Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

In Info & Ilmu

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak . Mana tak nya , bagi yang baru masuk Tahun 1 .. sesi persekolahan hanya sempat 2 bulan . Serius memang dalam hati ni rasa gundah gulana . Hati mak mak ni kan lain macam sikit . Nak dibiarkan uiiissshhh … idak leee , belum lagi anak anak yang nak masuk tahap 2 . Tambah dengan silibus subjek sekarang , boleh tahan !! So harini Sal nak share tentang Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kehendak atau Keperluan Tuisyen Online Untuk Anak ?

Maka , bermula la sesi bertanya dengan officemate , geng blogger . Part ni kita kena cari kaedah dan jalan penyelesaian . Alaaa … tanya je pun . Mana la tau kan .. dalam ramai ramai kengkawan kita tu ada yang advance dan memang Sal ni sejenis yang suka bertanya pun .

Malu bertanya sesat jalan

Terkebetulan la pulak Sal memang nak mencari kelas online bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran &Fardu Ain (UPKK) untuk anak anak . Bagaikan pucuk dicita , ulam mendatang la kan .

Kita sebagai parents sekarang ni kena faham tentang situasi semasa . Nak harapkan cikgu atau ustazah mnegajar semata … buat kelas online , pada Sal memang tak mencukupi . Kena cari alternatif lain dan bersesuaian dengan anak anak .

Rasanya sebagai ibubapa korang pun tahukan yang sistem pembelajaran anak anak sekarang bukan macam dulu . Tak kira sekolah arus perdana atau sekolah agama petang tu .. semuanya boleh dikatakan mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) .

Sal kan sepanjang anak anak duduk di rumah agak pening la bila masing masing bukak mulut tanya soalan soalan dalam buku latihan . Antara paksa dalam rela kadang tu duduk jugak la sebelah anak bila cikgu masing masing buat kelas online melalui google classroom .. hehehe .

Semata mata nak faham bentuk pengajaran .. kandungan silbus dan soalan soalan . Sampai tahap tu tau tapi kekangan masa takleh nak elak sebab Sal koje . Tapi yelah .. semakin umur meningkatkan ni .. nak ajar anak anak yang bukan dalam bidang kita tahu je lah kan . So Sal kena berbuat sesuatu .

Cari Kesesuaian Kelas Online UPKK Bersama Fly High Training Centre

Bila Sal dapat peluang join kelas tuisyen online bersama Fly High Training Centre sebagai percubaan, tak lengah tau . Memang mencari pun selama ni . Apa salahnya Sal try dulu sebelum bagi anak anak try . Sal ni part kelas online agak memilih sikit . Bukan kata semua kelas tuisyen online tu tak bagus tapi kita kan ada pilihan . Hak memilih tu kena guna sebaik mungkin !!

Kelas Tuisyen Online UPKK Fly High Training Centre
Nota juga disediakan sebagai rujukan untuk anak-anak

Masa masuk je kelas di bawah bimbingan Ustaah Siti Zubaidah Isa .. terus Sal terdiam . Bukan apa , nampak ustazah macam garang orangnya tapi bila dah start berinteraksi dengan anak anak … terkasima Sal .. huhuhu .

Setiap pertanyaan yang diutarakan oleh anak anak dijawab dengan tenang dan jelas . Anak anak sekarang pun boleh tahan jugak interaksi dengan tenaga pengajar . Kadang tu soalan memang sangat mencabar .

Agak terleka jugakla Sal dengan keletah anak anak yang join kelas meroket bersama Ustazah Siti . Jelas sungguh penjelasan Ustazah Siti dalam setiap topik yang diajar . Anak anak pun nampak enjoy !!

Kelas Tuisyen secara Online
Menggunakan aplikasi zoom atas talian

Usatazah Siti pun bukan calang calang orangnya tau . Sedikit latar belakang tentang dia Ustazah Siti Zubaidah Isa :

  • Guru KAFA Berpengalaman
  • Pemeriksa Kertas UPKK Sejak 2018
  • Penyelaras Peperiksaan UPKK
  • Guru Celik Jawi & Solat
  • Guru Quizziz UPKK
  • Guru Program Meroket UPKK
  • Mempunyai ‘track-record’ cemerlang dalam pencapaian  anak didik dalam UPKK 2019
  • Guru Panel Fly High Training Centre
  • Guru kelas dalam talian UPKK sejak Mac 2020.
  • Mind Map dan Nota (Isi Tempat Kosong) akan diberikan.
  • Latih Tubi dan Quizziz

Kenapa Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Pilihan Terbaik 2021

Selain tu kan , Fly High Training Centre turut menyediakan kelas untuk subjek teras – Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah . Haaa … tak risau dah kan sebab anak anak dapat belajar macam biasa . Kita sediakan payung untuk mereka sebab dengan situasi sekarang ni kita tak tahu lagi macam mana sistem pembelajaran bagi tahun 2021 .

BACA JUGA: Tips Kawal Emosi Bagi Ibu Bapa

Korang jangan risau part tenaga pengajar sebab guru yang mengajar di Fly High Training Centre ni mempunyai latar belakang yang superb jugak . Berkepakaran dalam subjek masing masing dan merupakan pembimbing yang terbaik untuk prestasi anak anak pada masa akan datang . Siapa tak nak anak pandai kan !

Jadual Kelas Untuk Sesi 2021

Meh Sal share jadual kelas untuk sesi 2021 di Fly High Training Centre . Setakat ni kelas yang disediakan secara online ada untuk Tahun 3 dan 4, Tahun 5 , Tahun 6  dan Tingkatan 1 .

Sesuaikan kelas dengan jadual anak-anak , pilihan di tangan anda !!
Guru berpengalaman dan pakar dalam subjek masing-masing I Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Jom la daftar sekarang .. jangan dok tunggu takut melepas peluang . Dari segi harga rasanya berbaloi jugak . Demi pelajaran anak anak , kita lakukan sesuatu sebelum terlewat . Sekaligus kita bantu tingkatkan prestasi sekolah anak kita kan !

Untuk maklumat lanjut , korang boleh WhatsApp atau layari :

Whatsapp : wasap.my/01156998919
Facebook : Fly High Training Centre
Instagram : flyhightrainingcentre

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

21 commentsOn Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu