Air detoks lemon bahaya – Sebelum ni Sal pernah gak dengar nak kuruskan badan boleh la buat air lemon . Detoks katanya untuk buang toksin , adela jugak Sal try saje ngengade kan ? Tengok kat ofis pun ramai yang buat sampai sebotol besar lagi tapi Sal buat segelas je . Lebih pada nak rasa .

Perlu Tahu Air Detoks Lemon Bahaya

Baru ni Sal terbaca info,  rupanya bila diminum berlebihan air lemon ni boleh menyebabkan kesan sampingan dan boleh dikatakan tak baik untuk badan . Boleh jadi jugak sebab secara logiknya lemon mengeluarkan asid dan bila dah terlalu banyak terkumpul dalam badan .. minum berbotol botol boleh mengakibatkan gigi diselaputi asid . Gigi akan jadi sensitif bila makan makanan yang sejuk dan panas so berhati hati ya . Hadkan pengambilan minuman detoks lemon ni .
Air Detoks Lemon Bahaya
Air Detoks Lemon Bahaya

Kesan Sampingan – Air Detoks Lemon Bahaya

Korang perlu tahu antara sebab lain jika minum air detoks lemon ni boleh mengakibatkan dehidrasi . Jaga jaga yang ni sebab buah lemon dikatakan mempunyai kandungan Vitamin C yang amat tinggi . Bila nutrien yang bersifat diuretik , boleh menyebabkan peningkatan urin dan badan akan mengeluarkan cecair dan sodium secara berlebihan . Bahaya jugak ni …

Kerap buang air dan dehidrasi – Air lemon mempunyai vitamin C yang sangat tinggi . Pengeluaran air kencing meningkat disebabkan nutrien ni terkenal dengan sifat diuretic yang membuatkan anda kerap membuang air kecil . Dehidrasi akan berlaku apabila mulut  mula kering, kulit kering dan sakit kepala, jadi kurangkan pengambilan air detoks lemon.

Jangan minum sembarangan ye . Nak minum tu masih boleh tapi kena berpada . Bila dah rasa mulut kering semacam , pening kepala , pedih hulu hati dan mengantuk .. sila kurangkan terus pengambilan air detoks lemon okeh !

BACA JUGA: Tak Boleh Minum Banyak Air Masa Berpantang

Apapun yang kita makan kena secara bersederhana dan jangan main belasah tanpa kaji dulu baik buruknya . Badan kena jaga dik non !! Sal perasan gak , ada yang suka ikut kawan . Jangan gitu sebab condition badan kita tak semuanya sama  . Jangan ikut orang ya .