Perlu Bijak Dalam Berbelanja – Suka saya peringat diri sendiri supaya bijak dalam berbelanja . Biasa la orang perempuan ni bila belanja mesti terlebih so Sal selalu tanamkan semangat nak jimat dalam berbelanja .

Belanja apa yang perlu .. tapi kadang tu terrrr jugak . Tambah sekarang perkhidmatan beli secara online terlalu banyak . Sabar je la kan .
fikir yang perlu sahaja…
Melalui pembacaan Sal , kita perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup dengan penuh kesederhanaan . Kaji semula corak perbelanjaan selain amalkan berjimat-cermat . Yang penting elakkan pembaziran !

Jimat Cermat Jadikan Amalan – Perlu Bijak Dalam Berbelanja

Dalam berbelanja kita kena fokus beberapa perkara seperti perlu disiplin dan jangan ambil mudah terhadap aktiviti yang sebelum ni dah jadi tabiat … contoh ??

Kurangkan makan di luar

Tutup semua suis elektrik dan paip air dengan sempurna

Berbelanja ikut kemampuan

Jangan lupa menabung sekurang-kurangnya 10 peratus

Dan Sal juga mula menjadi accountant tidak bertauliah . Yang penting kena buat senarai belanjawan dan tengok pendapatan bulanan . Hurmm , lepas tu kita tolak perbelanjaan yang perlu . Sebenarnya melalui senarai ni jugak kita akan dapat lihat dengan jelas kekurangan dan lebihan perbelanjaan.
Kalau sebelum ni Sal main taram  , part congak memang kelaut
so bila di struktur semula , memang boleh mengubah sedikit
sebanyak perbelanjaan yang negatif kepada positif supaya boleh tambah dekat simpanan . Kadang menyimpan ni penting untuk keperluan mendesak atau perbelanjaan yang lain – persediaan sekolah anak , Hari Raya , holiday dan seangkatan .
Jangan dok diam tanpa buat apa-apa sebab perbelanjaan dalam kehidupan ni sangat penting . Tanpa perancangan yang jitu , boleh menjejaskan kehidupan peribadi termasuk keluarga dan pekerjaan .

Perlu Bijak Dalam Berbelanja
Perlu Bijak Dalam Berbelanja
sentiasa beringat…kempen jimat cermat
Firman Allah SWT : 
Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, 
kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membelanjakan harta kamu secara boros . Sesungguhnya pemboros pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya –  (al-Isra’ ayat 26-27). 
 
Islam melarang umatnya membazir kerana ia merupakan perbuatan keji 
dari pekerjaan syaitan. Sesungguhnya syaitan amat suka kepada orang yang boros dan membazir. 
 
Beringat sebelum kena , Berjimat sebelum habis !!