| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Apa pun tak boleh nak buat bila suatu pagi tu Sal terjaga lebih kurang dalam jam 3.30 pagi dan terasa bumi berputar 360 darjah . Ya Allah , hambaMU diuji lagi . Tapi Sal gagahkan diri jugak untuk ke tempat kerja . Tak lama pun dapat bertahan bila rasa bumi berpusing makin kerap … adoiii , terus mintak Mr Hubby hantar ke ‘Rumah Sakit’ . Rasa melayang badan .

Bila check darah , Alhamdulillah normal . Bila pembantu perubatan bertanya ..

kepala ada ke rasa sakit yang mencengkam , tangkap belakang kepala

Alhamdulillah takde pulak maybe kepala kekurangan oksigen or tak cukup rehat mungkin…

iluvislam.com

Gagahkan diri jugak naik ofis untuk siapkan keja yang tertunggak tapi bila masuk lunch time , nak tunduk terus rasa nak pitam , rasa nak muntah . Kengkawan opis cakap muka dah macam ayam berak kapur , hehehe . Penyudahnya mintak excuse kat bos , tak tahan dah . nakkk balllliiiiikkkkkkk…

Bos memahami dan Sal terus angkat beg . Call Mr Hubby suh hantar balik , serious tak terdaya !

alinscartoon

Sampai rumah je Sal alas perut sikit dan tetiba nak makan megi tomyam la pulak .. hehehe . Biasala bila badan meragam , mula mengidam . Telan ubat dan try lelapkan mata .

Alhamdulillah , bila bangun rasa kepeningan dah beransur hilang . Baru diuji sekejap dah tak tahan , Syukur padaMu Ya Allah . Biarpun sedikit ujian dariMu ,rasa tak tertanggung hambaMu yang kerdil ini . Ampunilah dosa dosaku Ya Allah . Moga diri ini diberi pentunjuk ke arah kebaikan dan dijauhi dengan segala kemungkaran olehMu Ya Allah ..

Aminnn Ya Rabbal ‘Alamin