Nasi Ayam Simple , Mudah dan Sedap

In Resepi, Resipi/Resepi

Nasi Ayam Simple , Mudah dan Sedap – Korang , dah fikir ke nak masak apa untuk menu berbuka petang ni . Sure pening gak fikirkan ?? Sal ni jenis yang ringkas dan suka cuba menu yang simple . Dari segi bahan pulak , Sal tak suka nak semakkan otak cari benda yang perlu dicari atau beli di kedai . Bila kerja ni faham je la , better buat yang mudah tapi kena la sedap . Kalini Sal nak try resepi

Kenapa Perlu Cuba Resepi Nasi Ayam Simple , Mudah dan Sedap

Berkali kali Sal try tau resepi nasi ayam ni , sebab pasti jadi dan sedap . Rugi kalau korang tak try dan lagi best guna beras basmathi . Mehla kita tengok cara nak buat .

Bahan-bahan:

(untuk rebus ayam , boleh digunakan untuk sup , kuah kicap dan kuah cili)

1 ekor ayam ( 4-5 orang makan)

1 labu bawang besar (dibelah empat)

1 ulas bawang putih (diketuk)

1 inci halia (diketuk)

Cara – cara:

Rebus Ayam – Rebus semua bahan sehingga mendidih . Keluarkan ayam dan tos . Separuh dari air rebuan tadi boleh gunakan untuk masak nasi dan sebahagian lagi buta sup . ringkas sangat , nak sedap lagi tambah kiub ayam dan perasa  . Terpulang nak letak carrot , daun bawang dan bawang goreng .

Ayam Goreng – Kita perap dengan sos tiram , kicap cair , kicap manis dan madu . Yang ni Sal ikut citarasa sendiri . Air perap ayam ni jangan buang tau , korang boleh makan dengan nasi ayam tu nanti . So masa dah jimat nak buat kuah kicap kan .

Kuah Cili – Cili merah , seulas bawang putih , gula & garam (secukup rasa) , ½ sudu kecik cuka dan cili sos . Yang mana Sal tak nyatakan sukatan tu , korang boleh agak agak nak buat banyak atau sikit . Untuk cili merah tu Sal biasa guna dalam 4-5 tangkai je . Yang suka pedas boleh , boleh tambah lagi .

Nasi – Beras Basmathi ( basuh dan toskan) . Air rebusan ayam tu digunakan sebagai pengganti air biasa dan sukatan air rebusan macam biasa korang masak nasi . *2 ulas bawang merah , *2 ulas bawang putih dan *beberapa hirisan halia . Korang panaskan minyak dan tambah sikit mentega , bila dah panas .. masukkan bahan yang bertanda ( * ) . Tumis sampai pecah minyak dan sebati . Masukkan beras , kacau lagi . Masukkan air rebusan , garam , daun pandan , dan masak seperti biasa .

nasi ayam simple , mudah dan sedap .
tak susah pun ..korang cuba tau nasi ayam simple , mudah dan sedap .

Cuba jangan tidak ya , resepi asal korang boleh jengah kat Fizalgk . Banyak menu yang best tau .

BACA JUGA: Nasi Arab , Ayam Bakar Simple

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

One commentOn Nasi Ayam Simple , Mudah dan Sedap

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu