Anda Penggemar Kopi??

In Info & Ilmu
Sejak dua menjak ni suka bebenor ngan kopi…
tambah Kopi Senyum
sudah jatuh chenta…
Mak pun suka minum…
pelik gak sebab mak bukan suka sangat minum kopi..
selera masing…masing kan…
mungkin kandungan Kopi Senyum..
Kandungan: Ekstrak kopi arabica..Krimer bukan tenusu….Ekstrak kurma merah…Ekstrak red beet..Gula perang..Stevia..Madu…Dextrose monohidrat..
rupanya disebalik penggemar kopi ada kaintan dengan personaliti seseorang…
jom intai jap..

Anda kategori yang mana ya!

Saya LATTE…
LATTE
Kopi jenis latte lebih ringan rasanya kerana dicampurkan dengan krim atau susu. Bau kopi yang kurang pekat ini dikaitkan dengan individu yang suka membantu orang lain walaupun situasi itu akan menyusahkan dirinya. Kepada mereka yang sukakan kopi ‘tanpa kafein’ pula mempunyai personaliti obses terhadap sesuatu yang digemari tidak kiralah jenama atau idola.
PRESSO

Kajian mendapati bagi penggemar kopi jenis espresso, mereka dipercayai memiliki karakter peramah dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dipercayai, seorang penggemar kopi jenis ini berpewatakan setia dan ia adalah istimewa kerana personaliti itu sukar ditemui pada zaman sekarang

CAPPUCINO

Pengemar kopi jenis capuccino biasanya dilihat sebagai seseorang individu yang baik hati. Namun begitu, anda juga gemarkan semua benda dalam keadaan sempurna, bak kata orang ‘perfectionist’ atau individu yang penting kesempuranaan dalam semua hal. Karakter ini boleh membawa masalah jika keadaan tidak seperti diharapkan.

KOPI ‘O’

Mungkin kopi jenis ini boleh dikatakan minuman biasa ramai orang. Mudah didapati di mana saja selain rasa yang kuat buatkan ada yang menggilainya sejak pertama kali mencuba. Bagi anda yang sukakan kopi ‘O’, dikatakan jenis yang suka kekalkan semua situasi dalam keadaan mudah. Selain itu, anda juga dipercayai penyabar, namun tidak suka membuat perubahan baru. Ada juga pegemar kopi ‘O’ pendiam dan suka bersendirian

FRAPPUCCINO

Kepada mereka yang suka minum minuman air kisar (ice blanded), anda dikatakan seorang penetap fesyen (trendsetter) dan pastinya suka mencuba pelbagai benda baru. Dari segi kehidupan sosial, anda dikenali ramai tapi kadangkala suka bertindak melulu

KOPI 3 DALAM 1

Pengemar kopi segera dikategorikan sebagai seseorang yang paling sempoi dan terlalu bersahaja sehingga mengabaikan kerja. Ada pula sikap anda yang kurang mahir dalam melaksanakan rancangan yang telah direncanakan

SUMBER: HMetro

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu