Kesedapan Acar Buah Norley Asli Tiada Tandingan – Sekejap betul masa berlalu … tak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadan . Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT . Korang jangan lupa rebut peluang yang ada dalam meningkatkan amalan sepanjang bulan puasa . Jangan dah berlalu nanti baru menyesal .

Cakap pasal bulan puasa ni .. teringat pulak Sal time berbuka dan sahur . Seronok kan bila kita dapat berkumpul dan makan duduk sekali beramai ramai . Hari biasa susah betul nak berkumpul , ada je yang tak cukup korum .

Kesedapan Acar Buah Norley Asli Tiada Tandingan .. Rasa Sekali Nak Berkali

Dan untuk menu berbuka kan , korang suka makan ape ek ? Sal suka yang serba ringkas .. tidak terlalu berminyak dan berlemak . Kering pun takpe asalkan makan dengan nasi panas . Fuhhh .. terangkat beb !

Baru ni Sal ada try makan Acar Buah Norley . Lama dah sebenarnya tak makan acar buah dan Sal sememangnya hantu acar buah . Dari kecik dulu bila gi wedding mesti nak cari acar buah . Tak lengkap rasa bila gi kenduri kawen tak pekena acar buah . Sebab acar buah kan dari asam .. dan tak semua acar best tau . Tu Sal la , lain orang lain tekaknya .

Dapat je Acar Buah Norley , terus Sal buat nasi minyak sikit . Baru la padu gandingan tu kan . Saling melengkapi … pekena lak dengan ayam masak merah . Korang bayang la sendiri . Sal pun tak tau nak share macam mana lagi kesedapan Acar Buah Norley ni .

Acar Buah Norley Asli Rasa Sekali Nak Berkali
sure korang akan makan bertambah dengan Acar Norley Asli ni …

Dengan rasa manis dari halwa kundur , cili kering yang sedang elok pedasnya , masam masin dari buahan jerok … adoiiii dok citer ni pun dah nak meleleh air liur . Memang terbaik wehhh rasa dia serius tak tipu . Sebab tu Sal kata makan sekali , lepas tu repeat tambah berkali kali .

Untuk order terus atau pertanyaan lanjut , korang boleh layari Facebook Acar Buah Norley Asli :

Facebook:  Norley Food

BACA JUGA: Nasi Minyak Rendang Ayam