Kalau dulu Sal memang pening sangat bila nak beli minyak zaitun . Tapi sekarang tak lagi dan rasanya korang pun tahu yang Sal memang amalkan minyak zaitun sejak mengandung anak yang pertama . Macam macam brand dah try tapi yang dulu tu memang zero knowledge la tentang minyak zaitun , main beli je . Bila dah jumpa brand yang satu ni … terus consume sampai sekarang . Meh Sal nak story kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil pilihan utama .
Biar Betul … Kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Pilihan Utama

Bila sembang pasal minyak zaitun ni , masa awal mengandung dulu seriously Sal tak nampak pun kelebihannya . Yelah , nama pun minyak .. mana nak sedapkan untuk dimakan. Rupanya tak rugi kita consume dan jadikan amalan dalam pemakanan seharian . Percayalah !!
Memang terbukti sepanjang mengandung dan waktu bersalin , Syukur Alhamdulillah dipermudahkan urusan . Ni pengalaman Sal sendiri la . Sampai nurse yang selalu Sal jumpa buat rutin check up pun heran sebab bacaan HB cantik . Haaa .. terus sharing apa yang Sal amalkan termasuk minyak zaitun . Masa bersalin pun sama , pada ibu yang tengah preggy tu Sal sarankan korang cuba consume minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil sebab kalau tak cuba .. korang tak kan tahu khasiat dan keberkesanannya !
Hakikatnya memang tak sedap tapi antara khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil yang korang kena tahu dan jadi pilihan Sal seisi keluarga:
- Hasil dari ladang zaitun di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine
- Minyak zaitun diproses dan dibotolkan mengikut ‘Standard & Piawaian International Olive Oil Council’
- Buah zaitun dari pokok tua berusia sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestine
- Menghasilkan minyak dengan kandungan khasiat antioksidan yang lebih tinggi
- Minyak zaitun extra virgin adalah dari perahan pertama – cold pressed
- Diiktiraf Halal, Organik EU dan JAS serta pengiktirafan Fairtrade
- Pilihan buah zaitun terbaik dan diproses pada hari yang sama
- Minyak zaitun terbaik awal musim atau “EARLY HARVEST”
- Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri
- Kandungan Acidity rendah kurang dari 0.5%
Nampak Awet Muda Bila Consume Minyak Zaitun
Pernah satu ketika Sal terjumpa senior di tempat keja yang sentiasa nampak muda . Lama dah Sal nak bertanya tips . Yelah , bila kita tengok seseorang tu sentiasa bertenaga dan awet muda – terutamanya perempuan .. sure nak mintak tipskan ?
Rupanya salah satu amalan beliau adalah amalkan minyak zaitun di awal pagi (masa perut kosong) setiap hari . Dan sejak dari tu , Sal memang amalkan setiap hari . Hasilnya memang baik untuk pelawasan dan badan jadi ringan . Kalau tak sebelum asyik lesu .. mengantuk !
Dari hasil pembacaan Sal jugak , minyak zaitun berupaya membantu dari dalaman tubuh badan kita seperti mencegah penyakit jantung , strok , diabetes , mengawal kesan radang dan mengawal kadar kolesterol dalam darah . Tambah bila pengambilan minyak zaitun yang konsisten secara tak langsung dapat mengawal glukos dalam darah terutamanya kepada pesakit diabetes.
Amalan mengambil minyak zaitun dapat mengurangkan risiko barah, mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda tau . Tu sebab Sal kata tadi tak rugi consume minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil .
Aduhhh , lupa nak inform kenapa Sal pilih minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil ni . Kalau korang nak tahu , minyak zaitun terbahagi kepada 5 kelas :
- Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
- Virgin Olive Oil (VOO)
- Light
- Extra Light
- Pomace
BACA LANJUT: Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan

Perbezaan paling ketara adalah bagaimana ianya diproses dan kandungan khasiatnya . Jenis mana yang hendak dipilih .. tu bergantung kepada tujuan dan kegunaan setiap individu . Macam Sal sendiri , Sal pilih pengambilan secara rutin untuk tujuan kesihatan dan sebab tu pilih minyak zaitun yang mempunyai kesan dan khasiat yang maksimum . So minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil memang pilihan yang paling baik .
Resepi Ringkas Perut Kenyang Bersama minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil dan Premium Palestinian Za’atar Blend (thyme)

Rasa macam susah nak telan , tapi tu waktu mula je . Kalau dah rutin setiap hari .. pejam mata terus telan . Fikir demi kesihatan dan kecantikan je .. hehehe
Meh nak share sikit simple resepi bila perut dah terlalu lapar dan mintak diisi dengan segera .. Kadang tu balik keja , kes kat opis tak sempat nak makan haaa kat sini la minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Sal mainkan peranan . Bukan tu je tau , ada something yang Sal add on lagi .. yakni Premium Palestinian Za’atar Blend (thyme) .

Ni resepi paling simple , kenyang dan sedap okey !
Sebelum bakar roti tu , korang oles/sapu minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil atas roti . Lepas bakar , korang tabur Premium Palestinian Za’atar Blend atas roti tu masa tengah panas . Atau sebelum bakar tadi korang tabur pun boleh jugak . Lagi mengancam makan lepas bakar . Kandungan campuran thyme Palestin ni pada Sal macam herba .. gabungan kualiti tertinggi dari unsur bijan, minyak, garam herba thyme, dan sumac . Makan waktu roti bakar tu tengah panas panas … seriously best !! Anak anak Sal semua suka termasuk Kaisar yang umur setahun lebih
Rasa kenyang dan untuk breastfeed mom , Sal perasan bila consume Premium Palestinian Za’atar Blend ni .. berupaya memperbanyakkan susu badan . Maybe sebab kandungan herba kan . Kemain anak Sal menyusu dengan jayanya .. hahaha . Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan produk kesihatan yang sangat bermanfaat .
Berjaya Buat Anak Consume Habbatus Sauda

Last sekali , kalau sebelum ni anak anak cukup susah nak consume produk yang berasaskan habbatus sauda , tapi sekarang Sal dah ada jalan penyelesaian . Bukan susah pun sebab Sal hanya gunakan tiga bahan yang sangat ringkas .
Korang hanya perlukan :
- Aiskrim Perisa Vanila
- Serbuk Orea
- Black Seed Paste (Habbatus Sauda)

Terus anak anak suka … korang try la ya !!

Rasanya dah panjang lebar Sal story pasal minyak zaitun .. so korang jangan pening tau . Jangan tersalah beli yang rosak atau kurang khasiat . Jangan kata tak tahu mana nak cari yang betul sebab korang boleh beli Premium Organik Extra Virgin Olive Oil Al-Ard Palestin , Premium Palestinian Za’atar Blend (thyme) dan Black Seed Paste (Habbatus Sauda) sekaligus di sini :
Nak beli produk Al’ Ard , korang boleh hubungi nombor ni :
19 commentsOn Kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Pilihan Utama
time diet hari tu, mmg selalu gunakan olive oil saja sbb bgos and sihat.then tak perlu guna byk.. sikit2 pun dah ok… idea utk Habbatus Sauda dlm ice cream tu tak pernah plak terfikir , nanti boleh la buat .. hehe eating healthy is a must kan…. thank you sharing 🙂
Banyak kebaikan minyak zaitun nie
..Yang penting nsmpak awet muda salah satu kebaikannya..thanks for sharing
Ramai yg cakap minyak zaitun ni bagus.. Nak try jugak cuma tak tau nak pilih yg mana.. So boleh la try minyak zaitun yg ni.. Banyak manfaat minyak zaitun ni rupanya. Tq for sharing..
Suami memang amalkan minum minyak zaitun ni…cuma Sis pun tak reti nak buat masakan kecuali rebus spagetti jer…
Indeed minyak zaitun memang banyak khasiat dan kebaikannya, selain pelbagai guna juga kan. Qeela pon suka brand Al-Ard ni, sebab pure & cold press, selain ianya dari Palestin. Sedappp! 👍🏻😁
Wah bagusnya! tak tahu pula boleh campur macam-macam. yang pasti minyak dan buah zaitun ni sedia maklum akan khasiatnya. keep it up!
Wahh menarik lah resepi. Mudah je nak pancing anak makan. Letak dalam makanan ye. Boleh ena cuba brand ni
Minyak zaitun wajib ada kat setiap rumah. Saya suka buat ayam bakar pakai minyak zaitun. Sedappp. Hehehe.
Dr pun pernah cadangkan Rawlins untuk mengamalkan minyak zaitun. Setakat nie Rawlins tak try lagi hahaha. Nanti nak try this one la. Boleh la mengekalkan keremajaan gitew
Wow pokok yang adanya setua 500 tahun? Memang terbuktilar khasiat minyak zaitun ni.
Banyak juga khasiat dan benefit consuming minyak zaitun ni kan… Nak amalkan juga la.. yang penting boleh awet muda.. Thanks for sharing this great information ya..
wahhh kreatifnya kak sal masukkan habbatus sauda dalam aiskrim vanilla! Memang budak-budak suka la nak makan.
Minyak zaitun banyak kegunaanya.. Dan banyak khasiatnya.. Nad pun kdg guna minyak zaitun dalam masakan. Duaproduk lagi menarik tu.. Boleh cuba nanti
Dulu pergi umrah, memang selalu terjumpa buah zaitun ni. Khasiat memang sgt banyak, org arab gemar makan ni. SekarNg dkt Malaysia pon senang nk dpt, produk jenis minum pon senang nak consume kan
Tak pernah lagi try jenama ni. Tak tau pulak minyak zaitun boleh cantikkan HB. Kalau tau Iza dah try consume minyak zaitun. Roti bakar tu nampak sedap pulak bila sapu dengan thyme tu. Macam boleh try je brand ni.
Olive oil mmg wajib ada kt umah ni. Tapi habastus sauda makan dgn eskrem tak pernah terpikir pulak. Nnt bole cuba lah
Minyak Zaitun memang banyak khasiat, sis pun suka amalkan penggunaan minyak zaitun dalam makanan seharian.
wahh bgs yer…kena try juga lah nak bg anak makan habbatu sauda ni letak dlm ais krim
http://www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ http://www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc…
Mobile Sliding Menu
Jom Shopping Di PGMall Banyak Diskaun Dan Baucer Menarik Melalui Maybank QRPAY
Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat .. jadinya pergerakan masih lagi terhad . Namun , ianya
Read More...People in London can now use the new red buses for transportation
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Tribes in China wear the same orange clothes in the National Day
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Over 1 million Canadian people are watching balloons in the clean sky
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...People celebrating the new year by using empty bottles as light bulbs
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...