• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Resipi/Resepi / Apam Gula Merah Mudah dan Simple

Apam Gula Merah Mudah dan Simple

September 17, 2019

Apam Gula Merah Mudah dan Simple – Ada masa dan ketika Sal suka buat kuih traditional . Especially yang anak anak suka makan dan paling penting bahan untuk buat mudah . Part sukatan pun sama sebab Sal ‘kureng’ sikit kalau kena sukat guna timbang tapi bila guna cawan harus la laju sebab mudah . Jom pakat buat apam gula merah mudah dan simple …

Contents

  • Resipi Apam Kampung Gula Merah Mudah dan Simple
        • Bahan – bahan :
      • BACA JUGA: Apam Nasi Mudah dan Ringkas
        • Cara – cara :

Resipi Apam Kampung Gula Merah Mudah dan Simple

Ramai jugak yang suka makan kuih apam ya . Bila ada masa lapang , Sal akan buat dan sebelum ni ada jugak buat apam dari nasi sejuk . Lebihan nasi jangan dibuang … sayang membazir . Baik kita buat kuih kan ?

Bukan susah pun bahan yang diperlukan . Tu Sal ingat nak share dan korang try la buat . Buat sendiri lagi puas hati sebab dapat banyak dan boleh jugak kalau nak bagi jiran sebelah rumah .. hehe

Meh kita tengok antara bahan yang diperlukan …

Bahan – bahan :

3 cawan tepung gandum

2 cawan air suam

1 cawan gula merah

2 sudu besar gula putih (gula yang biasa tu)

1 peket yis mauripan (kembangka dulu dalam bekas lain dengan sedikit air suam)

BACA JUGA: Apam Nasi Mudah dan Ringkas

Cara – cara :

Campurkan gula merah dengan air suam . Larutkan

Dalam bekas berasingan , masukkan tepung dan gula putih . Kacau hingga sebati

Tapis larutan gula merah tadi ke dalam bekas tepung . Kacau sampai sebati dan perap selama 1 jam – tunggu kembang .

Sapukan sedikit minyak pada loyang supaya bila apam masak kuih tak melekat

Tuang adunan dalam loyang dan jangan kacau . Just tuang je sampai habis

Kukus adunan apam selama 1 jam 30 minit atau sampai masak

Bila dah masak , gaulkan dengan kelapa parut yang dah digaul dengan sedikit garam – kukus sikit kelapa parut tu



Haaa .. siap dah kuih apam kampung gula merah kita . Tak susah kan . Korang buat air kopi ‘o’ kaw !! Buat minum petang best weehhh .. sambil duduk dengan anak anak .

Try la buat , confirm jadi . Nanti share la resipi mudah ni dengan kengkawan korang ya !!

Resipi/Resepi

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Puding Roti Simple Buat Alas PerutPuding Roti Simple Buat Alas Perut
Mee Kari Mudah dan Sedap
Sangat Simple Resipi/Resepi Kuih Apam Nasi MudahResipi/Resepi Kuih Apam Nasi Mudah
Previous: Eye Pro Vision Kedai Spek Viral Malaysia
Next: Penjagaan Mata Elak Rabun

Comments

  1. Bro Framestone says

    September 17, 2019 at 10:40 am

    Kuih apam ini, antara fav dri kecil sampai la besar.. Cuma tak pernah try buat je… Mungkin lepas nie try buat sendiri.. dah ada orang share resepi kan.. rugi kalau x cuba

    Reply
  2. Wan Syahida says

    September 17, 2019 at 1:14 pm

    Betul-betul senang je bahan-bahan nak membuat apam ni yer. Tinggal cari bahan, dengan ada alat pengukus je. Bab makan dengan pekena kopi O tu memang syok betul la 🙂

    Reply
  3. el says

    September 17, 2019 at 1:27 pm

    lama betul x makan apam gula merah ni..fav iols jugak lau makan sure lebuhkan nyok tu baru kick hihi..bolehlah cuba resepi ni nti

    Reply
  4. Red Linda says

    September 17, 2019 at 1:42 pm

    ceh..senang je rupanya buat apam.hahaha..tinggal malas je ni haaaa…cmne nak bagi rajin tu datang eh..ada resepii tak?hahaha

    Reply
  5. Mahamahu says

    September 18, 2019 at 12:17 am

    Ala mudahnya nak buat dan bahan yang digunakan pun tak banyak kita tak tahu kalau tahu lama dah cuba buat bila tengok resipi kat sini nampak gaya kita kena buat juga lah yer hehehe ok nanti kita cuba…

    Reply
  6. sueizza says

    September 18, 2019 at 12:54 am

    macam senangggg je nak try la…

    Reply
  7. Nadia Johari says

    September 18, 2019 at 1:05 am

    dulu selalu makan, sebab mak ade jual..sedap..makan dengan kelapa..sekrg dah jarang nampak..sush nak cari..and nak buat memnag tak reti la..hehee..

    Reply
  8. Rawlins GLAM says

    September 18, 2019 at 8:23 am

    Mudahnya resipi dia. Boleh la nak suruh adik Rawlins try buat kelak untuk minum petang.
    Tak sangka mudah je cara nak buat dia kan

    Reply
  9. ayu rafikah says

    September 18, 2019 at 10:19 am

    alamak nak cubalah buat kuih ni. xderlah susah mana kannn..kita memang suka kuih apam hehehehe…bolehlah cuba..makan panas2 lagi syok kan

    Reply
  10. Adlina says

    September 18, 2019 at 10:44 am

    Nampak macam susah je nak buat ni. Rupanya bahan dia pun yg senang nak dicari

    Reply
  11. mekyunie says

    September 18, 2019 at 11:22 am

    aduh sedap oii. tapi yang menunggu kembang tu mek malas. hahah. sure best buat minum petang ni.

    Reply
  12. Bonda chanteq says

    September 18, 2019 at 1:18 pm

    Ni apam kegemaran ibunda ni….apam kampung mak panggil…tp mmg sedap apam ni…

    Reply
  13. kylie cre8tone says

    September 18, 2019 at 2:48 pm

    i love this.. sweet sweet and nice nice and yummy.. so delicious.. drooling… wanna eat now leh..

    Reply
  14. TENGKUBUTANG says

    September 18, 2019 at 4:20 pm

    wah.. nampak senang je nak buat.. nanti nak try lah.. sebelum ni pernah buat apam tapi guna nasi.. nanti nak try resepi yang ni pulak..

    Reply
  15. Mohamad Khairil Bin Hassan says

    September 18, 2019 at 5:41 pm

    Kuih apam mmg favourite saya. Selalu kalau pergi pasar pagi dgn family mesti beli apam ni. Tapi tak pernah pulak buat sendiri. Alhamdulillah dh ada resepi, bolehlah cuba nnti.

    Reply
  16. sya mimie says

    September 19, 2019 at 3:28 pm

    Kuih apam gula merah ni favourite kita ni masa duduk dengan mak.
    Tak lagi try buat sendiri untuk anak anak.
    Sebab anak anak kurang minat dengan kuih lembik lembut ni.
    Nanti nak buat tuk makan sendiri la.
    Thank you sis share resepi.

    Reply
  17. Mira Cikcit says

    September 20, 2019 at 4:05 pm

    Baca macam senang je buat, tapi bila nak buat mesti tak jadi. So selalu beli je sebab asyik kecewa je. LOL

    Reply
  18. Wui Kathy says

    September 21, 2019 at 11:55 am

    Biasanya mouse mommy beli kat makcik jual apam je. Nampak senang jugak nak buat ni, blh try bila ada masa nnt. Terima kasih kongsi resipi.

    Reply
  19. Zharif Azis says

    September 25, 2019 at 2:01 am

    tengok resepi apam gula merah nie teringat dekat arwah nenek sebab dia suka masak kuih apam nie. selalu bagi kami cucu2 makan kalau dia masak. senang je nak buat rpanya. okay boleh cuba nanti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM