Salam Syawal 1440H , Aidilfitri 2019 – Masih beraya ke tu ? Ramadan dah pun berlalu meninggalkan kita dan Allah SWT hadiahkan kita Syawal yang penuh dengan kemeriahan . Dalam pada bergembira tu … jangan pula kita lupa pada amalan yang sebelum ni dilakukan sepanjang Ramadan . Teruskan ya , biar pahala tu berterusan dan terasa dekat dengan Maha Pencipta .

Salam Syawal 1440H , Aidilfitri 2019
Raya ni kami dah bertujuh …. Salam Syawal 1440H , Aidilfitri 2019

Sambutlah Salam Syawal 1440H – Aidilfitri 2019 Dengan Penuh Makna

Sal macam biasa seperti tahun yang lepas, Sambut Lebaran dengan penuh kesederhanaan tapi bermakna . Dapat jumpa sanak saudara , bermaafan , syukur Alhamdulillah . Bukan selalu dapat bersua muka .. setahun sekali je . Kalau selalu itu bonus !

Pada Sal , macam mana korang raikan Ramadan .. macam tu jugak la Syawal . Teringat part makan , jangan main belasah je yea . Sian sebab korang dah berhempas pulas berjaya turunkan berat badan . Tup.. tup tiga hari raya dan naik balik . Pemakanan penting demi kesihatan . Berinta lebih baik merawat .. tak gitu ?

Lepas ni akan banyak  gelombang open house , berpadalah yea . Boleh je nak makan tapi bak kata orang tu ‘buat-rasa-rasa’ . Bukan takleh langsung pun dan pada yang meneruskan puasa 6 di bulan Syawal , moga dipermudahkan . Korang doakan jugak Sal ya … hehehe . Insya Allah .

Opsss , dan lagi Sal nak pesan duit raya anak korang tu jangan buat buat lupa . Menabungkan lebih baik !! Kesedaran perlu demi masa depan anak anak untuk tujuan pendidikan tinggi kelak . Banyak manfaat dan pelbagai keistimewaan bila kita dah mula menabung sejak dari kecil . MOga anak anak kita dapat didikan yang sempurna hingga berjaya melanjutkan pendidikan hingga ke menara gading tanpa sebarang kesulitan berkaitan kewangan kelak . Aamiin .

BACA JUGA: Menu Simple Sambutan Raya

Banyak pulak Sal membebel …

Di kesempatan yang ada Sal nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada . Pada yang pulang ke kampung , berhati hati dalam pemaduan . Ingatlah insan yang tersayang . Jangan nak cepat je , biar lambat asal selamat .

Maaf Zahir Batin