Resipi/Resepi Ayam Masak Kurma Mudah Sedap – Buntu jugak rasa nak masak ape harini . Alhamdulillah , cuti pantang 44 hari baru je abis . Moga Allah SWT terus memberi kesihatan yang baik dan kekuatan mental fizikal untuk Sal meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran ini .

Cabaran dan ujian tu semua rencah dan liku yang perlu dilalui dalam kehidupan selagi kita bergelar manusia . Betul tak korang ? Dan cabaran harini adalah nak masak apa untuk anak anak makan tengah hari . Baru Sal tahu kehidupan seharian insan yang bergelar surirumah .. nampak mudah walhal tak menang tangan tau . Masa tu seakan tak mencukupi dan sangat mencemburui .

Cara Senang Resipi/Resepi Ayam Masak Kurma Mudah Sedap

Anak anak Sal jenis tak memilih dan satu lauk pun ok dah . Cuma kepuasan kita sebagai ibu tu .. mesti la nak masak yang sedap dan terbaik untuk anak anak . Happy sangat bila anak makan habis dan siap puji masakan ibu sedap . Haa tu kira bonus untuk ibu .

Dan Sal pun sekarang ni dan mula mengasah skill masuk dapur . Preparation untuk bulan puasa . Selama bulan puasa sebolehnya Sal akan masak sendiri . Masak ni bukan susahpun asalkan ada kesungguhan .

Banyak pulak Sal berceloteh .. meh nak share resipi/resepi ayam masak kurma mudah dan sedap pilihan menu hari ini . Inspirasi menu asal Sal tengok dari Kak Azie Kitchen . Pasti hasilnya memuaskan ..

Resipi/Resepi Ayam Masak Kurma Mudah Sedap
Resipi/Resepi Ayam Masak Kurma Mudah Sedap

Bahan bahan:

Beberapa bahagian ayam

4 ulas bawang merah (dihiris)

3 ulas bawang putih (dihiris)

Sedikit bunga lawing , kayu manis , buah pelaga

1 biji bawang besar (dibelah 4 tapi jangan putus)

2 biji ubi kentang 

Beberapa biji buah tomato comel

Sepeket rempah kurma kecil

Setengah santan kotak kecil

3 sudu besar susu cair

Garam

Serbuk perasa

Asam keping

1 sudu kecil kerisik

Bahan tumbuk:

4 ulas bawang merah

1 inci halia

Cara cara:

Panaskan minyak dan terlebih dahulu masukkan rempah penumis dan hirisan bawang merah serta bawang putih yang dihiris – tumis sampai kekuningan . 

Masukkan bawang merah dan halia yang ditumbuk . Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 

Masukkan ayam , bawang besar dan kentang . Kacau hingga rata , biarkan sampai ayam kecut dan naik minyak .

Masukkan santan dan air secukupnya . Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, kerisik dan asam keping. 

Akhir sekali, masukkan buah tomato . Setelah kuah naik minyak bolehlah ditutup api .

Siap !!

BACA JUGA: Resepi Mudah Ayam Percik