Majlis Simple Sambutan Kelahiran Khalish – Syukur Alhamdulillah , bulan Februari merupakan bulan yang penuh bermakna buat Sal dan Mr Hubby . Teringat  kisah 9 tahun yang lalu , setiap pasangan semestinya mendambakan zuriat . Begitu jugak Sal dan Mr Hubby .

Zuriat Jadi Penyeri – Majlis Simple Sambutan Kelahiran Khalish

Sal pernah gugur kandungan yang pertama .. rezeki kami agak lewat dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri . Tapi Sal tak pernah putus harap . Kesabaran menjadi pegangan bersama kami suami isteri dan masa tu hubungan kami jarak jauh dan antara asbab mengapa tidak diberikan lagi rezeki anak .

Alhamdulillah … akhirnya diri ini diberi peluang , ruang dan rezeki kurniaan dari Yang Maha Esa untuk mengandung dan melahirkan . Hati wanita mana pun bila tahu dirinya mengandung pasti akan teruja .. syukur Ya Allah .

Anak .. pengikat kasih sayang dan pembawa rezeki dalam keluarga . Sesibuk mana pun Sal dengan kerja , anak anak tetap fokus utama . Sungguh Sal katakan , sepenat mana pun di tempat kerja .. bila tengok muka anak time balik keja tu fuhhh release teruih . Syukur Alhamdulillah .

Majlis Simple Sambutan Kelahiran Khalish – Sederhana dan Meriah

Baru ni Sal buat sambutan secara kecilan untuk birthday anak yang sulung  – Khalish yang ke 9 tahun . Kebetulan cuti raya Cina so buat makan makan sikit . 1st time masak semua sendirian berhad walhal bukan pandai sangat pun masak . Just mencuba dan buat apa yang terdaya .

Bila masuk bab sambutan hari jadi ni , salah satu kepuasan yang Sal akan dapat bila tengok anak happy . Sakan betul tengok Khalish potong cake bila dikelilingi dengan kawan kawan . Nasib la ada yang sudi terima tempahan cake last minute . Rezeki awak la Khalish .

Yang adik adik tumpang happy sekali . Seronok bila sesekali buat gini sambil tu niat nak eratkan hubungan ukhuwah yang sedia terjalin bersama rakan sekerja .

Untuk Along Khalish .. ibu doakan moga awak membesar menjadi anak yang soleh . Sentiasa dilindungi oleh Allah SWT di mana jua awak berada . Moga mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat . Jadilah contoh yang terbaik untuk adik adik . Aamiin .

BACA JUGA: Sambutan Kelahiran Khalish Ke-5