Persediaan Menghadapi Bulan Ramadan – Masa cepat betul berlalu … antara korang perasan atau tak , bulan Ramadan bakal menjelang tiba . Bagi yang belum ganti puasa tu elok sangat la ganti . Lambat nanti tak sempat pulak . Dalam masa yang sama sebagai persediaan untuk melatih diri menahan lapar dan dahaga bagi menghadapi bulan puasa .

Latihan Fizikal Sebagai Persediaan Menghadapi Bulan Ramadan

Persediaan Menghadapi Bulan Ramadan
Persediaan Menghadapi Bulan Ramadan

Sebelum menghadapi bulan Ramadan , apa kata korang buat persediaan latihan fizikal . Orang kata bila dah terbiasa nanti mudah kita nak hadapi bulan puasa . Sesetengah dari kita ada yang sememangnya menunggu bulan puasa kan . Bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan !!

Sal sendiri akan start persediaan mental dan fizikal sebagai seorang ibu yang menyusu badan secara eksklusif . Bulan puasa bukan alasan untuk Sal stop breastfeed pada anak . Satu tanggungjawab yang perlu Sal laksanakan untuk anak anak . Lagi pun anak yang menyusu secara eksklusif ni jarang akan sakit berpanjangan .. contoh macam demam ke . Bukan kata takde langsung tapi tidak berlarutan .

Korang pulak macam mana  ?? Sure akan ada persediaan jugak kan . Antara persediaan fizikal yang korang boleh buat:

  • Berlatih puasa pada setiap hari Isnin dan Khamis
  • Elakkan tidur selepas bersahur
  • Jangan tinggalkan makan waktu sahur
  • Makan perlahan – lahan mengikut sunnah
  • Jangan ambil makanan berat 1-2 jam sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka
  • Amalkan makan yogurt
  • Elakkan makan sayur seperti bronkoli , kubis , petai , kacang soya yang mengeluarkan gas (meningkatkan asid dalam perut)

Bulan Ramadan bulan yang sangat mulia dan penuh barakah di mana ia boleh menjadikan seorang insan itu lebih baik . Bulan yang amat disarankan untuk kita sebagai umat Islam merebut ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah SWT . Rebutlah peluang itu melalui beribadah kepada Allah antaranya solat sunat tarawih , qiyamullail dan carilah malam Lailatul Qadar .

BACA JUGA:Salam Aidilfitri 2018 Syawal 1439Hijrah

Peluang jangan dilepaskan kerana ia amat merugikan kita kerana belum tentu kita dapat ketemu Ramadan yang akan datang . Sal pernah terbaca .. zaman rasulullah dan para sahabat dulu , mereka sangat menantikan kedatangan Ramadan . Rasulullah menanti kedatangan Ramadan dengan doa :

Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban , dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan  

Apabila tiba Ramadan , mereka tidak melepaskan peluang ini dan melaksanakan  segala ibadah dengan penuh kegembiraan . Di akhir Ramadan mereka menangis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang . Subhanallah …

Jangan dibiarkan Ramadan berlalu pergi tanpa kita dapat manfaat dan ganjaran  dariNya . Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan supaya Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut:

1.         Persiapan Rohani penting kepada kita semua untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam bulan puasa . Ikhlaskan hati dan tidak mengeluh kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merungut kelaparan ketika berpuasa.

2.         Kita perlu pelajari dan faham tentang ibadah di bulan Ramadan supaya kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.

3.         Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa . Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah sepanjang bulan Ramadan .

4.         Bagi yang berkemampuan , perbanyakkanlah amalan bersedekah kepada orang yang tidak berkemampuan kerana ganjaran pahalanya sangat besar .

Pastikan segala apa yang kita lakukan walaupun pekerjaan harian kita sekalipun menjadi ibadah . Kelak , kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dan baik dari Allah SWT kerana tidak melepaskan peluang melaksanakan ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini . Insya Allah