Nasi Beriani Simple Ringkas

In Resipi/Resepi

Nasi Beriani Simple Ringkas –  Bila ada masa terluang ,Sal akan masak menu kegemaran anak anak . Sesekali bila berhujung minggu kita penuhi permintaan anak anak . Sal kalau pasal makan memang tak sampai hati seandainya tak tunaikan kehendak anak anak .

Mudah Je Nak Masak Nasi Beriani Simple Ringkas

Sebenarnya masak ni bukanlah susah sangat . Cuma kena ada kerajinan dan tolak tepi kemalasan tu . Masak la menu yang simple tapikan .. dari yang susah tu sebenarnya akan jadi simple bila kita selalu buat atau amalkan . Tak caya try la !

Sebagai contoh .. waktu mula masak menu nasi beriani dulu, Sal rasa asyik la tengok resepi . Siap print bagai letak kat dapur . Tapi bila dah selalu masak , automatik kita akan ingat dan time tu main campak campak je masak sebab dah expert .. hehehe

Korang try la pulak ya .. nasi beriani yang simple dan gerenti sedap !!

Bahan – bahan:

4 pot nasi (beras basmathi) – cuci dan toskan

1 kiub pati ayam

4 ulas bawang merah – dihiris

2 ulas bawang putih – dihiris

Seinci halia – dihiris

Setengah potong bawang besar – dihiris

Sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga

1 sudu besar minyak sapi

½ cawan susu cair

1-2 helai daun pandan

Sedikit pewarna makanan (oren/merah)

Cara – cara:

Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang , bahan penumis dan daun pandan . Bila dah wangi , masuk beras.. jangan kacau banyak sangat . Takut beras patah .. bagi sekata bahan yang ditumis tadi dengan beras .

Masukkan beras dalam periuk , kiub ayam , susu cair .

Masukkan air ikut sukatan macam biasa korang masak nasi . Macam Sal dah terbiasa masak atas dapur .Mudah je

Bila nasi agak agak nak masak , korang masukkan pewarna sikit .. kismis dan gajus . Jangan kacau selalu tau nasi . Balik kan je sesikit .

BACA JUGA: Nasi Goreng Kampung SeriAji

Masak nasi beriani ni tak lama , dalam masa setengah jam dah masak . So korang cuba la . Bila beli luar macam mahal kan … puas hati korang masak sendiri . Pekena dengan ayam masak merah … walla !!!

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

12 commentsOn Nasi Beriani Simple Ringkas

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu