Anak Bijak Bila Bermain Jigsaw Puzzle

In Parenting

Anak Bijak Bila Bermain Jigsaw Puzzle – Sekarang ni bila anak anak asyik mintak gajet , Sal cuba alihkan pandangan dyorang kepada permainan yang lain . Ada baik dan buruknya gajet ni untuk anak anak tapi Sal tak nak biasakan . Pernah sekali tu Sal try bagi fone , dia punya ‘fokus semacam’ dan bila dipanggil buat tak dengar . Bahaya betul la ! Geram pun ada , pernah tak korang terfikir yang anak lebih bijak bila bermain jigsaw puzzle ??

Anak Lebih Bijak Bila Bermain Jigsaw Puzzle

Sampai sekarang ‘cobaan’ anak anak nak ambik fone Sal tetap ada tapi dengan pantauan yang seketatnya jugak . Bukan boleh dibiarkan sebab anak anak Sal pun semakin besar . Bila dah besar ni pemikiran dah lain , pakej sekali dengan bijak pandai .. tu yang kena extravaganza nak tingkatkan pemahaman anak anak . Ada je soalan cepu emas yang kena standby jawapan , kadang tu nak tergelak pun ada tengok gelagat anak anak . Yelah , pengubat kepenatan bila balik koje . Syukur !

Baru ni Sal ada beli breastmilk storage bag dan dapat la free jigsaw puzzle wooden yang sangat comel . Lama dah tak membeli jigsaw sebab sebelum ade dah cuma asyik hilang je kepingan tu . Sabar je la kan .. demi perkembangan anak anak ku layan jua , hehehe .

Anak Bijak Bila Bermain Jigsaw Puzzle

Mulanya takde sape yang heran jigsaw puzzle ni tapi tetiba ada insan yang fokus main . Yang Sal perasan masa hari pertama dia tak berapa cekap lagi nak pasang semula tapi masuk hari kelima … impress !!

Bila ada masa terluang Sal akan ajak lumba pasang siapa siap dulu . Seronok pulak wehhh layan dengan KaarizKhafri . Bila kita pasang cepat dia akan rasa tercabar dan nak cepat siap …

Korang pernah tak terfikir kelebihan bermain jigsaw puzzle ni ?? Meh Sal nak share sikit dari pembacaan yang diperolehi dan jigsaw puzzle bukan la satu permainan yang basher .. basherrrr yea



  • Permainan jigsaw puzzle ni memerlukan daya fokus otak untuk berfikir dan mengecam reka bentuk/corak atau gambarajah yang asal sebelum dileraikan dan dicantum kembali
  • Melibatkan kemahiran logik akal – matematik , gambar , bentuk , nombor , huruf
  • Harga sangat murah dan berbaloi beli , dapat bermain bersama keluarga di masa lapang
BACA JUGA: Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak
  • Sesuai untuk semua peringkat umur dan menguji tahap kebolehan anak
  • Bila rasa anak dah pandaisikit jigsaw puzzle yang mudah , sila upgrade ke bilangan kepingan yang banyak sikit , banyak pilihan di pasaran
  • Sangat bagus untukperkembangan otak sebab mencabar minda menjadi lebih tajam (fokus) . Otak kiri dan kanan akan bekerja pada masa yang sama.
  • Menjadikan anak lebih kreatif dan menggalakkan interaksi bersama melalui komunikasi semasa menyiapkan jigsaw puzzle
  • Memupuk semangat bekerjasama dan penyabar dalam menyiapkan jigsaw puzzle.

So , jigsaw puzzle bukan la satu permainan yang dianggap ketinggalan zaman malahan ia mampu memberi manfaat yang berganda terhadap perkembangan fikiran anak anak . Cubalah !

You may also read!

Badan Lebih Sihat Dengan Vitamin C+ Shine 1000mg Produk Kitsui

Kitsui Vitamin C+ Shine 1000mg Menjadikan Badan Lebih Sihat

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik seiring dengan tubuh badan yang sihat kan ?? Sal pun macam

Read More...
Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita  .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan

Read More...
Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..

Read More...

One commentOn Anak Bijak Bila Bermain Jigsaw Puzzle

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu