Clinelle WhitenUp Skincare Berbaloi – Baru ni Sal dapat set percubaan penjagaan muka Clinelle daripada Home Tester Club , serious tak pernah try pun sebelum ni . Pernah tengok kat drugstore tapi tak teringin pulak nak jengah dekat sebab takut mahal . Tapi bila dah dapat set percubaan , ape salahnya try kan ?

Set Clinelle WhitenUp Skincare Berbaloi Dimiliki

Kadang tu Sal sendiri tak berani nak cuba produk muka yang sembarangan . Sape tak takut muka breakout , tapi Alhamadulillah jenis kulit muka Sal jenis normal . Cuma kena berjati hati jugak la kot tersalah pakai haru jugak dibuatnya .

Kulit normal pun kadang tu ada masalah especially warna kulit yang tak sekata . Time keja ade gak Sal berjemur dan korang tentu tahu yang cahaya matahari merupakan sumber utama sinaran ultra ungu (UV) dan menyumbang kepada penuaan kulit . Bukan tu je , akan timbul bintik gelap, terjadinya pigmentasi , warna kulit jadi kusam.

Clinelle WhitenUp Skincare Berbaloi

Melalui pembacaan Sal , alat elektronik juga mampu mengeluarkan sinaran UV yang membahayakan kulit dari semasa ke semasa

– Jurnal Akademi Dermatologi Amerika –

Tak kan korang taknak pakai pelindung muka kan ? Sama ada korang duduk kat kawasan terlindung daripada cahaya matahari atau terbuka , kulit akan sentiasa terdedah kepada sinaran UV.

Jadinya , Sal beranikan diri try pakai set penjagaan muka Clinelle WhitenUp untuk tujuan rawatan kulit bagi cerah sikit . Produk yang bagus adalah bukan dari kategori yang korang akai harini ni .. tiga hari terus dapat result . Kena sabar jugak yea !

Korang kena faham dan tahu betapa pentingnya penggunaan produk yang betul supaya dapat membantu menghalang proses penuaan kulit akibat sinaran UV . Nak kekal cerah dan sihat bukan mudah , sebab tu korang kena ingat langkah penggunaan penjagaan wajah dengan betul .

Formulasi Set Penjagaan Muka Clinelle WhitenUp Berbaloi

Clinelle yang baru ni ada rangkaian pencerahan Clinelle WhitenUp yang menggunakan teknologi inovatif dan diinspirasikan bagi tujuan kecantikan . Paling penting ia diperkaya dengan 10 kali perlindungan dan tiga kali kuasa pencerahan . Hebat tak ??

Teknologi unik ni menggabungkan tiga bahan utama yang memberi kesan pencerahan dengan pantas dan berkesan untuk menjadikan kulit cerah sempurna . Secara tak langsung kulit muka korang akan terpalit keberkesanan vitamin C . Seriously kulit wajah korang akan lebih cerah , berseri dan lembap lepas guna Clinelle WhitenUp Skincare .

Langkah Penjagaan Muka Clinelle WhitenUp

1. Clinelle WhitenUp Brightening Cleanser – Mampu membersihkan , menghidrasi dan mencerahkan – ‘Cleanse,  Hydrate & Brighten’ . Bau best sebab tidak mengandungi fragnance dan sesuai untuk kulit sensitif .

2. Clinelle WhitenUp Brightening Toner – Berfungsi mencerahkan kulit wajah dan membuat kulit lebih halus . Best gak pakai sebab boleh spray gitu je dan tak peru guna kapas .

3. Clinelle WhitenUp Brightening Serum – Berfungsi mencerahkan kulit wajah , memudarkan garis halus dan antiaging -selain ‘brigten, hydrate & regenerate’ 

4. Clinelle WhitenUp Brightening Day Cream SPF 20 / Brightening Night Cream (Pagi Hari) – Mengandung SPF20 yang berfungsi melembabkan kulit dan melindungi kulit muka dari sinar UV.

BACA JUGA: Tips Elak Muka Dari Berjerawat

Sal suka rangkaian produk Clinelle WhitenUp sebab Paraben free, No Artificial Fragrance, No Artificial Colour , No Mineral Oil , No lanolin dan ada tambahan – “Advanced Anti-Photoaging Technology”  . Bila pakai rasa cam muda remaja tau . So, korang tak nak try ke? Sal yakin produk ni dipercayai ok sebab dah lama dok ada kat pasaran !

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Website : https://www.clinelle.com/
Facebook : https://www.facebook.com/clinelle