Lately ni rajin plak nak baca novel…tapi takleh nak lawan
baca masa zaman bujang…makan minggu la nak abiskan satu novel…
sebab sekarang ni baca bila terluang je..lain la masa bujang dulu…
selagi tak abis…selagi tu la dok ngadap…
dan kali ni Sal tertarik nak baca buku ..Suamiku Encik Sotong..macam best je tajuk
![]() |
novel pertama untuk 2015… |
Tahniah Astro sebab berjaya mendorong diri Sal nak beli novel
terbitan Grup Buku Karangkraf..
nak tengok kat saluran Astro Ria setiap Isnin malam…macam tak sempat..
penyudahnya masa cari keperluan lukisan Khalish…ternampak pulak novel ni
dan secara kebetuan tinggal satu je…so beli jela…
nak tengok online pun memang tak kan berkesempatan…
Menarik gak jalan citer dia…santai dan ringan…meh kita baca sikit sinopsis
Suamiku Encik Sotong
…………………………..
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju
Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun.
Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan.
Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya,
Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink.
Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.
Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah
Tengku Khaleeda.
Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica.
Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta.
Tapi… cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?
Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya.
Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta.
Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya
demi tidak mahu melihat Erica merana.
Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku.
Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau.
Mulut macam puaka.” – Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica.
Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina.
Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand.
Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju.
Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap
kat pergelangan tangan.” – Erica
…………………………
Apakah kesudahannya….hehehe…Sal tak abis baca lagipun…
tapi sure happy ending kan…
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Leave a Reply