam ada depan mata tau . Untuk peminat barang kemas jangan risau sebab setiap hari sure ada ‘FB Live’ . Seronok betul menjamu mata . .  huhuhu . Korang pilih je mana satu pilihan kalbu .

Kedai Emas Hajjah Halijah
Kedai Emas Hajjah Halijah

Pakej Menyimpan Atau Menabung Beli Emas Kedai Emas Hajjah Halijah

Paling syok lagi .. Kedai Emas Hajjah Halijah ada menyediakan pakej tabungan tau . Yelah , nak beli sedebuk gitu kadang duit yang kita kumpulkan sendiri .. adakalanya terpakai jugak . So kena la menabung balik .

Tapi istimewanya Kedai Emas Hajjah Halijah ni korang leh pilih ikut kemampuan sendiri . Kiranya ikut poket korang la . Besar hajat , makanya korang pilihla pakej besar sikit . Puas hati sebab berbaloi !

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Terma Dan Syarat Menabung

1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk ahli tabungan yang baru.

2. Tempoh menabung hanyalah selama 6 bulan sahaja.

3. Pilihan pakej yang disediakan adalah:

❤️ Pakej Gold : RM200/bulan

❤️ Pakej Diamond : RM500/bulan

❤️ Pakej Platinum : RM1000/bulan

4. Layak mendapat diskaun pemotongan harga sebanyak RM10 daripada harga pasaran semasa mendaftar pakej menabung.

5. Barang yang hendak ditebus, tidak boleh lebih atau kurang dari jumlah tabungan.

6. Jika barang yang hendak ditebus adalah melebihi jumlah tabungan, berat selebihnya akan mengikut harga semasa.

7. Barang “hanya boleh ditebus” setelah tamat tempoh pakej menabung.

8. Bayaran wajib dilakukan setiap bulan, jika ada bulan yang terlepas untuk membuat pembayaran, automatik harga akan dikira seperti biasa.

9. Jumlah tabungan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

10. Dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu pakej.

11. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn Bhd.

Kedai Emas Hajjah Halijah
Kedai Emas Hajjah Halijah

Manfaat Simpan Emas

Tak rugi sebenarnya bila kita beli emas ni sebab untuk pelaburan jangka masa panjang sangat berbaloi . kita kumpul sikit sikit , dalam tak sedar haaaa .. sesilap dah jadi ‘mami jarum’ . Lepas tu zakat jangan lupa tau . Saje selit sini sebagai peringatan bersama untuk diri Sal juga .

Kedai Emas Hajjah Halijah
Jom pakat beli barang kemas di Kedai Emas Hajjah Halijah

Antara manfaat bila beli emas ….

  • Mudah untuk dicairkan dan berubah menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia .
  • Aset yang mudah untuk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.
  • Emas adalah alat penyimpan nilai wang kita , maksudnya bernilai fleksible . Walaupun ada masanya nilai emas menurun , namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dah kukuh .
BACA LANJUT: Bayar Zakat Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas
  • Atasi masalah inflasi dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat . Nilai yang ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yang semakin hari semakin jatuh.
  • Emas merupakan pelaburan yang terbaik utk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai Emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi).

Rambang dah mata Sal tengok kepelbagaian design barang kemas ni ha . Untuk info korang jugak , yang korang nampak emas putih atau color silver  tu kan .. sebenarnya tu kita panggil enamel untuk tambah seri dalam set masdora . Sal suka gak patern gini .

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

So , mehla kita pakat beli barang kemas di Kedai Emas Hajjah Halijah dengan harga yang patut ! Kedai Emas Hajjah Halijah ni ada 2 cawangan tau , di Kangar dan Sg Petani . Mana yang jauh tu kita online je .

Ada kaedah yang senang kenapa perlu bersusah payah kan . Beli secara online dan Insya Allah barang akan selamat sampai ke tangan korang .  Ade geng yang dah berkali kali order secara online dari Kedai Emas Hajjah Halijah ni .

Jangan tunggu sampai harga emas naik mencanak baru nak pi beli tau .

Untuk info lanjut boleh layari

Website – https://halijahjewels.com

Facebook : https://www.facebook.com/kedaiemashajjahhalijah

Telegram : https://t.me/s/kedaiemashajjahhalijahsb

Instagram : https://www.instagram.com/kedaiemashajjahhalijahsb/

You may also read!

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

Bila bercakap berkenaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , ia amat berkait rapat tentang harta simpanan atau wang yang

Read More...
Tips Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Berminyak Hanya 2 langkah Senang – Hansaegee Nature

Tips Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Berminyak Hanya 2 langkah Senang – Hansaegee Nature

Tips Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Berminyak Hanya 2 langkah Senang – Hansaegee Nature Korang pernah alami masalah kulit

Read More...
CC Cream Terbaik Yang Tak Melekit, Ada SPF, Kulit Lebih Natural Glowing – Hansaegee Nature

CC Cream Terbaik Yang Tak Melekit, Ada SPF, Kulit Lebih Natural Glowing – Hansaegee Nature

Moga korang semua sihat ya .. jaga diri sebab pandemik semakin meningkat dan amat membimbangkan . Tapi jangan disebabkan

Read More...

12 commentsOn Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

  • Sejak pandemik COVID-19, ramai yang dah berazam nak menabung dan tidak mahu rugi. Setiap pelaburan apa pun. Saya nak ia sampai pada masa hadapan. Kalau boleh, masa anak masuk universiti dan memerlukan lebih wang. Saya ada budget. Kita pi pajak emas tu. Hehehehe. Tok nenek moyang kita pandai bab emas ni. Cuma ramai yang pandang serong bila kita pajak gadai emas. Sebab ramai tak faham. Atau mungkin mereka tak tau. Hehehe. Wallahualam. Jom beli gelang lagi kak.

  • Kita perempuan ni memang suka emas kan..hehe..ada sistem menabung macam ni bestlah, boleh bayar tiap-tiap bulan 🤩

  • Bagus sebenarnya pelaburan emas ni. Boleh dicairkan ketika mendesak. Susah nak susut nilai

  • Agak2nya ada tak emas yang sesuai for me? 🙂 Macam menarik jer.. kalau share ni kat my mom, sure bersinar2 matanya.. 🙂 boleh start invest untuk birthday dia bulan November nanti la.. 🙂

  • Menarik juga tabungan emas Hajah Halijah ni. Emas ni dahla komoditi yg takkan turun nilainya bila2. Tp aritu dah terkena rugi pelaburan emas 5 tahun lepas. Habis la lesap 5k. Ni ada kedai fizikal, terasa mcm nak join.

  • Berkenan giler bangle hermes tu, bagus ni, sambil membeli sambil invest untuk masa depan… Sis pun dah mula juga kumpul sikit-sikit walau kecik.. sbb harganya akan datang makin naik…

  • bagus yer ada pakej gini. sesiapa pun boleh milik emas lepas ni, menabung sambil kumpul aset emas kan?

  • Tahun baru ni memang saya berazam untuk melabur. Dan pelaburan emas adalah antara pilihan yang terbaik kerana ia kalis inflasi.

  • Barang mas ni boleh jadikan barang hiasan dan jugak investment. Ramai kawan pun invest kat gold skrg.

  • This is indeed an interesting article. learned a lot from you today about investing in gold 🙂

  • Tengok emas emas ni, makes me wanna invest too! Will check them out

  • Ya Allah gelang emas ni kalau mak kita tengok memang dia akan menjerit lah nak yang paling besar tu hehehehe tapi tak apa tu semua pelaburan jangka masa panjangkan bagus juga hehehehe..

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu