Kelmarin hari ulang tahun Mr Hubby . Kebiasaannya Sal akan sambut dengan penuh kesederhanaan dan simple je dengan anak anak . Tidaklah terlalu beria tapi saling mengingati tarikh penting . Sal la yang selalunya lupa tarikh penting sebab tak suka sangat nak ingat nombor . hehehe … Sabar je la kan .. apa pun salam hari kelahiran , papa masih muda .
Meriah Dan Penuh Kesederhanaan – Salam Hari Kelahiran, Papa Masih Muda

Untuk kalini , Sal plan nak surprise kan Mr Hubby tapi rasanya part kek takleh nak surprise sangat sebab dia dah tahu sure ada punya . Mintak la jugak pendapat anak anak , nak belikan apa untuk papa . hurmmm buntu jugak .
Mula Sal gatal tangan nak Google untuk cari surprise gift yang bersesuaian . Tapi dalam masa yang sama dok mikir bajet dan ‘askar’ kat rumah ni . Pada Sal , walaupun birthday Mr Hubby tapi nak juga happykan anak anak . Kiranya sambil menyelam , minum air .. alang alang happykan Mr Hubby , gembirakan skali anak anak .

Ada jugak Sal whisper perkhidmatan surprise gift untuk survey harga . Sekarang ni kan musim PKPB . Jadinya memang nak kena berjimat cermat . Bukan kata tak mampu tapi selagi boleh kita cuba untuk elakkan pembaziran .
Timbul Idea DIY Surprise Gift
Fikir punya fikir , timbul idea nak DIY . Ade gak Sal tanya pendapat geng office .. untuk dapatkan feedback dan kot ada yang tangan berseni . Malu bertanya sesat jalan kan ? huhuhu .

Akhirnya , Sal decide nak beli je la keperluan untuk surprise gift . Gigih waktu lunch keluar nak beli keperluan termasuk ‘jajan’ dan barang hiasan tau . Dengan harapan pengakhirannya mampu menggembirakan Mr Hubby dan anak anak – MyNyawa dan Kesayangan !!

BACA JUGA: Sambutan Birthday Angah
Dan dipendekkan story , sampai masanya dapatla kami sambut secara kecilan tapi meriah jugak dek sebab kerenah anak anak yang terlalu excited . Masing-masing suka sangat dengan surprise gift yang Sal bawak balik hasil deco geng office . Sal bukanla berseni sangat .. kihkihkih . Aci la kan sebab bagi idea .
To Mr Hubby
Moga dikurniakan kesihatan baik yang berpanjangan dan dilimpahi rezeki yang barokah . Sabar ya dengan ragam lima laksamana bersaudara . Moga sukses dalam apa jua lapangan & kerjaya kelak . Sentiasa di bawah keredaan Allah SWT . Aamiin .
Sekian , untuk kisah sambutan hari kelahiran Mr Hubby bersama anak anak . Biarpun ringkas , pada Sal dapat gembirakan hati orang yang kita sayang dah memadai kan !
Korang kalau ada next idea tentang sambutan birthday kesayangan korang … mehla share . Mana tau Sal boleh buat untuk next , ade la kelainan sikit .
24 commentsOn Salam Hari Kelahiran, Papa Masih Muda
Wah meriah.
Semoga bahagia seisi keluarga dan dikurniakan keluarga yang sihat semua
Sure happy hubby kan..terasa di hargai dgn apa yg wife dia buat. Lagi best dikelilingi org tersayang.
Kak sal…good idea. Baguih meraikan semua ahli keluarga.
DIY hadiah best sangat-sangat. Nampak effort tu.
Menarik idea ni. Puas hati hasil tangan sendiri kan. 5 hero ye Sal.
Moga dimurahkan rezki untuk husband dan juga sihat walafiat semuanya. Yang penting tu enjoy bersama kan – lagi2 time PKP nie lagi best bila semua dapat merasa kegembiraan tu.
Simple tapi meriah sama2 anak beranak.
Happy birthday. Semoga kak sal dan suami berbahagia sentiasa hingga ke syurga
wahhh berseninya tangan kak sal! Nampak surprise gift dari kedai sangat tau. Memang meriah eh rumah kak sal celebrate birthday party ni. Happy belated birthday ya untuk suami kak sal, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Wahhh dah lima hero, meriah lah. Semoga Sis dan husband dimurahkan rezeki selalu.
Bagus kak.. Raikan semua sekali.. Gembira la diaorg semua.. Bukan bpknya dpt anak2 pun dpt
Happy birthday.. comel jew ayat papa masih muda tu hihi
uish ramainya hero kak sal! cantik diy hadiah tu 😊
Suka Ayahnya Mamanya kata muda lagi hehehe…memang muda punn…
Selamat hari lahir buat suami Sal..moga sihat selalu…
Bestnya kalau dapat surprise macamtu kann..
Bagus idea diy hadiah tu..boleh lah cuba nanti untuk sambutan besday. Happy besday utk suami sis
Ramainya anak anak akak. Comel lah semua. Untuk diorang dapat mama dan isteri yang terbaik. Apa apa pun semoga keluarga akak dimurahkan rezeki selalu.
fazroliqbal.blogspot.com
Happy Birthday. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan
pandainya wt diy lawaa
Wah meriahnya sambutan birthday. Tak sabar pulak nak sambut birthday sendiri bulan 7 nanti. Apa2pun selamat hari lahir.
Selamat hari kelahiran papa masih muda hehe.Cantik dan kreatif DIY surprise gift tu..beruntung nya 🙂
Good idea jugak diy surprise gift tu kan. Alahai sweet je caption atas kek. Hehe. Happy birthday ye ntk suami sal
Bagus idea nya. Buat dgn anak2 sekali DIY hadiah. Anak2 pun seronok. Ayah pun hargai usaha anak2. Kenangan terindah utk semua
Happy birthday suami akk. Bagus fiy hadiah tu sendiri.. Suami sayg.. Anak2 pun suka.. Hehehe.. Birthday semua org ni erk
Hahaha sempoi betul. btw teruja btol saya tengok hasil DIY suprise tu kak. geram je nak jugak hahaha.
Mobile Sliding Menu
Jom Shopping Di PGMall Banyak Diskaun Dan Baucer Menarik Melalui Maybank QRPAY
Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat .. jadinya pergerakan masih lagi terhad . Namun , ianya
Read More...People in London can now use the new red buses for transportation
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Tribes in China wear the same orange clothes in the National Day
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Over 1 million Canadian people are watching balloons in the clean sky
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...People celebrating the new year by using empty bottles as light bulbs
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...