Mee Kari Mudah dan Sedap – Korang suka makan mee kari tak ? Dulu Sal rasa antara menu yang paling sukar nak buat sebab bahan terlalu banyak tapi yang sebenarnya kita sendiri boleh olah ikut citarasa kita sendiri .Yang penting buang sikap ‘M’ tu bila masuk dapur .
Resipi/Resepi Mee Kari Paling Mudah dan Sedap
Sal share bahan dan cara masak yang paling mudah untuk korang buat mee kari . Seriously mesti jadi punya bila korang follow . Dulu masa Sal try buat manjang tak jadi tapi tak mau putus asa ! Akhirnya dapat la jugak buat mee kari yang rasanya cukup .. hahaha macam angkat bakul lak . Cuma Sal tak la buat pedas sangat sebab takut anak tak makan .
Bahan – bahan (hidangan 6-8 orang):
4 ulas bawang merah – ditumbuk halus (kisar)
3 ulas bawang putih – ditumbuk halus (kisar)
Setengah potong bawang besar (kisar)
Seinci halia (kisar)
2 batang serai (kisar)
Minyak masak secukupnya
3 sb serbuk kari (guna Adabi) – bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
Daun kari secukupnya
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga lawang
Sedikit bunga cengkih
Santan kotak 1
Tauhu kering
Sebungkus fish ball (pelbagai jenis)
Sebungkus fish cake (potong kecil-kecil)
Sedikit isi ayam
Garam secukup rasa
Perencah cukup rasa (MAGGI)

Bahan-bahan lain :
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
Seikat sawi (celur)
Telur (direbus)
Tahu (goreng)
Cara Penyediaan Kuah :
Panaskan minyak , masukkan bahan penumis hingga naik bau (nak letak daun kari pun boleh) . Dah naik bau , masukkan bahan bahan yang dikisar dan serbuk kari . Jangan sampai hangit ya , control api dapur bagi sederhana je .Bila dah garing , masukkan isi ayam dan gaul sebati . Tambahkan sedikit air dan bila nampak macam nak mendidih , masukkan santan .
BACA JUGA: Resipi/Resepi Kuih Apam Nasi Mudah
Dah mendidih sikit , masukkan semua fish ball atau bahan yang korang suka .Sal tak masuk seafood sebab alergik . Masukkan garam , gula (optional) dan serbuk perasa secukupnya . Kacau sebati dan padamkan api .
Siap !!
Selamat mencuba ya korang . Percayalah yang korang akan makan bertambah tak pun berulang . Time ni Sal makan megi kari sebab mee dah selesai habis penangan anak anak . Mee tukar megi pun sedap sebab kuahnya tu … hehehe .
20 commentsOn Mee Kari Mudah dan Sedap
simple2 pun nampak sedap. terliur!
Lama x buat mee kari, senang ada resepi mee kari mudah camni. Nnt boleh try la juga.
Sedapnya mee kari. Lama tak makan atau masak mee kari. Teringin pulak bila tengok gambar mee kari akak ni
Nampak simple je cara nak buat. Kena rajin semua boleh buat. Favourite hubby ni mee kari. Kalau buat sendiri bahan2 tu kita bagi banyak2. Sangat puas hati.
Fuhh sedap noo mee kari. Lama dah tak makan mee kari buat sendiri. Nanti nak try la buat ikut resepi ni. tq sharing tau Sal.
Alahai! I lama teringin nak makan Mi Kari ni. Sekali you hidangkan gambar mi kari pulak. Next time buat Mi Kari message I datang rumah ye. Rajin masak betul!
Memanggg tengah fikir2 nak buat mee kari this week. Elok2 pula ada yang share resepi !Boleh lah cuba!
Kenapa baca time ni lak Mee Kari ni lapar sangat hurmmm kita nak juga cuba lah buat nampak mudah walaupun banyak bahan hehehe kita suka kalau mee kari ada banyak bahan seperti tauhu, kerang memang kegemaran sangat tiba perut berbunyi baca post ini..
sedapnya mee kari.. lagi-lagi buat sendiri memang umph kuah tu. makan ramai-ramai satu family mesti seronok. simple & mudah je cara nak buat mee kari ni ye
Mee kari kalau yg sy minat, pekat santan tu. Mcm dkt kedai mamak. Yg ni pon boleh try jgk
menyelerakan!!!
mudah yes lah.
aida jarang buat dgn mee. mihun jer. feveret anak2 tu la mihun.
weekend ni nak mengkari lah. mihun. roti jala 🙂
nice…
Lama.x buat mee kari. Tapi mmg sedapkan kalau dpt buat sendiri. And lebih puas hati juga
Dalam hidup I. Tak pernah lagi I buat mee kari selalu I beli je siap siap.. sebab jarang nak makan reramai.. anak anak i pula jenis selera lain lain masinghahhaha thanks for sharing the recipe
Perghhh nampak sedap lah tengok mee kari akak ni. Dah lama gak lah tak makan. Last makan mee kari pun dengan family ramai-ramai. Huishhh syok uhh. Nanti kita pun nak try lah buat ikut resepi ni. Thank you sharing akak.
Macam tau-tau TB tengah mencari Mee Kari sekarang ni.. craving mee kari sangat-sangat.. haha.. hari tu order kat kedai sekali dah habis pulak dah.. nanti nak try makan situ lagi.. sebelum tu.. nak bookmark resaepi ni.. nanti nak try buat sendiri .. kalau ada bahan.. heheheeh
Lama tak makan mee kari. Bgi ena susah nak buat sebab tak semua orang buat jadi sedap. Hehe. Kita pon tak pandai. So makan kedai je. Tahniahlah sal pandai buat 😍
mudah je nak buat, rajin atau malas je kan? tiba2 rindu pulak masakan mee kari yg mak saya buat. dah lama jugak tak balik kampung.
Thanks for sharing the recipe it looks really delicious I’ll give it a go someday
saya suka mee kari. insyaAllah boelh try resepi ni nanti, mudah je nampaknya
Anak saya paling suka mee kari..selalu nak order je
Mobile Sliding Menu
Jom Shopping Di PGMall Banyak Diskaun Dan Baucer Menarik Melalui Maybank QRPAY
Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat .. jadinya pergerakan masih lagi terhad . Namun , ianya
Read More...People in London can now use the new red buses for transportation
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Tribes in China wear the same orange clothes in the National Day
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Over 1 million Canadian people are watching balloons in the clean sky
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...People celebrating the new year by using empty bottles as light bulbs
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...