Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor – Kita sedia maklum tentang tuntutan dan kewajipan menunaikan zakat yang merupakan Rukun Islam kelima . Tapi sekarang ni ada yang ambil ringan dan pandang mudah tentang hukum zakat .
Ambil Tahu Tentang Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor
Terang lagi bersuluh kan tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang ingkar atau ragu akan fardunya maka terkeluarlah dari Islam . Bagi yang berkemampuan , perlu tahu kesenangan yang diperolehi itu bukan hak milik kita sepenuhnya . Disitu wujudnya hak golongan yang kurang berkemampuan seperti golongan fakir dan miskin . Individu muslim (orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib) yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar.
Banyak hikmat bila kita mengeluarkan zakat dan antaranya adalah:
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat
Baru ni kan , Sal terbaca artikel mengenai kempen zakat ke atas keluarga kita yang lebih dikenali sebagai Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor . Dan jujur Sal katakan … Sal baru tahu tentang kempen yang diaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor . Ingat ada zakat pendapatan , simpanan , emas je . Rupanya dalam tak sedar ada kewajipan lain yang mesti dilunaskan .
Lembaga Zakat Selangor sedang memperluaskan kempen Zakat@Family melalui inisiatif dakwah yang lebih dikenali sebagai ‘Zakat Street On Wheels’ . Ianya diperluaskan untuk memupuk kesedaran terutamanya ketua keluarga atau pihak yang terlibat (penjaga atau wali) dalam memastikan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan jagaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya . Inisiatif Divisyen Kutipan ini juga sedikit sebanyak meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor !
Firman Allah SWT,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan – (Surah al-Tahrim: 6)
Bagus sebenarnya pendekatan yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor , supaya setiap individu dalam sesebuah keluarga yang beragama Islam di Selangor dapat menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta dimiliki selaras dengan kewajipan zakat samada kepada harta yang dimiliki atau diwarisi dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf) . Sekaligus dapat memberi pendedahan dan meningkatkan tahap kesedaran umat Islam di negeri Selangor khususnya dalam menunaikan ibadah zakat dan kewajipan terhadap tanggungan dibawahnya .

Usaha murni Lembaga Zakat Selangor seperti ini harus disokong bahkan Sal sendiri cuba memahami dan share dalam kalangan ahli keluarga yang lain . Mulanya macam sukar nak faham , tapi bila baca dan tanya individu yang sepatutnya , Sal dapat memahami tentang zakat Zakat@Family ni sepenuhnya .
BACA JUGA: Jom Bayar Zakat … Dibuka Sepanjang Disember
Contohnya .. anak kita ada wang simpanan di bank sejumlah RM20 000 dan mereka sebenarnya telah layak menunaikan zakat kerana telah melebihi nisab . Mungkin kita sebagai ibubapa/penjaga tak tahu tentang zakat ke atas keluarga atau family dan bila dah tahu maka menjadi kewajipan untuk kita melunaskannya .
Sebagai penjaga kita perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri , pasangan , tanggungan atau individu di bawah jagaan setelah mengetahui kelayakan dan jumlah pembayaran bagi setiap yang terlibat . Sal kagum dengan usaha Lembaga Zakat Selangor dan diharapkan melalui perkongsian ini dapat mendidik umat Islam lebih memahamiakan Rukun Islam Kelima ini .
Semoga dengan berkembangnya pelaksanaan kempen dan promosi kempen Zakat@Family ini, diharapkan apa yang dirancang menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan halangan .
Untukmaklumat lanjut , korang boleh layari:
Website: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Facebook: ZAKAT SELANGOR
11 commentsOn Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor
Wah, such an eye-opening sharing! Yes, no doubt, kadang-kadang ada antara kita terlepas pandang tentang perkara rukun begini dan sebagai saudara seagama sememangnya bagus untuk kita saling mengingatkan antara satu sama lain. InsyaAllah semoga dengan melaksanakan tanggungjawab zakat ni, rezeki yang menjadi darah dalam keturunan kita sentiasa diberkati. Amin…
Alhamdulilah. Dah makin mudah dah urusan untuk berzakat. Maka lepas nie takde alasan ‘lupa’ atau ‘tiada masa’ untuk menunaikan zakat bagi semua kan. Moga makin ramai yang akan menjalankan tanggungjawab memasing/
Good information sharing. Thank you for sharing this valuable information. Have a good day and take care.
Bagus info ni, zul hampir lupa pasal zakat ni, sebab dah set potong bulanan untuk diri sendiri je. Lepas ni bolehlah bayar zakat untuk keluarga pula, dalam rezeki kita akan terselit rezeki orang lain kan?
makin senang nak berzakat dengan PPZ lepas ni. lagi banyak duit kita keluar bayar zakat insyallah makin murah rezeki. amin
banyak benda iza tak tau berkenaan dengan zakat. terima kasih sebab share info ni. sekurang-kurang ada la ilmu sikit bab zakat ni. lepas ni boleh cari info kat tempat lain pulak.
Teringat pulak masa zaman sekolah menengah ada belajar bab zakat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Alhamdulillah masih ingat cuma ada beberapa perkara nak kena refresh. hehe
Mudahnya berzakat.. tapi kalau hati tak bersih tangan tetap berat untuk berzakat kan.. tahniah pada mereka yang masih berfikir semua rezeki yang ada terselit rezeki orang lain..
bagus kempen ni sebab mengajak serta memberi kesedaran untuk kita sentiasa berzakat. Banyak inisiatif bagus yg diusahakan
Kepentingan zakat untuk meningkatkan ekonomi Islam. Bagusnya ada pendedahan pasal zakat ni. Sebenarnya zakat banyak membantu orang yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.
Tq for sharing kak. Ada yg taktau pun pasal ni.
Mobile Sliding Menu
Jom Shopping Di PGMall Banyak Diskaun Dan Baucer Menarik Melalui Maybank QRPAY
Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat .. jadinya pergerakan masih lagi terhad . Namun , ianya
Read More...People in London can now use the new red buses for transportation
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Tribes in China wear the same orange clothes in the National Day
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Over 1 million Canadian people are watching balloons in the clean sky
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...People celebrating the new year by using empty bottles as light bulbs
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...