Kek Coklat Moist Kukus Resipi Mudah Confirm Jadi – Tengah cari resipi ke tu ?? Baru ni Sal try buat kek coklat moist versi kukus . Menjadi weeehhh … seriously Sal tak penah cuba lagi buat kek coklat moist . Selama ni tau order je sebab memang anak anak pun suka makan .

Tau la bila bulan puasa ni puas mikir nak buat kuih apa untuk berbuka nanti .  Sambil dok Google terus terjumpa resipi yang di share oleh Ibu Rabbani . Meh nak bagitau korang bahan apa yang korang perlukan . Simple je pun… rugi tak buat.

Resipi Kek Coklat Moist Kukus Resipi Mudah Confirm Jadi

Bahan – bahan:

1 cawan susu cair/air biasa

1 cawan susu pekat

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula

1 cawan minyak masak / minyak jagung

3 biji telur

Secubit garam

  • Blend kesemua bahan di atas lebih kurang dalam 5 minit
  • Jangan lupa panaskan kukusan yea

Bahan yang perlu diayak:

1 ½ cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara – cara:

Satukan semua bahan yang di blend tadi bersama bahan yang diayak .. kacau rata kesemuanya .

Dah rata tapiskan adunan untuk asingkan yang berketul tu . Masukkan dalam loyang yang telah disapu sedikit planta supaya tak melekat . Kukus lebih kurang dalam 45 – 50 minit . Jalan lupa balut penutup kukus tu ya untuk elakkan air jatuh atas kek .

Cara buat topping:

½ cawan susu pekat

½ cawan serbuk koko

3 sudu susu cair/air biasa

2 sudu butter

  • Masak secara double boil … kacau sampai sebati dan agak pekat . Bila kek sejuk .. korang topping atas cake tadi .

Sebelum ni lama jugak dah nak try buat choclate moist tapi takde keberanian . Tapi lepas ni akan buat kerap la rasanya sebab simple , mudah dan confirm jadi . Sal berani cakap sebab dah try dan korang kena cuba gak tau .

Selamat Mencuba !

Kek Coklat Moist Kukus Resipi Mudah Confirm Jadi

BACA JUGA: Kek Coklat Sedap Kukus Sukatan Cawan