Menggapai Impian dan Cabaran Tahun Baru 2019  – Pengakhiran tahun 2018 yang penuh dengan ujian dan cabaran bagi Sal . Sebagai manusia … ujian yang mendatang adalah ketentuan dariNYA . DIA Maha Mengetahui akan segalanya terhadap hamba yang mampu menangani setiap cabaran yang mendatang . Ada kerinduan yang terbit di situ tanpa kita sedari .

Penuh Keazaman Dalam Menggapai Impian dan Cabaran Tahun Baru 2019  

Setiap dari kita pasti mempunyai cita cita untuk menggapai impian dan cabaran Tahun Baru 2019 . Dalam istilah lain ia dikenali sebagai azam . Ada yang tercapai dan ada jugak yang carry forward keazaman tu . Tapi bagi Sal pulak …

Kita tak perlukan hari yang baharu untuk lakukan sesuatu perubahan tetapi kita hanya perlukan pemikiran yang sentiasa baru untuk hari yang mendatang

Terpulang pada setiap individu kerana pendapat kita sebagai manusia ni amat berbeza . Bila kedatangan tahun baru , kita nak yang lebih baik … better dari last year kan . So untuk mengecapi sesuatu kena ada kesungguhan .

Untuk menggapai impian , kena ada inisiatif dan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang dimiliki . Kita sendiri yang tahu perubahan dan apa perlu dilakukan . Jangan dok diam semata … memang tak kan ke mana .

BACA JUGA: Permulaan Tahun 2018 Lebih Fokus dan Semangat

Ramai je yang ada azam tapi harapnya azam tu tercapai yea . Ada yang ingat perubahan perlu dilakukan pada setiap tahun . Perlu ke ???  Pada Sal selagi belum tercapai azam tu .. cuba la gapai .

Perbaiki diri dan hiasi peribadi . Jangan la azam tu setakat anganan  kosong .. buang masa namanya . Ramai jugak antara kawan Sal yang tak kesampaian dalam melaksanakan azam baru . Memang mudah untuk kita ungkapkan keazaman tu tapi untuk melaksanakan ???

Ramai je sebenarnya dalam kalang­an kita yang hampir kecundang untuk mencapai azam tahun baru . Mungkin juga ianya normal sebab bukan mudah jugak untuk diri kita sendiri mengubah cara hidup yang sememangnya telah berakar umbi dalam diri sejak bertahun lamanya.

Tepuk dada tanya selera !!