Cosmoderm Tea Tree Oil-Control Serum Wajah Berseri – Best kan bila kulit wajah kita lembap sentiasa dan bebas dari jerawat . Haa .. bila cakap tentang jerawat ni kan , korang tau ke apa dari mana datangnya jerawat tu ? Persekitaran kita ni boleh jadi sebab dan pemakanan jugak . Banyak faktor tapi seandainya korang konsisten guna produk penjagaan muka yang bersesuaian , Insya Allah kulit muka akan bersih dan bertambah sihat . Berani cakap sebab Sal dah try !

Cuba Tea Tree Oil-Control Serum – Wajah Lebih Lembap Berseri

Korang pernah dengar tak serum ni atau Sal ringkaskan TTOil Serum Cosmoderm . Sal sebelum ni ada gak guna serum tapi local produk . Bila fikir balik .. sejauh mana tahap kualiti produk local ni , tetiba rasa nak beralih arah . Re-packing , re-branding hurmmmm , macam something lak . Tu yang Sal beralih arah pada produk Cosmoderm . Rangkaian produk Cosmoderm ni meluas sebenarnya dan sebelum ni Sal guna hygiene untuk bahagian keintiman wanita .

So far ok Sal guna produk keintiman Cosmoderm dan apa salahnya Sal try pulak barangan penjagaan muka . Pembersih Tea Tree Oil Facial Cleanser pun Sal pernah try sebab bila beli online produk Cosmoderm ni kan .. kita akan dapat sample . Banyak la jugak .

Syok weeehh !!

BACA JUGA: Jaga Keintiman Peribadi Dengan Manjakani Hygiene Wash Cosmoderm

Cosmoderm Tea Tree Oil-Control Serum Wajah Berseri
Cosmoderm Tea Tree Oil-Control Serum Wajah Berseri

Berbalik pada TTOil Serum Cosmoderm ni , ia berasaskan air yang diformulasi dengan minyak tea tree dan niacinamide untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan pada wajah . Sesuai sangat untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat .

Tipu la kalau Sal kata kulit muka Sal takde minyak . Ade je kat T-Zone tu ha . Tambah umur bukan makin muda so selagi kita boleh jaga mestilah kan . Tak kan nak biar gitu je tanpa sebarang penjagaan . Kang lagi teruk .. korang nak ke jeragat singgah ?? Haaa … kaannn . Sal pun gitu gak , kena la cari serum yang bersesuaian , berbaloi dan paling penting halal .

Kelebihan TTOil Serum :

– Membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih
– Membantu membersihkan pori tersumbat
– Membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan
– Membantu mengembalikan lembapan semulajadi pada kulit wajah

Cosmoderm Tea Tree Oil-Control Serum Wajah Lebih Lembap Berseri
Cosmoderm Tea Tree Oil-Control Serum Wajah Lebih Lembap Berseri

Kandungan Utama TTOil Serum :

  • Vitamin B3 (Niacinamide)
  • Aloe Vera, Chamomile
  • Tea Tree Oil

Cara penggunaan mudah sangat … langkah pertama korang bersihkan dulu kulit wajah dan seeloknya buat double cleanser dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan wajah Cosmoderm . Selepas membersihkan dan menyegarkan wajah – toner , sapu serum pada keseluruhan wajah dan urut lembut sehingga meresap ke bahagian kulit wajah . Sal sapu kat muka waktu pagi (sebelum makeup) dan malam.

Kesannya memang terbaik dan pengeluaran minyak pada kulit muka makin berkurangan . Jangan terkejut bila korang konsisten guna serum ni , kulit muka jadi flawless .. haaa , jangan kata hakak tak share ya ! Lepas ni tingkatkan kerajinan sapu TTOil serum Cosmoderm pada muka . Nak cantik tak ?? hehehe

Nak story panjang kang boring lak .. Cosmoderm Tea Tree Oil-Control Serum ni korang boleh beli dekat Watsons, Caring & Aeon Wellness atau paling cepat meh order :

Website: www.cosmoderm.com.my

FB: Cosmoderm

IG: @cosmoderm

Yakini Halal dan Berkesan !!