| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Cuti sekolah dah pun berakhir dan untuk cuti sekolah kali ni memang Sal tak bawa anak anak jalan jauh . Ada la jugak anak anak berbunyi tanya , tapi Insyaa Allah Sal dah janji dengan anak anak nak jalan jauh sikit dalam awal bulan April . Seminggu je lagi nak masuk April weh .. sedar tak sedar cepat betul masa berlalu . Tapi , dalam pada tak nak bawak jalan tu Sal tetap carikan ‘something’ untuk anak anak supaya ada kenangan masa cuti sekolah dan yang penting dapat belajar sesuatu . Alhamdulillah .. ada rezeki anak anak dapat Timba Pengalaman Bersama ‘Big Fun English’ di UTM KL yang dianjurkan oleh Pensyarah dari UTM KL sendiri .

Timba Pengalaman Baru Bersama Program Big Fun English Yang Mempunyai Keunikan Tersendiri
Sebenarnya tak terjangka nak hantar anak anak join program Big Fun English ni dan Sal khususkan untuk timba pengalaman baru . Ni pun Sal terbaca dari perkongsian Whatsapp group . Tak berharap dapat join sebab last minute tahu dan time tu tawakal call penganjur . Syukur Alhamdulillah , masih ada kekosongan dan untuk program ni memang 1st time Sal hantar Khalish dan Khaleef . Lagipun dekat dengan area office so senang nak manage .
Banyak juga aktiviti yang dilaksanakan antaranya Educational Games , UTM Tour – Fun With Robot , Let’s Do It , The Galleria dan Movie Trivia . Mulanya Sal pun tak berapa nak yakin , boleh ke anak anak follow dan takut buat hal pun ye tapi kebiasaannya anak anak ni bila takde dengan parents memang akan well behave .

Pagi tu masa hantar anak anak ke UTM muka masing masing dah kesukaan . Teruja nak tau part aktiviti dan nak kenal dengan kawan kawan baru . Anggaran peserta dalam 40 orang berumur antara 7 hingga 12 tahun . Meriah la jugak dan part yang best , Dr Nurhasmiza dan Dr Farah sentiasa post gambar anak anak yang sedang beraktiviti dalam whatsapp group jadinya taklah risau sangat hati ibu ni …huhuhu
Tengok masing masing fokus dan enjoy sepanjang program . Dan paling Sal tak sabar nak dengar celoteh dari Khalish dan Khaleef balik nanti . Program sehari je dan untuk part sajian semuanya diuruskan oleh penganjur . Terbaik !!
Pada Sal bagus jugak anak anak join aktiviti gini masa cuti sekolah , atleast dapat memenuhi masa lapang dan tingkatkan confident level untuk berinteraksi dengan kawan kawan . Selain tu , dapat juga anak anak tengok persekitaran Universiti Teknologi Malaysia KL .. bukan selalu dapat peluang gini . Sedikit sebanyak dapat tanam keinginan anak anak nak masuk universiti .. Aamiin .

BACA JUGA: Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Program Perlu Diteruskan Di Masa Akan Datang
Masa balik Sal nampak Khalish dan Khaleef berpegangan tangan keluar dari Lab 4 – Languange Academy UTMKL , comel lak rasa menuju ke lokasi group photo . Makanya , selesailah program Big Fun English dan yang best bila anak anak sibuk bercerita balik apa yang dibuat … dirasai . Sampaikan Khalish bertanya pada Sal
Ibu .. nextweek boleh datang sini lagi tak ???
Objektif Sal tercapai untuk anak anak sertai program , cuma Khaleef kurang sikit sebab katanya ramai kawan kawan lain yang lebih besar dari dia . Maksudnya tahap 2 kot , 9 tahun ke atas . Bila ada pop quiz dan sesi Kahoot dia agak lambat nak angkat tangan … cerita dari Khalish la . Tapi rasanya still boleh buat . Banyak jugak goodies yang anak anak bawak balik hasil dari aktiviti yang dibuat .. hehehe .

Sal akan terus libatkan anak anak sekiranya ada ruang dan peluang untuk sertai program masa cuti sekolah . Banyak manfaat disamping dapat timba ilmu tapi kena tengok jugakla minat anak . Bak kata orang , biarlah seiring .
11 commentsOn Timba Pengalaman Bersama ‘Big Fun English’ di UTM KL
Bagus ada program macam ni untuk kanak-kanak masa cuti sekolah
sure budak2 ni seronok dpt join program ni
Bagus program mcm ni sal. Anak2 boleh belajar dan mantapkan BI sambil berhibur.
Menarik program macam ni. Dapat tarik minat kanak-kanak.
Tengok anak anak semua seronok. Best juga aktiviti yang dianjurkan. Tapi dekat kl pulak.kalau ada di anjurkan di U yang lain nak juga bagi anak anak join dan rasa keseronokan buat aktiviti dengan kawan kawan
Bagus ada aktiviti mcm ni, Boleh tambah ilmu dan isi masa lapang cuti. Sekolah.
Bagus aktiviti mcm nie.. Sambil belajar sambil have fun
Hari tu ada juga parents yg ajak join Big Fun Englis kat UTM ni, tapi anak2 tak berkesempatan pula nk pergi. Bagus juga aktivitinya ya, kak? Kalau ada lagi, nk suruh anak join sekali
Bagus ada program macam nie untuk anak-anak kan Sal..
rajin kak sal jeajalan ngan anak2 ehh hehe
Bagusnya terapkan anak-anak dengan program macam ni. Atleast minda anak-anak pun berkembang dan belajar benda baru kan.
http://www.liahasty.com
Mobile Sliding Menu
Jom Shopping Di PGMall Banyak Diskaun Dan Baucer Menarik Melalui Maybank QRPAY
Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat .. jadinya pergerakan masih lagi terhad . Namun , ianya
Read More...People in London can now use the new red buses for transportation
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Tribes in China wear the same orange clothes in the National Day
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...Over 1 million Canadian people are watching balloons in the clean sky
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...People celebrating the new year by using empty bottles as light bulbs
Now that the orgy of insufferable hipsterism known as Coachella is finally behind us, it’s officially music-festival season, when
Read More...