Kepentingan Stok Bekalan Susu Ibu Perahan (EBM) – Tak terlewat rasanya untuk Sal ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua sahabat yang beragama Islam . Terima kasih sebab sudi mengunjungi blog Sal tanpa jemu dan Sal pun dah semakin kurang nak update sebab lately ni jadual keja boleh tahan … padat . Tapi Sal akan cuba sedaya upaya untuk update entri untuk rujukan Sal sendiri di masa akan datang .

Kepentingan Stok Bekalan Susu Ibu Perahan (EBM) Di Bulan Puasa

Dah nak masuk minggu ke-2 kita berpuasa kan ?? Dan selama tu jugakla Sal gigih buat  stok ebm – ‘Expressed Breast Milk’ untuk Kaisar Kazim . Risau jugak takut stok merundum dan untuk konsisten , Sal kena keep pumping ikut jadual yang Sal tetapkan . Paling senang nak ingat setiap 2-3 jam sekali Sal akan curik masa untuk pump . Bulan puasa bukan alasan untuk tak buat stok ya mommies .. hehehe .

Sebenarnya untuk berjaya dalam penyusuan badan , semua ibu boleh lakukan dan jangan kata ibu yang bekerja tak boleh buat . Tapi .. haaa dengan syarat , korang kena disiplin . Jangan leka dan tetapkan waktu untuk pump .

Pada Sal , bekalan EBM kena sentiasa ada dan untuk 6 bulan pertama ni Sal lebih selesa bagi fresh EBM untuk anak . Maksud fresh tu , susu yang diperah hari ini dan baby akan minum esoknya . Yang frozen biarkan dulu untuk stok akan datang tapi korang kena beringat tempoh penyimpanan tu .Takut expired  pulak …sayang weeehhh . Untuk frozen Sal lebih selesa dalam deep freezer sebab tempoh simpan lama sikit . Pelaburan yang berpanjangan dan berbaloi dimiliki bila korang beli deep freezer .

Kepentingan Stok Bekalan Susu Ibu Perahan (EBM)
Kepentingan Stok Bekalan Susu Ibu Perahan (EBM)

Apabila berada di tempat keja .. seeloknya korang pump la 6-8 kali sehari . Insya Allah bekalan EBM akan mencukupi dan tidak akan putus . Bila kita pump , banyak faedah atau manfaat yang ibu akan dapat antaranya :

Melegakan bengkak pada payu dara

Mengalirkan saluran susu tersumbat pada puting

Melegakan sakit luka pada puting

Melembutkan kawasan areola bagi memudahkan pelekapan

Mengekalkan penghasilan susu apabila bayi tidak hisap

Meningkatkan penghasilan susu ibu

Seriously, Sal dah cuba dan Alhamdulillah stok mencukupi untuk anak sehingga ke harini . Lagi satu Sal akan pastikan kuantiti atau jumlah EBM bila anak menyusu akan sampai dengan susu yang Sal perah . Makna kata , seandainya anak menyusu dalam 18oz sehari (waktu keja) .. makanya Sal kena buat stok banyak tu juga untuk balance .

BACA JUGA: Susu Ibu Elak Penyakit

Satu Sal nak pesan .. pemakanan waktu puasa jaga dan banyakkan minum air masak . Insya Allah , ada masa Sal kongsikan lagi tentang penyusuan susu ibu ya !