Hujung Minggu Masa Ditunggu

In Parenting

Hujung Minggu Masa Ditunggu – Fuuhhhh .. bersarang rasa . Bukan takde topik yang nak diceritakan cuma masa yang terlalu ‘dengki’ untuk singgah di rumah ‘kedua’ ni ha . Jangan kata tak rindu .. tersangat !! Tiap hari jengah sambil lalu je tapi nak mulakan balik menaip tu aduhaiiii . Sabar je la dan kena mulakan jugak kalau tak … hurmmm ke laut weehhh .

Korang TauTak .. Hujung Minggu Masa Ditunggu

Rutin kehidupan Sal seperti biasa . Dan kalini nak story sikit masa bersama dengan anak anak . Tiap kali terpandang wajah anak anak , terbit rasa sayu sebab masa bersama mereka amat terhad . Demi kelangsungan hidup , kerjaya perlu diteruskan . Kena seiring dan dalam masa yang sama urusan keluarga tetap diutamakan .

Waktu persekolahan , Sal akan cuba uruskan keperluan anak anak . Pantau mana yang patut .. dan penat tu jangan cakap la kan . Gagah kan diri jugak sebab pada Sal , asal anak gembira sudah . Sebab tu bila hujung minggu je tak sabar nak tunggu “bonding time” . Seronok layan kerenah anak anak yang semakin mencabar jiwa .. huhuhu .

BACA JUGA: Kajian Posisi Dukung Anak

Kebiasaannya Sal suka ajak anak anak makan luar dan cuba jugak penuhi permintaan dyorang cuma berpada . Untuk part makan tu no problem , mainan je kureng sikit nak layan . Sal akan cuba pancing ke kedai buku ke .. ok la kan . Semai minat membaca !!

Hujung Minggu Masa Ditunggu
Hujung Minggu Masa Ditunggu

Masa ni jugak Sal cuba terapkan persekitaran dengan minda anak anak . Biar dia tahu apa yang ada di sekeliling . Dulu dulu Sal jarang bawak anak anak keluar tapi bila tak keluar , kesian pun ada . Dah besar ni bila keluar , ada sedikit kepuasan sebab mesti akan ada soalan yang diutarakan . Soal jawab ni yang best untuk kita uji sejauh mana anak anak dapat berfikir . Ni cara Sal , mungkin parents yang lain ada cara yang tersendiri .

Bila kita dapat lapangkan masa dengan anak anak , akan terbit satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan . Pada yang sibuk bekerja … korang kena curi masa yang ada bersama anak anak . Percayalah yang korang tak akan menyesal dan hujung minggu akan jadi masa yang paling ditunggu seisi keluarga !!

You may also read!

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..

Read More...
Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak

Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak

Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 , kebanyakkan dari kita yang tergolong dalam komuniti parents ni kena hadap situasi baru

Read More...
OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum

OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum

Ade ke yang tak suka pakai perfume ? Rasanya dah jadi kemestian kan bagi seseorang pakai perfume terutamanya lepas

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu