Sekarang ni korang perasan tak yang kadar penggunaan air dan elektrik makin naik . Sal tak heran sangat sebab sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sehinggalah kini iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) .. yang tak akan turun malahan semakin naik adalah bil elektrik . Sebabnya anak anak tak sekolah dan duduk di rumah . Tambah bila sistem pembelajaran sekarang pun dah dilaksanakan secara online . So kena bertabah dan dalam masa yang sama Sal nak share dengan korang 8 tips elak bazir elektronik .

Kita Cuba Sedaya Upaya Amalkan 8 Tips Elak Bazir Elektrik

Sal sebenarnya cuba gak nak jimatkan penggunaan elektrik .Tapi agak sukar sebab ianya satu keperluan tambahan sebab banyak peralatan yang guna elektrik . Peti sejuk , lampu , peti ais , tv , aircond , periuk nasi , komputer dan banyak lagi .

Semuanya dah tentu gunakan sumber elektrik kan . So .. macam mana nak berjimat . Nak kata tak boleh guna semua tu macam tak logik lak kan . Banyk tips sebenarnya yang dikongsikan oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang semakin mencabar .

So .. jom kita tengok apa yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan penggunaan elektrik

8 Tips Elak Bazir Elektrik
8 Tips Elak Bazir Elektrik – Sumber Tenaga Nasional

1.         Padamkan lampu dan peralatan elektrik bila tidak digunakan . termasuk tv atau computer yang seringkali diletakkan pada sleep mode . Ingat ya !!

2.         Elakkan penggunaan aircond pada suhu yang melampau . Adjust suhu antara 22 hinga 26 darjah celcius untuk capai keselesaan optimum .

3.         Pastikan condition aircond berfungsi dengan baik untuk mengelakkan aircond bekerja dengan lebih . Maksudnya , kalau aircond rosak dia akan keja secara berlebihan dan akan menyumbang kepada peningkatan bil elektrik .

4.         Pertimbangkan untuk pasang langsir atau tinted penapis haba pada cermin dan pintu untuk mengelakkan kemasukan cahaya matahari secara langsung .

5.         Pilih peti ais yang menepati keperluan dan mempunyai label tenaga . Label ini penting untuk menilai kadar penggunaan sesuatu perlatan elektrik .

6.         Elakkan menyimpan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk sebab korang macam akan memaksa peti ais untuk bekerja lebih keras .

7.         Pertimbangkan penggunaan lampu LED untuk pencahayaan di dalam rumah kerana ia mampu menjimatkan tenaga elektrik sehingga 50 peratus.

8.         Masak air menggunakan dapur gas kerana ia lebih murah dan efisien.

Banyak sebenarnya tips yang korang boleh buat dan mampu mengubah rutin harian … contohnya menggosok dan membasuh pakaian . Gosok baju sekaligus untuk mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan .

BACA JUGA: Keselamatan Penggunaan Elektrik Selepas Banjir

Moga bermanfaat ya dan jom bersama kita praktikkan !!