Kemaafan Itu Sifat Penghuni Syurga – Baca paper Metro harini , Sal tertarik baca artikel tentang perihal kemaafan . Besar syafaat kita memaafkan orang lain dan antara sifat penghuni syurga adalah mereka memiliki sifat memaafkan orang lain . Jauh beza dengan sikap manusia harini yang suka berdendam dan penuh dengan hasad dengki .

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada . Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu ? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah an-Nuur, ayat 22)

“… dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah (Ali ‘Imraan, ayat 134)

Jangan Terlalu Berdendam Bersangka Buruk Sesama Manusia

Kemaafan Itu Sifat Penghuni Syurga

Seandainya ada diantara kengkawan korang yang tersalah cakap tu janganla terus meletakkan kesalahan pada diri dia . Kadang tu tak bermaksud pun tapi bilakita dah chop terus .. tu yang terjadi pergaduhan . Bila dah gaduh , nak maafkan pun makan tahun sebab ‘keegoan’ masing masing .

Jangan gitu , setiap kesalahan yang dilakukan sesame manusia … berlapang dadalah untuk memberi kemaafan .Jangan rasa terlalu susah dan yang paling penting bila rasa dizalimiatau disakiti jangan pulak nak balas .

Betul tak kebanyakan dari kita suka memendam rasa sampai timbul dendam dan kebencian ? Apa faedah yang korang dapat ?? Sakit hati lagi adekan ? So berubahlah menjadi seorang yang pemaaf .

Dalam satu sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf , hendaklah memaafkannya , apakah ia berada di pihak yang benar atau yang salah , apabila tidak melakukan hal itu (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat).” (Hadis Riwayat al-Hakim)

Memberi Kemaafan Itu Sifat Penghuni Syurga

Nabi SAW juga berpesan , orang yang dekat dengannya pada hari kiamat kelak adalah orang yang berakhlak mulia . Tak miskin pun kita sekiranya kita memberi kemaafan atas kesilapan yang dilakukan oleh orang lain . Malahan kian meningkat pahala yang diperolehi .Insya Allah .

BACA JUGA: Kemaafan Dalam Keikhlasan

Ingat korang , janganlah sesekali kita mengabaikan sifat memaafkan ini . Ulama menyatakan, perkara paling memudahkan seseorang masuk ke dalam syurga selepas perkara tauhid adalah memiliki akhlak yang mulia . Begitulah sebaliknya, perkara yang memudahkan seseorang itu masuk ke neraka selepas syirik kepada Allah adalah golongan berakhlak buruk.

Mungkin korang pernah rasa disakiti tapi ingat , jangan terlalu ikut perasaan dan nak balas terus perlakuan tu. Berilah kemaafan yang sewajarnya dengan penuh keikhlasan .

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133-134)

Hope korang bukan dalam kategori yang sukar memberikan kemaafan !!