| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Pernah try sekali dulu , tapi tak berapa menjadi so kalini tekad nak buat lagi dan cuba resepi apam polkadot simple dan gebu . Harap menjadi la kalini . Anak anak Sal kemain suka apam ni selain tarikannya yang colorful .

Jom kita layan bahan-bahan , takdela banyak sangat dan agak simple jugak 

Resepi Apam Polkadot Simple dan Gebu
macam tak gebu…tapi bila makan sedap gak…hehehe

Bahan – bahan :

140gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder – diayak sekalai bersama tepung
110gm gula halus
75ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla
filling/perasa mengikut citarasa sendiri
sedikit pewarna mengikut kesesuaian
30 keping mangkuk kertas

Cara – cara :

1. Pukul telur dan gula halus sampai kembang
2. Masukkan tepung gandumdan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselangselikan dengan susu segar
3. Masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nampak kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
5. Masukkan pewarna dalampiping bag atau palstik bersih
6. Picit adunan dalam mangkuk kertas
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak

Nota:
Ø Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni merekah atau mekar. 
Ø Gunakan api yang sederhana sahaja.
Ø Digalakkan untuk balut tudung periuk kukusan dengan kain bersih untuk mengelakkan air Ø Wap menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.
Ø Nak apam gebu , ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati

Thanx to MamaMimi , tak tercapai lagi niat nak buat apam strawberry.Hajat tu ada cuma belum kesampaian lagi sebab tak berapa nak pandai buat polkadot . Tu pun main letak je color ..