Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Lawat Restoran hijau McDonald’s , Saksikan Pelaksanaan Inisiatif Kelestarian -McDonald’s Malaysia baru-baru ini telah menerima lawatan rasmi dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke restoran hijau pertama McDonald’s yang terletak di Setia Alam . Restoran McDonald’s ini dilengkapi dengan teknologi teknologi hijau seperti sistem fotovoltan solar , lampu LED , pemanas air solar , sistem penuaian air hujan , lampu jalan LED solar , penghawa dingin hibrid dan sistem Capture Jet . Restoran ini merupakan model contoh yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri kelestarian yang membantu menjimatkan kos operasi untuk rangkaian restoran khidmat segera tersebut .

McDonald’s Malaysia amat komited dalam melaksanakan usaha usaha kelestarian dalam jangka masa panjang untuk memberi manfaat kepada pelanggan dan alam sekitar . Kami sangat gembira menerima kehadiran Datuk Seri Saifuddin dan para pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di restoran kami pada hari in i, seterusnya berkongsi tentang inisiatif-inisiatif hijau dan kesannya terhadap usaha berterusan kami untuk menyelaraskan kos-kos operasi . Kami berharap lawatan ini membolehkan kami bekerjasama lebih rapat dengan pihak Kementerian melibatkan pelbagai inisiatif dan program strategik pada masa hadapan – Azmir Jaafar , Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia .

Datuk Seri Saifuddin turut memuji usaha McDonald’s Malaysia dalam meletakkan penekanan terhadap ciri-ciri kelestarian dalam proses perniagaan mereka .

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Lawat Restoran hijau McDonald’s , Saksikan Pelaksanaan Inisiatif Kelestarian
Setiap restoran pandu-lalu McDonald’s dilengkapi dengan tangki tadahan air hujan. Tangki ini mengumpul air hujan dan digunakan bagi tujuan pengairan. Anggaran penjimatan adalah sebanyak 15,000 liter air sebulan.

Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa bersikap terbuka terhadap idea dan kaedah yang dilaksanakan oleh syarikat untuk meningkatkan kecekapan dan menyelaraskan kos pengoperasian . McDonald’s Malaysia mempunyai pemikiran yang ke hadapan dalam hal ini dan diharapkan kewujudan jalinan kerjasama awam – swasta dengan McDonald’s dapat mengukuhkan asas ekonomi menerusi inovasi seperti ini .

BACA JUGA: Program Happy Meal Readers Erat Hubungan Kekeluargaan Dengan Aktiviti Membaca

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Lawat Restoran hijau McDonald’s , Saksikan Pelaksanaan Inisiatif Kelestarian
Anggaran pengurangan sebanyak 17% GHGe/km untuk trak yang menggunakan Biodiesel B15 dari minyak masak terpakai McDonald’s.

McDonald’s menggunakan Tangki Pintar untuk mengumpul minyak masak terpakai di restorannnya di Setia Alam . Minyak masak terpakai ini akan diproses menjadi biodiesel oleh FatHopes Energy dan kemudiannya digunakan sebagai bahan api alternatif oleh trak trak penghantaran yang dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan logistik , Martin Brower yang bertanggungjawab menghantar bekalan kepada restoran-restoran McDonald’s .

Syabas McDonald’s atas inisiatif yang membanggakan ini !!