• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Travel / 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR

10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR

March 12, 2018

| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Cuti sekolah bakal bermula lagi beberapa minggu , korang dah plan ke nak bawak anak ke mana ? Sal dah mula terfikir cumanya untuk kali ni , Sal ingat nak bawak dalam KL sahaja memandangkan cuti  pun agak singkat . Ada jugak la Sal tengok beberapa lokasi dan Sal ingat nak try bawak anak anak ke 10 tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di  Kuala Lumpur . Antara kriteria yang beratkan adalah lokasi tersebut tak berapa mahal dan sesuai untuk anak anak . Kadang tu bila kita plan bercuti , part perbelanjaan jangan lupa calculate ya . Wajib oiii .. kang ‘burst’ pulak  .

Banyak lah celoteh Sal , mehla Sal share lokasi lokasi yang menarik sekitar Kuala Lumpur ni tanpa kita sedar .

10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR

1.     Farm in The City

Berkonsepkan petting zoo , Farm In the City merupakan sebuah taman yang dibina dan anak anak berpeluang untuk menyentuh dan memberi makanan terhadap haiwan haiwan yang ada . Berlainan dengan Zoo Negara , haiwan yang ada dalam Farm In the City tidak dikurung di dalam sangkar dan pengunjung boleh berinteraksi secara terus . Seronok tau !!

Farm in The City
Seronok Khalish dapat pegang arnab secara real ..

Kawasan dalam tempat ini dibahagikan kepada 11 habitat yang berbeza :

  • Mood’s Lake
  • Turtle & Tortoise Farm
  • Bird Aviary
  • Reptile Cavern
  • Rabbit Farm
  • Pets Village
  • Jungle Walk
  • Vegetable & Fruit Farm
  • Savannah
  • Longkang Fishing
  • Kampong Mahmood

Jom bawak anak anak dan secara tak langsung dapat mempelajari tentang haiwan serta habitat mereka dengan lebih dekat . Terdapat juga pony rides untuk anak-anak yang suka menunggang kuda ..

Waktu Operasi: Isnin, Rabu – Jumaat 10pg – 6ptg, Sabtu – Ahad 9:30pg – 6ptg

Harga Tiket: RM32 (Dewasa), RM27 (Kanak-kanak), Pakej Keluarga RM116 (2 dewasa & 2 kanak-kanak)

Alamat: 40187 & 40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Facebook:Farm In The City Malaysia

2.     Pusat Sains Negara

Baru ni Sal ajak anak anak ke Pusat Sains Negara . Gembira kemain anak anak cumanya tak semua tempat Khaleef & Khalaf boleh masuuk sebab ada yang ikut ketinggian . Pasrah je la kan .. hehehe .

Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal , institusi ini diharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah rakyat Malaysia . Bahan pameran yang terdapat di Pusat Sains Negara terdiri daripada pelbagai tema yang dibahagikan mengikut kategori tertentu. Terdapat dua bahagian utama iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai keagamaan , alam sekitar , dan aspek-aspek kehidupan , pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

pusat sains negara

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis : 9:00 pg – 5:00 ptg , tutup pada hari Jumaat

Harga Tiket: RM6 (Dewasa) , RM3 (Kanak-kanak), RM2 (Pelajar Sekolah Rendah + Guru), RM3 (Pelajar Sekolah Menengah + Guru) , RM 5 (Kumpulan Dewasa ( minima 10 org)

Pertanyaan Am:
Puan Shuhaila binti Samat
Tel:03-208-93400
Fax:03-208-93401

Layari: Pusat Sains Negara

3.     Kuala Lumpur Upside Down House

Merupakan rumah terbalik pertama yang ada di Kuala Lumpur dan tertinggi di Malaysia dan menurut sumber FB Kuala Lumpur Upside Down House kereta Morris 1974 ini adalah original classic . Body je yang tergantung, perkakas dalam dah di tanggalkan.  Bahagian dalam pulak rekabentuk rumah terbalik yang sebenar . Sal teringin nak bawak anak anak dan setakat ni belum berkesempatan je lagi .
Lokasi : Menara Kuala Lumpur KL Tower
Masa : 9 pagi – 7 malam 
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad
Tiket masuk 
MyKad
Dewasa RM19
Kanak-kanak RM14

4.     Taman Eko Rimba – Hutan Simpan Bukit Nanas

Terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur dan satu-satunya hutan simpan kekal yang tertua di Malaysia . Masa Sal dan anak anak join Kids Eco Dash 2017 , tak sempat pulak nak teroka . Next Insha Allah ,  sekali sekala  kita bagi peluang kat anak anak ‘berkenalan’ dengan hutan rimba . Bagi yang sukakan suasana natural seperti ni boleh la berkunjung dan antara tarikan yang terdapat adalah , taman herba, denai, trecking, jambatan gantung dan lain-lain.
taman eco rimba
Masuk adalah PERCUMA
Layari : Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Jabatan Perhutanan Malaysia 
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur

5.     Zoo Negara

Best jugak sebenarnya bawak anak anak ke Zoo Negara . Banyak beza wooo zoo dulu dengan sekarang ni sebab dah makin banyak haiwan . Tarikan paling best adalah panda !!  Anak anak mesti teruja nila tengok binatang real life depan mata.

Tiket masuk:

tiket masuk zoo negara

BACA JUGA: Blogger’s Day Out di Zoo Negara

6.     Taman Rekreasi Pudu Ulu Cheras

Tempat yang Sal suka jugak bawak anak anak sebab utama , anak anak Sal suka swimming . Kolamnyer pun luas dan anak bebas untuk swimming cuma kena berjaga je la . Bukan apa , bila dah ramai tu takut la jugakkan . Sal ambil kesempatan hujung minggu datang sini , so bolehla mandi lama sikit .
Masuk adalah PERCUMA . Kolam akan ditutup dari jam 12 tengah hari dan buka kembali pada jam 4 petang hingga 7 malam . Cuti Umum TUTUP ya .
 BACA JUGA: Taman Rekreasi Pudu Ulu

7.     Wet World Theme Park, Shah Alam

Anak anak Sal memang suka kalau dibawa ke aman tema air dan yang best tu pegi la berkali pun tak pernah nak jemu . Untuk Wet World Shah Alam , banyak kali jugakla Sal bawak anak anak . Harga tiket pun berbaloi . Kolam mandi pun banyak dan tak tertumpu pada satu kolam je ..

wet world shah alam
Harga tiket masuk wet world Shah Alam:
MyKad
Dewasa RM40 (Normal) / RM30 (MyKad)
Kanak-kanak RM20
*kanak-kanak ketinggian bawah 90cm masuk percuma
Normal (90cm – 130cm): RM 35
MyKad (90cm – 130cm): RM 25
Waktu operasi:  10 pagi – 6 petang
Tutup pada setiap Rabu, kecuali waktu cuti sekolah dan cuti umum.

Layari:  Theme Park Wet Shah Alam

BACA JUGA :  Wet World Shah Alam

8.     Gold Coast Morib Water Theme Park

Merupakan taman tema air yang sesuai untuk bercuti seisi keluarga. Gold Cost Morib dibuka kepada umum dan bilik Apartment berdasarkan pakej sekali dengan tiket masuk theme park, terdapat bilik studio free 2 entry ticket, apartment 2 bilik free 4 entry ticket dan apartment 3 bilik free 5 ticket. Anda juga boleh monitor anak2 dari balkoni bilik, anak-anak pasti seronak sehingga taknak naik ke bilik.
gold coast morib
Tiket gold coast juga boleh dapat secara online di Booking , Trivago

Website : Gold Coast Morib, Banting

9.     Mollyfantasy AEON

Kadang bila ada masa terluang Sal suka jugak bawaka anak anak ke KidZoona yang selalu dok ada dalam AEON Shopping Mall . Banyak dah permainan kat situ tapi dulu la , sekarang bila anak anak dah besar tak nak dah masuk sana … hehehe . Tak mencabar katanya tapi pada Sal untuk anak anak 2 tahu ke bawah sesuai sangat . Sambil kita shopping , daddy duduk la jaga anak sekejap ye … huhuhu

kidzoona

Yang bestnya kat sini unlimited play times , keluar masuk pun agak bebas janji resit bayaran jangan hilang ye…

Layari : AEONFantasy

10.     Taman Layang-layang Kepong

Kalau korang lalu kat MRR2 menghala ke Sungai Buloh .. korang sure nampak satu park sebelum sampai FRIM, siap ada tasik (taman layang-layang Kepong) . Meriah wehh situ , waktu petang bawak anak anak best sangat !! Sal kalau tak tau nak bawak anak anak ke mana , sana je la tujunya . Hari biasa dah sibuk keje so bila ada kelapangan masa ni la , Sal dan Mr Hubby nak tengok kegembiraan anak anak . Kita pun kalau dok kat rumah aje pun dah boring kan .

Nak main layang layang , sini la tempat yang paling bagus selain sangat luas . Tak risau sangat bila anak anak berlari sebab atas padang . Meriah dengan pelbagai aktiviti .. ada yang main layang layang , ada playground untuk anak anak , boleh berkelah dan ada jugak yang jogging . Kemudahan lain juga di sediakan macam toilet , car park , boat house , dan kalau nak main basikal pun boleh .
So ape tunggu lagi , bawak la family korang ye ..
Mungkin ada banyak lagi tempat yang menarik yang boleh korang  lawati dan mungkin ni hanya cebisan yang dapat Sal share .  Yang penting korang rancang tau , masa bersama anak anak sangat berharga tau !!
*Rujukan , Gambar : Google , JomJalan , JepunMari
Info & Ilmu, Travel

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Betul Ke Ni
Aplikasi Meditag Checker Pastikan Produk Bukan Tiruan
Tip Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan
Previous: Kad Digital NGO Negaraku Mula Diedar Dan Banyak Manfaat
Next: Milk Booster Untuk Ibu Menyusu , Shatavari Himalaya

Comments

  1. Mimi says

    March 13, 2018 at 11:04 am

    Banyak jugak tempat menarik di KL ni. Cuti sekolah nanti bolehlah bawa anak anak datang KL

    Reply
  2. el says

    March 13, 2018 at 11:11 am

    dalam byk2 tempat ni..zoo negara je penah p hahaha
    lama x turun KL..boleh lah singgah tempat2 menarik ni

    Reply
  3. Afizah Abd Rahman says

    March 13, 2018 at 1:10 pm

    pernah pergi tempat no. 1, 2, 5 & 10. Yang lain tak pernah pergi lagi.

    Reply
  4. Kak Sue says

    March 13, 2018 at 2:47 pm

    Sebenarnya banyak ja kan tempat menarik kat KL nie kan Sal..

    Reply
  5. Ana Suhana says

    March 13, 2018 at 3:11 pm

    Ada a few yang ana tak terjah lagi. Plg nak pergi taman eko rimba tu. Taman layang2 tu tempat ana berbasikal hujung minggu.

    Reply
  6. Kisah si dairy says

    March 14, 2018 at 9:20 am

    Banyak tempat menarik kat KL ni,bayaran pun tak mahal sangat..cuti sekolah dah boleh plan mana nak bawak anak sekitar KL

    Reply
  7. Marsha says

    March 14, 2018 at 4:42 pm

    Banyak tempat menarik kat KL…nanti boleh masuk wishlist

    Reply
  8. uzu says

    March 17, 2018 at 2:28 am

    entry yang sangat menarik ! hehee uzu dah p semua tenpat ni. tapi takde lah terfikir nak buat entry macam ni. rajin kak sal kumpul.

    Reply
  9. Lia Hasty says

    March 18, 2018 at 9:53 pm

    Nak star sebab semua tempat dalam list ni menarik untuk dilawati. Sesuai lah bawa keluarga lagi cuti sekolah ni nanti.

    http://www.liahasty.com

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Bijak Belanja Sekolah
  • Semak Keputusan MRSM Tahun 2023
  • Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023
  • Printing Custom Jersey Murah Terus Dari Kilang TeamCetak.com
  • McDonald’s Majikan Pilihan Belia
  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM