Resipi/Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Ringkas – Masak ape tu korang ? Lately ni bila anak dah pandai makan , Sal suka lak masuk dapur . Nak kata rajin tu taklah sangat tapi bila anak anak dah pandai request nak makan .. tak sampai hati pulak . Kadang tu dia mintak simple je pun . Zaman sekarang ni seandainya tak tahu masak , Mr Google kan ada . Hujung jari je kak oiii .. hehehe

Kena Cuba Resipi/Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Ringkas

Salah satu lauk yang paling anak anak Sal suka makan ialah Ayam Masak Merah . Tak pernah jemu makan dan seronok lak Sal masak . Yelah .. bila kita masak dan ade yang suka makan .. maunyer tak happy kan . Walau se’simple mana pun masakan tu bila dimasak dengan penuh kasih sayang , hasilnya pasti sedap . Kalau tak caye korang cuba ! – Resipi/Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Ringkas

Sal bukannya reti sangat pun masak tapi kemahuan nak belajar tu ada . Zaman la ni setakat nak resepi masakan mudah je . Melalui carian di Google . Ingat dulu zaman kekecik , Sal suka ikut mak gi Balai Raya sebab ada kelas masakan . Lepas siap masak terutamanya resipi biskut/kuih raya .. Sal la yang ngap dulu . Nostalgia betul .. sekarang ni nak belajar masakan pun boleh melalui kaedah ‘pjj’ ..

Nak seribu daya kan ??

BACA JUGA: Nasi Briyani Jagung vs Ayam Masak Merah

Meh Sal share Resipi/Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Ringkas . Korang try la , sure makan bertambah . Pekena pulak dengan nasi minyak , fuhhhh …

Bahan-bahan:

Beberapa bahagian ekor ayam – lumur dengan garam , kunyit ( perap kejap)                                                               

1 batang kulit kayu manis, beberapa kuntum bunga lawang

setengah biji bawang besar – dihiris

1 batang serai – diketuk

sedikit sos cili (korang agak la ye)

1 sudu besar gula atau secukup rasa

1 sudu kecil garam

Sedikit serbuk perasa

Minyak – untuk menumis

5 sudu besar susu cair

Bahan kisar:

4 sudu besar cili kisar

1 biji bawang besar – saiz besar

2 ulas bawang putih

setengah inci halia

Cara cara:

Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris , serai , kulit kayu manis , bunga lawang sehingga wangi . Masukkan bahan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak .

Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air.

Kacau rata dan biarkan ianya mendidih serta pecah minyak . Masukkan ayam yang telah digoreng tadi . Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak. Masukkan susu cair, Siap dan bolehlah ditutup api.

Sal tak letak bahan hiasan lain sebab anak anak tak suka sangat . Kalau korang suka boleh je letak hirisan bawang merah , kacang peas atau daun ketumbar

Resipi asal Sal ambil dari Kak Azie Kitchen cuma ada olahan sikit ikut kesesuaian .