Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Nikmati Belaian Romantis – Wanita dan wangian memang tak boleh dipisahkan . Betul kan ? Dan untuk golongan wanita ni pulak .. bukan semua bau wangian boleh diterima . Setiap individu ada pilihan masing masing . Gitu jugak la dengan Sal yang agak memilih baik untuk gel mandian , minyak wangi atau sabun basuh sekalipun .

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Nikmati Belaian Romantis Menenangkan Jiwa

Lama dah Sal tak guna produk Echanteur . Pernah terfikir nak beli tapi takut bau tak sesuai. Sampai la dah ada depan mata . Perghhhh …memang jatuh cinta . Betul la selama ni Sal dengar yang wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa.

Bila kita guna Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris , secara tak langsung kita dapat nikmati belaian lembut masa mandi . Hilang segala tekanan dan kesibukan sepanjang hari , setiap wanita perlu rasai tau.

Korang jejak je kaki di bawah pancuran bilik mandi , sentuhan gel mandian beserta wangian akan menyerap lembut dan memberi ketenangan pada minda dan jiwa . Menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan .

Apakah yang membuatkan masa mandian korang tu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama dan yang menjadikannya lebih menarik adalah penggunaan gel mandian yang diadun dengan wangian yang mempesonakan . Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk dan bila pancuran air suam mengalir di tubuh mengembalikan semula kesegaran pada badan .

Tak perasan terus berapa lama dok dalam bilik air .. hehehe . Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda dan kemanisan aroma dari Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit , melengkapkan masa mandian agar lebih mewah .

Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari . Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri .. Enchanteur , wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis .. rangkaian mandian ini meransang deria dan menjadikan setiap waktu mandian itu menjadi pengalaman yang mewah .

Enchanteur adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti , mengikuti peredaran masa yang diinspirasikan keunggulan haruman Perancis .

Kandungan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Nikmati Belaian Romantis

Formulasi bebas sabun dan paraben diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit , melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya .. menjadikan condition kulit kekal sihat dan berbau harum .

Kini , pengalaman di bilik mandi boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Nikmati Belaian Romantis , saat bermanja bagi tubuh badan dan minda kini lebih menyeronokkan . Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris , boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian Enchanteur Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Manjakan diri korang dengan produk baharu dari Enchanteur Paris Parfum Shower Gel :

1. Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris – Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)

Serlahkan kelembutan kulit dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang . Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3 , ia menjadikan kulit anda lebih halus , cerah dan menawan .

2. Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris – Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)

Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies . Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol , ia memberikan kulit sensasi menyegarkan – bersedia untuk temujanji kasual .

3. Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)

Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear . Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan , membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk .

BACA JUGA: Mandian DASHING 2 in 1 Muka dan Badan Jimat Berbaloi

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti . Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian . Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan rutin harian dengan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Nikmati Belaian Romantis merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Nikmati Belaian Romantis boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk Enchanteur boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.

Untuk mengikuti perkembangan tentang produk Enchanteur , korang boleh layari :

Echanteur Malaysia