7 Tips Ajar Anak Disleksia Dan Slow Learner Di Rumah – Saja Sal nak kongsikan berkenaan tips ajar anak disleksia dan slow learner di rumah . Peringatan untuk diri Sal sendiri sebab pada Sal tips ni boleh gak diimplementasikan pada anak anak normal . Ada manfaatnya !

7 Tips Ajar Anak Disleksia Dan Slow Learner Di Rumah
- Jangan marah cikgu jika ada yang kesan anak kita disleksia/minta kita bawa anak jumpa pakar.
Paling ramai ibu bapa bersikap ‘denial’ yakni tidak dapat terima anak mereka sedikit berbeza . Mereka menafikan dan menidakkan sehingga guru-guru pula dimarah dan dikatakan tidak pandai mengajar . Kena belajar menerima tuan-tuan demi kebaikan anak-anak kita juga .
Dapatkan pengesahan doktor pakar kanak-kanak . Jika anak kita negatif , Alhamdulillah . Jika positif disleksia pun Alhamdulillah . Kita tahu awal dan kita berikan hak yang mereka layak . Disleksia bukan masalah yang terlampau besar. Anak boleh membesar seperti orang lain jugak , boleh bekerja, boleh berumah tangga, boleh berjaya dan sebagainya. Jangan risau !
Tak caya ? Korang baca ni ha >>> Dianggap ‘Lembap’ Di Sekolah, 9 Anak Disleksia Ini Kini Berjaya dan Popular
- Jangan kaitkan dengan keturunan atau pasangan
Tolong jangan sampai kaitkan pasangan (suami/isteri) pula . Kaitkan keturunan pula hingga mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga . Terima sahaja dan anggap itu sebagai cabaran kita sebagai ibu bapa untuk mendidik mereka . Berikan hak mereka tanpa sibuk mempersalahkan sesiapa pun.
- Jangan cepat marah
Emosi mereka tidak seperti anak-anak normal . Mereka lebih sensitif , cepat hilang tumpuan dan cepat hilang minat kalau asyik kena marah atau denda sahaja . Namun ketegasan dalam mengajar tetap kena ada . Terutama bila mereka mula hilang tumpuan dan banyak main-main . Tegas dan marah-marah dua perkara yang berbeza .
- Bacakan buku untuk mereka
Sangat penting ibu dan ayah bacakan buku cerita yang mereka suka untuk tambah perbendaharaan kata . Mereka suka mendengar cerita, mereka suka dibacakan buku dan mereka membayangkan situasi setiap apa yang kita ceritakan. Buku bergambar lebih bagus . Anak disleksia biasanya lebih suka dengan gambar .
- Membaca dan belajar sama-sama
Suruh anak pilih buku kegemaran mereka, kemudian kita bersama-sama membaca . Dia eja , kita bantu. Kita eja, dia sebut . Bacaan secara berpasangan sangat membantu mereka sebenarnya . Anak-anak cepat faham dan minat cepat bertambah . Begitu juga jika mereka membuat latihan menulis atau mengira .
Jika mereka terbalik antara huruf B dan D, atau nombor 6 dan 9 , betulkan segera pada masa itu juga . Pembetulan demi pembetulan , latihan demi latihan ringkas ini sangat membantu perkembangan dan ingatan . Tidak ramai ibu bapa bantu di rumah sebenarnya . Lebih ramai yang lepas tangan pada guru-guru di sekolah sedangkan guru tidak mampu hadap anak kita seorang sahaja seperti mana kemampuan kita sebagai ibu bapa – 7 Tips Ajar Anak Disleksia Dan Slow Learner Di Rumah .
- Beri galakan pada minat mereka
Ramai antara budak disleksia sangat suka melukis . Walaupun pada kita lukisan mereka agak aneh dan sukar difahami , terus beri galakan . Belikan saja kertas lukisan dan pensel warna . Berbual tentang lukisan mereka , apa yang mereka lukis , apa pula yang mereka maksudkan dengan lukisan itu . Hubungan bertambah erat , minat anak bertambah mendalam dan mereka akan rasa sangat dihargai .
Jika mereka minat mengira dan nombor , beli buku latihan asas dan selalu buat bersama-sama sebagai dorongan . Dan sentiasa ingat, kesilapan mereka wajib kita tegur serta merta.
- Sentiasa beri kata dorongan, pujian dan motivasi
Setiap kejayaan mereka walau kecil, pujilah. Setiap hasil kerja mereka walau comot pada pandangan mata , terus bagi sokongan , pujian dan dorongan . Kata-kata motivasi membangkitkan semangat mereka untuk terus belajar. Tolong jangan sesekali berkata yang mereka lembab , bodoh , bangang dan seumpamanya . Itu hanya membuatkan mereka rasa down , berbeza , tersisih dan tidak dihargai .
Anak kita , amanah kita. Teruslah memberi yang terbaik untuk mereka dan menaruh kepercayaan kepada mereka . Mereka boleh berjaya seperti orang lain juga . Bahkan lebih lagi . Cuma pada awalnya ini mereka sedikit lambat .
Ada beberapa pendekatan yang dinyatakan Sal buat pada anak anak . Kadang anak anak ni mudah moody so kena tahu cara amik hati dyorang . Ada masa kita bertegas dan ada masa kita gunakan peluang sebaiknya supaya suka kepada subjek di sekolah .
Sal akui , bukan suatu perkara mudah dalam mendidik anak anak untuk belajar dan suka akan sesuatu .. tapi bak kata orang dulu dulu ‘alah biasa tegal biasa’ !!
Sumber Asal : Pra Sekolah SK Desa Pandan